Ahad, 1 Jun 2025

PELUKAN JIWA

 Pelukan jiwa 

Karya: Mirdah Almon



Saat dunia terasa asing

suara hati makin sayup

cinta bukan pada orang lain

tapi dalam dada

pelukan dari diriku sendiri


Tidak lagi menanti kepastian

untuk merasa layak dicintai

kerana aku telah belajar

bahawa kasih cinta sejati

bermula dari dalam dada


Penuh sabar merawat luka

menahan tangis tanpa menghakimi

aku berdiri meski gementar  

 kerana kini aku tahu

diri tak pernah sendiri


Cinta pada jiwa  sendiri

dalam setiap bisik doa

aku temui pelukan kebahagiaan

yang selama ini aku cari

telah ada disini


SMK Penangah, Telupid, Sabah.

27 / 5/2025

Tiada ulasan:

TITISAN SUNYI

Titisan Sunyi Karya: Bunga Melor Rintik-rintik hujan, iringi kamar hati sunyi tanpa teman bicara. Senyum kuukir kutatap hujan di jendela sep...

Carian popular