Selasa, 8 Julai 2025

HUJAN, KOPI DAN KENANGAN

 Hujan, kopi dan kenangan.

Karya: Iza Iman



Tatkala dinihari fajar menyinsing

hujan renyai-renyai mencium alam

rasa karar membelai jiwa

memeluk kesepian dengan tahajud.


Pagi yang sungguh dingin

secawan kopi menemani hari

mendakap kedamaian bersama doa

tidak lupa untuk dinikmati.


Tamsil hujan, kopi dan kenangan

menjadi teman di kala keseorangan

aroma pekat harum semerbak

kekal bersemadi dalam ingatan.


Iza Iman.

Tambunan, Sabah.


Nama penuh penulis ialah Halizah binti Hadiman. Dilahirkan di Hospital Beaufort dan kini menetap di Tambunan, Sabah. Mula menulis sejak tahun 2017. Aktif menyertai setiap pertandingan yang diadakan di media sosial. Pernah menerbitkan cerpen dan novel secara swaterbit. Karya beliau pernah tersiar di akhbar-akhbar Sabah. Beliau berhasrat dapat menerbitkan lebih banyak karya sebagai santapan pembaca dan untuk dijadikan koleksi bacaan di rumah.

HUJAN, KOPI DAN KENANGAN

 Hujan, kopi dan kenangan. Karya: Iza Iman Tatkala dinihari fajar menyinsing hujan renyai-renyai mencium alam rasa karar membelai jiwa memel...

Carian popular