Rabu, 5 Mac 2025

Dosa dan Pengampunan

DOSA DAN PENGAMPUNAN

Karya: AC Jaffrie



 

D - Dunia semakin tua

O - orang-orang semakin lupa

S - semakin leka mengumpul harta

A - ambil mudah dosa pahala.

 

D - Demi masa hadapan

A - anak isteri permata harapan

N - nasib mereka satu perhitungan.

 

P - Perjuangan jangan sia-sia

E - elak sengketa sesama manusia

N - noktahkan segala buruk prasangka

G - guna akal menilai kata-kata

A - ambil iktibar setiap perkara  

M - mana yang buruk jadi sempadan

P - perkara baik jadi tauladan

U - untuk menebus segala dosa

N - niat di hati biarlah ikhlas

A - Allah Maha Pengampun

N - nanti di syurga kasih berhimpun.

 

 

Rumah Bonda, Melaka

5 Februari 2025

Ramadan Peristirahatan


 RAMADAN PERISTIRAHATAN

Oleh Syahrul Ramadhan

 


 

Tubuh muda, nyala api yang membakar cakrawala,

kini meredup, terhempas bayang tak bersuara.

Mata kehilangan cahaya fajar,

langkah terseret di pasir harapan yang luruh,

seolah dihantam gelombang murka,

luruh, pecah, hilang arah.

 

Dunia perlahan tenggelam dari pandangan,

langit memudar saat azan dilantunkan,

angin yang menyejukkan, kini mendatangkan nyeri,

merobohkan raga yang sedang tak berdaya.

 

Ramadanku menjelma peristirahatan sunyi,

saat raga yang dahulu seteguh karang, luruh bagai daun di musim sepi.

Suapan nasi tak lagi menghangatkan,

pahitnya menjalar, tenggelam dalam malam yang bisu.

 

 Tangerang, 5 Maret 2025

 

  

BIONARASI

 Syahrul Ramadhan, lulusan Sastra Indonesia yang memiliki minat dan dedikasi dalam bidang bahasa, sastra, dan pendidikan.


Karya Terbaik Mingguan

 Tema: Puasa, Cermin Diri

Minggu Ketiga Februari 2025

TAHNIAH SEMUA ! TAHNIAH SEMUA ! TAHNIAH SEMUA !





Menjadi Seorang Novelis

 






Mengapa Menjadi Novelis

 





Tema Minggu ini

 Tema : Puasa, Cermin Diri

24 Februari hingga 2 Mac 2025.

Jam 10.00 pagi masa penghantaran/ penerimaan karya terakhir.




Tema Minggu Ini

 PUISI BERTEMA


'KELESTARIAN ALAM'

10-16 Februari 2025 - hantar puisi

16 Februari 2025 (Ahad) : Pengumuman 3-5 karya terbaik.









SIMFONI HIJAU

 SIMFONI HIJAU

 


Hutan bukan sekadar daun

ia nadi bumi yang berdetak perlahan

di bawah rimbun akar menulis puisi  

tentang kesabaran tanah memegang rahsia

 

Sungai bukan sekadar air

ia arteri planet mengalirkan nafas kehidupan

di celah batu arusnya memahat waktu  

menjadi cermin  manusia lupa.

 

Angin bukan sekadar hembusan  

ia bisikan langit pada dedaunan

mendendangkan lagu yang hanya difahami  

burung-burung dan dahan berdoa.

 

Namun tangan manusia sering lupa  

bahawa setiap pohon adalah tiang langit

setiap titis hujan adalah zikir alam

dan setiap tanah yang terjejas  

adalah luka pada kulit dunia

 

Jika bumi adalah simfoni

kitalah not yang harus harmoni.

 

KIMS DIWA

Tamparuli, Sabah

11/2/2025

 

Biodata:

Kims Diwa atau nama sebenarnya RUKIMAH BINTI PANDAWA lahir di Kota Marudu, Sabah. Bertugas di daerah Tongod Telupid sebagai guru. Merupakan penulis buku kumpulan puisi BAGAI KELEKATU (DBP) dan SONATA MUSIM KENANGAN (JS).

