Khamis, 26 Februari 2026

SEPARUH NYAWA YANG HILANG: Karya Zamri H. Jamaluddin

 SEPARUH NYAWA YANG HILANG

Karya: Zamri H.Jamaluddin BWN

 

Di bawah langit kelam yang kian melabuh,
Cinta kita karam dalam arus yang keruh,
Engkau di singgahsana, aku di pondok rapuh,
Tatkala darjat menjadi tembok yang ampuh,
Hancurlah harapan, jiwa kian meluruh.

 

Engkau adalah rembulan di puncak mahligai,
Cahayamu indah namun mustahil kucapai,
Sedang aku debu yang ditiup berderai,
Kasih terlarang kerana adat yang mengurai,
Memaksa jemari kita akhirnya terlerai.

 

Rintihan syahdu membelah sunyi malam,
Mengenang janji yang terkubur dalam,
Antara sutera dan kain yang kusam,
Cinta kita tewas di hujung dendam,
Meninggalkan luka yang kian menghitam.

 

Biarlah daku membawa hancur hati ini,
Menyusuri denai sepi yang tiada bertepi,
Kerana jurang ini takkan mampu kita daki,
Tersungkur aku di kaki tradisi yang keji,
Melihat dikau pergi menjauhkan diri.

 

Nisan rindu kini terpacak di sanubari,
Menjadi saksi cinta yang dibawa lari,
Walau air mata jatuh membasahi bumi,
Dua dunia ini takkan pernah sejiwa lagi,
Hanyalah duka yang kekal abadi di sini.

Bandar Seri Begawan 26.02.2026

 

BIODATA PENULIS :Zamri H.Jamaluddin BWN atau Nama Pena di Brunei Darussalam “Ilusi Maya Brunei”, seorang penggiat seni dari Negara Brunei Darussalam. Karya beliau selain telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Negara Brunei Darussalam, juga telah diterbitkan oleh beberapa buah produksi penerbitan swasta di Malaysia dan Indonesia .. Selain Puisi, penulis menekuni karya kreatif dari pantun, cerpen hingga skrip drama televisyen, radio dan pentas teatrer. Beliau adalah  seorang juruacara majlis professional dalam perbagai majlis dan acara rasmi dalam dan luar negara.

 

 

Tiada ulasan:

SIMFONI PUALAM: Karya Yayuk Wahyudi

 Simfoni Pualam Oleh Yayuk.Wahyudi   Di bawah langit yang kian menjingga, Engkau bersemi di ceruk sukma. Sekuntum mawar yang tumbuh menyendi...

Carian popular