Sabtu, 18 Oktober 2025

Kukirim rindu di sayap bayu : Dr. Dil Froz Jan binti Sayed Halem Shah

 Dr. Dil Froz Jan binti Sayed Halem Shah

              Kukirim rindu di sayap bayu


usai kuliah terakhir 

sahabatku bergegas ke bandara

mahu segera pulang ke pangkuan keluarga

yang lama dirindu tanpa sebarang khabar

begitulah anak rantau yang berjauhan

kesekian lama di bumi orang

kasih kekal tumpah di negara sendiri

kami pun berpelukan lalu mengucap selamat semuanya

lambaiannya longlai namun semangatnya kental

jika boleh mahu dia tiba seawal mungkin

rindunya tidak mampu lagi di bendung

begitu ketara di tubir mata

usai beberapa hari, aku menerima panggilan jarak jauh

aduhai, sahabatku menangis pilu

suaranya terketar-ketar menahan sebak

memberi khabar ahli keluarganya

syahid terkena peluru yang disasar

sengaja disasar ke situ

kejiranan yang didiami alim ulama

para cendekiawan dan ilmuan

dan dalam sekelip mata semua berselerakan

sukar mengecam anggota badan

kerana ada yang tanpa kepala

aduhai, kejamnya kaum ini menceroboh dan memusnah 

apa yang ada di hadapan mata

aku bersoal-jawab di benak kepala

sejujurnya, apakah yang mereka mahu

memushi orang Islam dari dahulu kala

apakah mereka tidak gentar akan kuasa Yang Maha Esa?

aku yakin, satu hari nanti, bala bakal menimpa

dan tentera Allah membinasa kaum yang dilaknati ini

kepada temanku yang tidak mungkin aku bersua lagi

kukirim rindu di sayap bayu agak kau baik-baik adanya di sana


Kamar kerja, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

18 Oktober 2025  

Tiada ulasan:

GELAP YANG CUKUP : Eduar Daud

 GELAP YANG CUKUP Karya: Eduar Daud Malam berhenti bergerak.  Di kamar ini aku belajar diam,  menghitung napas di balik tirai yang membeku. ...

Carian popular