Ahad, 9 Mac 2025

Remang Dosa di Jemari Ampun

REMANG DOSA DI JEMARI AMPUN

Karya: Rani Jauhari


Remang dosa rancak berselerak,

merayap di ruang sunyi,

melayang dikhalayak,

remang dosa mabuk di jemari.


Gelojoh mengumpul dosa, 

enak menghiris kata, haus dipuja,

hak orang lain, nikmat dirasa,

mengadu domba menghancur jiwa.


Susun jemarimu, patuh menyatun,

membajai kata membugar azimat,

bertindih zikir di bibir mengampun,

ikhlas memuji, lenyap kesumat.


Semakin berhati, menyusun kata, 

bebunga jiwa mewangi makrifat, 

remang dosa di jemari ampun

cermat selamat, bahagia tersemat. 



Bangi, Malaysia 

9 Mac 2025 


BIODATA

Rani Jauhari. Lulusan cemerlang Seni bina dan Pengajian Melayu (Hons). Temui bakat menulis setelah memenangi lebih 20 sayembara peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Telah menghasilkan lebih 25 Antologi pelbagai genre dan 3 buku solo. 

Tiada ulasan:

SEPERTIGA YANG MENUNGGU: Karya Kims Diwa

  SEPERTIGA YANG MENUNGGU Aku berdiri dalam diri yang lama aku tinggalkan tanpa sedar langkah pulang bermula dari retak dada Rumah ti...

Carian popular