Khamis, 28 Ogos 2025

Genggaman Kemenangan

Karya: Mia Triana Lolni


Di tanah yang berdaulat

Di sini bermula perjuangan

Demi menawan nusa dan bangsa

Tiap titik noda darah

Menjadi saksi bukti nyata

Mengangkat martabat negara untuk

Dinikmati oleh generasi kini.


Perjuangan pejuang zaman dahulu

Kini menjadi warisan kita

Warisan yang harus dipelihara

Untuk kita kekal merdeka

Andai boleh memutar waktu

Tidaklah harus kita dicemari

Andai kita dihunus pedang

Lawanlah dengan api baraan semangat.


Hari ini kami berdiri

Dalam aman yang kau pertahankan

Jerit perihmu disimpan sunyi

Namamu hilang dalam kubur

Langit menjadi saksi perjuangan

Kau bukan sekadar bayang sejarah

Kau adalah nadi kemerdekaan

Terima kasih wahai pahlawan sejati

Keranamu negara menggenggam kemenangan.


SMK Penangah

27 Ogos 2025

Tiada ulasan:

SEPERTIGA YANG MENUNGGU: Karya Kims Diwa

  SEPERTIGA YANG MENUNGGU Aku berdiri dalam diri yang lama aku tinggalkan tanpa sedar langkah pulang bermula dari retak dada Rumah ti...

Carian popular