Jumaat, 28 Mac 2025

PULANGNYA ANAK RANTAU

PULANGNYA ANAK RANTAU

Karya: Nabil Nurwadhhah


Di kota bising aku terdiam

Menghitung hari di sela hening malam

Rindu menusuk tanpa suara

Wajah tulus ibu, senyum ikhlas ayah

Terbayang di ruangan mata

Terpahat dalam doa yang tak putus terucap.


Roda berputar menempuh jarak

Debar dada tak mampu disembunyikan

Langit desa menyambut warna senja

Langkah kaki gementar di tanah kelahiran

Wangi sawah menghijau, suara burung bersiul

Mengalirkan air mata rindu yang tertunda.


Ruang yang dulu hangat kini terasa sepi

Pelukan terlerai, tangis tertahan

Aku pergi mengusung kenangan

Berat hati meninggalkan tanah asal

Namun kutahu, pulang bukanlah akhir

Tapi janji akan kembali lagi

Kerana kampung halaman 

Rumah sebenar di dalam jiwa.


Johor Bahru Malaysia, 27 Mac 2025.

Tiada ulasan:

REMPUHAN OMBAK SUNYI

 REMPUHAN OMBAK SUNYI Asmaniza Din Pak Leh duduk termenung di anjung rumah, memerhati laut yang terbentang luas di hadapan. Sesekali, angin ...

Carian popular