Isnin, 23 Februari 2026

RAWAN: Karya Ezatul Hanim

 

RAWAN

 

Genggaman dilepaskan

akur melangkah pergi

demi cinta yang hadir tanpa diundang

rindu yang kian bertandang

walau serasa sekufu

tapi kerna adat kita turutkan

restu dipohon untuk disatu

 

Jika ada jodoh kita

bertemu kembali tanpa disedari

 

Jika tiada jodoh kita

doa sentiasa ada mengiringi

 

Wahai pemilik hati ini

semoga bertemu kembali

ku menunggu saban hari

berjanji menjaga hingga nafas terhenti.

 

 

Ezatul Hanim Yahya

22022026

Johor Bahru, Johor Malaysia.



 Ezatul Hanim binti Yahya merupakan anak jati Johor Darul Ta’zim. Lahir di Pasir   Gudang dan kini menetap di Skudai Johor. Pemegang Dip. Teknologi Mekanikal Lukisan Rekabentuk dari UTM kini menumpukan bidang pengurusan perniagaan sebagai kerjaya utama. Meminati bidang kesusateraan sejak di sekolah rendah namun lebih akrab dengan puisi moden.

RAWAN: Karya Ezatul Hanim

  RAWAN   Genggaman dilepaskan akur melangkah pergi demi cinta yang hadir tanpa diundang rindu yang kian bertandang walau serasa...

Carian popular