Isnin, 24 Februari 2025

Kau Adalah Puisi yang Menguntum Cinta

 KAU ADALAH PUISI YANG MENGUNTUM CINTA

Mohd Rani Mohd Tahir 



Wajahmu redup, bak fajar menyingsing,

menyingkap kabut membawa pesan,

setiap kata sopan, mengalun spiritual,

menghiasi estetika, ruang dan makna.


Akhlakmu, bak taman ‘tak pernah layu, 

kuntuman bunga mekar sempurna,

ilmumu, sungai yang mengalir jernih,

menyuburkan hati menyemai cinta.


Dalam diam, kau bisikkan rahsia,

dalam tingkah, kau sebarkan cahaya,

wajahmu, bicaramu, akhlakmu, ilmumu,

adalah cermin, mengarah cinta Ilahi.


Kau bukan sekadar kekasih, 

kau adalah puisi yang menguntum cinta,

menggetarkan qalbu, menyemarakkan jiwa, 

mengingatkan daku pada yang Esa.



Putrajaya

Malaysia.

Tiada ulasan:

SEPERTIGA YANG MENUNGGU: Karya Kims Diwa

  SEPERTIGA YANG MENUNGGU Aku berdiri dalam diri yang lama aku tinggalkan tanpa sedar langkah pulang bermula dari retak dada Rumah ti...

Carian popular