Rabu, 26 Mac 2025

PULANG KE CAHAYA

 Pulang ke Cahaya

oleh Nurul Afifah Binti Rahim



Di lorong gelap aku melangkah,

berjiwa besar, berimpian megah.

Namun hadir dia, mendung mendakap,

kata-katanya pisau yang tajam menikam.


Aku dihina, aku diherdik,

jiwaku merintih, hatiku tertikam.

Langit seolah memeluk pilu,

di mana cahaya yang pernah menyuluh?


Namun Tuhan tidak pernah lupa,

dalam gelita, Dia suluhkan cahaya.

Di sebalik luka yang parah berdarah,

terbit harapan, sinar yang cerah.


Langkahku longlai namun tetap gagah,

meninggalkan duka yang menyesah.

Hari ini aku pulang ke rumah,

bukan ke batu, bukan ke tanah,

tetapi ke cahaya yang Allah serlah.


Aku menang! Aku bebas!

Aku bukan mangsa, aku bukan lemah!

Kerana jiwaku tetap menyala,

dan impianku akan terus membara.


Jerantut,Pahang

26/3/2025

Tiada ulasan:

GELAP YANG CUKUP : Eduar Daud

 GELAP YANG CUKUP Karya: Eduar Daud Malam berhenti bergerak.  Di kamar ini aku belajar diam,  menghitung napas di balik tirai yang membeku. ...

Carian popular