Rabu, 26 Mac 2025

AKU INGIN PULANG

 AKU INGIN PULANG

Karya: Kelly Ginco




Angin membawa khabar rindu,

Dalam desiran syahdu senja,

Langkah pulang kuturut laku,

Ke pangkuan kasih nan setia.


Rumah terbiar menanti damai,

Pintu terbuka mesra menyapa,

Di sudut hati rindu bertamai,

Pada senyum yang tiada lupa.


Di jalan jauh kutemui sepi,

Di rantauan kutemui duka,

Namun kepulangan ini bererti,

Kerana kasih tak pernah sirna.


Wahai tanah wahai jiwa

Kupulang membawa harapan,

Dalam pelukan kasih yang setia,

Di sinilah damai abadi.


Daerah Paksina,

26 Mac 2025



Tiada ulasan:

SEBUAH PESAN Karya : Sahbuddin Dg. Palabbi

  SEBUAH PESAN Sahbuddin Dg. Palabbi Rina, seorang jurnalis investigasi. Ia sedang menyelidiki sebuah kasus pembunuhan misterius. Korbanny...

Carian popular