DIA NYATA MEMBERI LUKA
Karya: Kristin Trysah binti Ricky
Dia datang serupa fajar
menyuluh hati yang retak samar
kupercaya bagai langit terbuka
tanpa sedar aku tenggelam luka
Namun janji serupa bayang
beralih arah lenyap ke petang
dia berlalu tanpa gema
tinggalkan aku sebongkah nestapa
Air mata jadi embun bisu
jatuh di padang harapan lesu
merintih pun tiada guna
angin pun enggan membawa suara
Kini luka bukan neraka
tapi parut yang menulis makna
dia cuma angin di dada
sekilas hadir sekilas tiada
Aku bangkit seteguh karang
menghimpun cahaya dari petang
kerana cinta bukan bara
tapi nyala yang tidak membakar sengaja
23/2/2025
SMK Penangah, Telupid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan