Secangkir Kopi Tuan Rodney
“Bukankah Allah (yang demikian kuasa-Nya) seadil-adil Hakim”
— Al-Quran, 95:8
aku meghirup seduhan Walter Rodney
kerana katanya, dia benci kopi di kafe barat
kelmarin kopinya mahapahit
di dasar cangkir ada kata-kata:
semua kekerasan ialah kejahatan
tanpa mengira punca?
dalam cangkirku, tuan Rodney seduh
bru kopi segar dari mesin kopinya:
bagaimana kekerasan seorang abdi
cuba mematahkan belenggu dari kaki,
pernah sama dengan kekerasan tuan abdi?
(shalom! jemput minum kopi bersamaku
apa tuan semua kira sejarah hanya bermula
selepas 7 Oktober 2023?)
Taufiq Harith
9 Oktober 2025
Selangor, Malaysia
