Ahad, 15 Jun 2025

HUJAN YANG TAK PERNAH LUPA

 HUJAN YANG TAK PERNAH LUPA

Karya: Ahmad Noh


Hujan datang tanpa diundang

bagai pesuruh langit 

rahmat kurniaan Pencipta

mengirimkan titis bening ke pipi dunia

mereda hangat suhu kehidupan


Di kota batu itu

ada mata basah bukan kerana hujan

tapi jerih perjalanan

yang larut bersama bau sampah

tika waktu terus melimpah

tanpa siapa menyambut dengan selimut


Hujan bukan hanya air 

ia adalah salam dari langit

mengusap luka-luka dunia 

yang berdarah diam

dalam kota yang lupa

bahawa kemanusiaan itu

sepatutnya tidak memilih tempat berteduh.


Ahmad Noh

TSMA Kuantan,Malaysia.

14 Jun 2025

Tiada ulasan:

SEPERTIGA YANG MENUNGGU: Karya Kims Diwa

  SEPERTIGA YANG MENUNGGU Aku berdiri dalam diri yang lama aku tinggalkan tanpa sedar langkah pulang bermula dari retak dada Rumah ti...

Carian popular