Kesabaran yang Tidak Terlihat
Karya: Suhaimi Jasnah
Di lorong sepi gema berselisih
Suara caci mengiris sunyi
Ada yang menyalak di bayang kelam
Ada yang menuding tanpa salam
Dalam dada bara kecil menyala
Namun lidah kubungkam seribu bahasa
Bukan kerana lemah digilas dunia
Tapi sabar adalah mahkota jiwa
Aku bukan bayang yang hanyut di arus
Bukan jua bara yang menyala lurus
Kurelakan luka menulis puisi di dada
Asal persahabatan tidak sirna.
Langit tetap menggapai meski bumi mencaci
Ombak tetap merangkul pantai meski dipukul badai
Aku belajar dari diamnya semesta
Bahawa sabar itu bukti dewasa
Biarlah kata menusuk seperti duri
Biarlah langkah dihimpit sepi
Kerana dalam diam aku memahami
Bahawa sabar bukan beban tapi erti hakiki.
SUHAIMI JASNAH
(15 MAC 2025)
SMK Penangah, Telupid