Jumaat, 20 Jun 2025

HUJAN DI HUJUNG TABAH

 HUJAN DI HUJUNG TABAH

Karya :  Nurul Afifah Binti Rahim


Di bumi Felda, langit sering kelabu,

Hujan turun bukan sekadar rintik pilu.

Ia membawa cerita yang tak semua tahu—

Tentang anak kecil, dan impian yang tak pernah layu.


Di balik jendela kayu yang retak,

Seorang ibu berdoa dalam sujud yang tegak.

Ayah bertarung di ladang berselut pekat,

Demi sesuap nasi, demi masa depan yang berkat.


Aku membesar dalam hujan—

Bukan hanya yang turun dari langit,

Tapi juga hujan ejekan,

Dan dingin pandangan yang sempit.


Namun hujan mengajar aku sabar,

Menadah takdir dalam tenang yang benar.

Buku dan pena menjadi bahtera,

Mengharung deras hidup tanpa bicara.


Aku belajar menulis dari luka,

Menjadi pujangga dari derita.

Kerana setiap titis hujan di bumi Felda,

Adalah tinta dari langit yang mencipta jiwa.


Hari ini aku bukan siapa-siapa,

Tapi aku tahu dari mana aku bermula.

Dan hujan, wahai hujan yang setia,

Kaulah saksi, kaulah teman di setiap langkahku yang berharga.




Biodata Penulis







Nurul Afifah Binti Rahim


Nurul Afifah Binti Rahim dilahirkan di Negeri Kelantan. Berminat dalam bidang penulisan sejak bangku sekolah lagi. Berkidmat sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan (FELDA) Lepar Utara 1 Jerantut, Pahang Malaysia.

+6012-9828069

TITISAN SUNYI

Titisan Sunyi Karya: Bunga Melor Rintik-rintik hujan, iringi kamar hati sunyi tanpa teman bicara. Senyum kuukir kutatap hujan di jendela sep...

Carian popular