Sabtu, 18 Oktober 2025

Merpati yang Kehilangan: Dr. Dil Froz Jan Binti Sayed

    Dr. Dil Froz Jan binti Sayed Halem Shah

               MERPATI YANG KEHILANGAN



sekumpulan merpati berbulu kelabu terbang riang

seekor hinggap di tiang papan sedikit terlindung

tiangnya tinggi lalu dibina sarang

ia yakin tiang itu selamat kerana ia bakal bertelur 

dan akan menetas anak-anak merpati baru

kesekian hari ia enggan terbang mencari makan

mungkin terlalu lapar, hari itu ia terbang jauh

meninggalkan lima biji telurnya

sedihnya tiang tinggi itu terkena bedilan peluru

patah lalu rebah ke bumi

sarang dan telurnya pecah 

merpati yang terbang mencari makan

kini pulang mencari sarang

seketika ia bumkam meski bergenang airmata  

segala impian melihat anak-anaknya membesar berkecai

aduhai rakyat di bumi anbiyaa ini

kesekian lama menanggung derita

seperti ibu merpati yang meratapi

begitu juga ibu-ibu yang kehilangan anak

apalah yang ada, zuriat mewarisi nama keluarga

syahid pada usia muda

tangis ibu menjadi-jadi

siulan syahdu si merpati tiada bedza

oh tuhan, Kau tabahkan semangat mereka melewati hidup ini

penuh bersyukur dan tawadduk serta lebih menyerah kepada-Mu

kerana hanya Kau Yang Maha Mengetahui akan kejadian yang terjadi



Kamar kerja, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

18 Oktober 2025  

Tiada ulasan:

GELAP YANG CUKUP : Eduar Daud

 GELAP YANG CUKUP Karya: Eduar Daud Malam berhenti bergerak.  Di kamar ini aku belajar diam,  menghitung napas di balik tirai yang membeku. ...

Carian popular