Persahabatan Amani dan Lion

 PERSAHABATAN AMANI dan LION

Oleh: Kims Diwa 

Di sebuah kampung yang aman damai, tinggal seorang budak perempuan bernama Amani. Amani suka bermain di luar rumah, mengumpul bunga dan menggambar di atas kertas. Namun, Amani selalu merasakan ada sesuatu yang hilang dalam hidupnya. Dia ingin seorang kawan.

 Suatu hari, ketika Amani sedang menggambar di bawah pokok mangga, dia melihat sesuatu bergerak di antara rumput. Dengan penuh rasa ingin tahu, Amani menghampiri dan mendapati seekor kucing Bengal yang cantik dengan bulu berjalur seperti harimau. Kucing itu mempunyai mata hijau yang bersinar.

             "Hallo, kucing! Siapa nama kamu?" tanya Amani dengan suara ceria.

     Kucing itu hanya memandangnya sambil menggerakkan ekornya. Amani merasa kucing itu sangat manja dan ingin mengenalinya lebih dekat. Dia memutuskan untuk memberi kucing itu nama "Lion".

     Setiap hari selepas sekolah, Amani akan datang ke tempat di bawah pokok mangga untuk bermain dengan Lion. Mereka berdua akan berlari, melompat, dan bermain kejar-kejaran. Amani akan membawa makanan kegemaran Lion, dan kucing itu akan menggeselkan badannya pada Amani sebagai tanda kasih sayang.

     Suatu petang, ketika Amani dan Lion sedang bermain, Amani terpijak batu dan terjatuh. Dia merasa sakit di lututnya dan mula menangis. Lion yang melihat Amani menangis segera berlari ke arahnya. Kucing itu duduk di sebelah Amani dan menjilat lututnya dengan lembut, seolah-olah cuba menenangkannya.

             "Jangan risau, Lion. Saya okay," kata Amani sambil tersenyum meskipun air matanya masih ada. Dari situ, Amani tahu bahawa Lion adalah kawan sejatinya yang sentiasa ada untuknya.

     Hari demi hari berlalu, dan persahabatan mereka semakin erat. Amani belajar banyak tentang kasih sayang dan kepercayaan dari Lion. Dia juga belajar bagaimana untuk menjaga dan merawat haiwan dengan baik.

     Pada suatu hari, Amani mendapati bahawa Lion tidak datang seperti biasa. Dia merasa risau dan mencarinya di seluruh kampung. Akhirnya, Amani menemui Lion di dalam semak-semak, terperangkap oleh dahan-dahan pokok.

             "Ayo, Lion! Saya akan bantu kamu!" Amani berkata sambil berusaha membebaskan kucing itu. Dengan hati-hati, Amani menarik dahan-dahan dan akhirnya Lion berjaya bebas. Kucing itu melompat dengan gembira dan berlari ke arah Amani, seolah-olah berterima kasih.

     Sejak hari itu, Amani dan Lion tidak hanya menjadi kawan tetapi juga keluarga. Mereka belajar untuk saling menjaga satu sama lain dan menikmati setiap detik bersama.

     Amani tahu bahawa persahabatan sejati tidak hanya ada dalam suka, tetapi juga dalam duka. Dengan Lion di sisinya, dia merasa tidak ada yang mustahil. Mereka berdua berjanji untuk selalu bersama, tidak kira apa pun yang terjadi.

   Dan begitulah, Amani dan Lion menjalani kehidupan penuh warna, penuh dengan persahabatan dan cinta. Di bawah pokok mangga, mereka mencipta banyak kenangan dan menjadikan persahabatan mereka sebagai harta yang paling berharga.

 

-Tamat-

Biodata:

Kims Diwa atau nama sebenarnya RUKIMAH BINTI PANDAWA lahir di Kota Marudu, Sabah. Bertugas di daerah Tongod Telupid sebagai guru. Karya-karya beliau pernah siar di akhbar -akhbar tempatan seperti Harian Ekspress, Utusan Borneo, e-wadah tetapi cerita kanak-kanak ini kali pertama buat beliau.

TITISAN SUNYI

Titisan Sunyi Karya: Bunga Melor Rintik-rintik hujan, iringi kamar hati sunyi tanpa teman bicara. Senyum kuukir kutatap hujan di jendela sep...

Carian popular