6 JENIS FONT TERBAIK UNTUK MENULIS BUKU
1. Times New Roman
Penulis sering menulis buku sendiri dengan menggunakan jenis font ini. Beberapa penulis menggunakan jenis font ini kerana sudah menjadi kebiasaan di mata pembaca. Disamping itu, jenis font ini lebih simple jika dibandingkan dengan font yang lain. Ertinya si pembaca lebih mudah dan cepat untuk memahami isi yang terkandung.
2. Arial
Font arial ini mengandungi tarikan yang tegas dalam penyampaian isi. Biasanya para penulis menggunakan font ini pada bahagian tajuk/subtajuk.
3. Calibri
Calibri salah satu jenis font yang sering juga digunakan oleh para penulis kerana bentuknya yang menarik, membuatkan para pembaca lebih selesa dalam menikmati tulisan yang disajikan oleh penulis. Bukan sahaja digunakan di dalam novel, Calibri juga kerap digunakan untuk penulisan bukan kreatif seperti artikel.
4. Bookman Old Style
Jenis font ini sering digunakan dalam pelbagai artikel. Bentuknya yang elegan dan menarik telah menjadikan font ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri bagi para pembaca. Jenis font ini memudahkan minda para pembaca untuk menangkap maklumat dari sesebuah tulisan.
5. Antique
Jenis font ini dapat membawa pembaca pada tahap penghayatan yang lebih mendalam. Font ini diciptakan oleh Barne Nadall yang bertujuan untuk membangkitkan perjuangan pembacanya. Karya yang bertemakan percintaan juga sering menggunakan jenis font ini sebagai tanda perjuangan cinta watak utama. Adakah anda termasuk antara penulis tema cinta? Jika ya, maka font Antique wajib dijadikan sebagai pilihan!
6. Garamond
Font jenis Garamond ini juga sering digunakan oleh para penulis. Banyak buku yang dicetak oleh para penerbit dengan menggunakan jenis font ini. Jadi, penulis juga disarankan untuk memilih font jenis ini untuk menulis karya sendiri!
.
.
.
.
Kesimpulannya, pemilihan font yang tepat dapat menambahkan tarikan kepada pembaca dalam memahami isi yang ingin disampaikan oleh penulis. Lebih-lebih lagi bagi pembaca yang memiliki masalah penglihatan, maka pemilihan font harus benar-benar diteliti dengan baik.
Divisi Kurator
Galeri Sastra
2025.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan