Rabu, 26 Mac 2025

PULANG

 PULANG

Karya:  Filadelfiana Endrus


Di suatu malam

bintang mengingatkan aku

tentang sebuah rumah

tempat pertama kakiku

berpijak di dunia nyata.


Berapa hari sahaja lagi

rumah itu akan kutatap nyata

dapur emak seakan-akan memanggil

langsir jendela melambai perlahan

ketupat pula bernyanyi riang.


Rindu mencengkam semakin erat

hari yang kutunggu terasa setahun

skrin telefon menjadi cermin

mutiara kecil gugur di tubir mata

bantal menjadi saksi kerinduan panjang.


Akhirnya rumah itu bercahaya

lampunya bersinar bagai rembulan

menjelang tibanya Ramadan

roda kereta berputar laju

membawa pulang tubuh dan rinduku.



Filadelfiana Endrus

SMK PENANGAH 

26/03/2025

Tiada ulasan:

LARA DI BUKIT PALIPPIS : Karya Arniyati

 LARA DI BUKIT PALIPPIS Arniyati Shaleh Suara hantaman ombak pada pantai jauh di bawah sana menghentak jantung Lara yang diam memaku di lada...

Carian popular