Selasa, 25 Februari 2025

Renungan Si Miskin di Bulan Mulia

 

Renungan Si Miskin di Bulan Mulia

Karya: Hairul Hellas

 


Di lembayung Ramadan yang suci

Terpancar kisah si pengemis berdiri

Dengan roti dan kelapa ais di tangan

Meniti lorong dalam kesepian

 

Wahai insan, renunglah sejenak

Dalam keriuhan kemewahan yang megah

Tersingkap duka si miskin tersembunyi

Yang puasanya tanpa berbuka menanti

 

Apakah kita lupa akan janji?

Untuk berkongsi rezeki dan simpati

Tatkala baju baru menghias pagi

Sedangkan mereka hanya punya lusuh di hati

 

Dalam sendu suara si kecil

Terselit hakikat yang menggugah rasa

Bahawa kita terbuai indah dunia

Melupa tangis yang tak bersuara

 

Wahai jiwa, bangkitlah segera

Hadirlah dengan kasih yang benar

Agar Ramadan ini lebih bermakna

Untuk semua yang merasa hampa

 

Allahuakbar! sedarlah kita

Bahawa setiap rezeki dan nikmat

Hanya titipan sementara

Untuk diuji sejauh mana kita ingat

Wallahua'lam, moga kita insaf

Di bulan mulia, meraih berkat

Untuk mereka yang sering terlupakan

Mari kita hulur tangan persaudaraan

Nukilan: Hairul Hellas

 

 

BIODATA RINGKAS


Ts. Dr. Mohd Hairul bin Haji Mohd Salleh juga dikenali sebagai Hairul Hellas adalah seorang penyelidik dan penulis dengan kepakaran dalam biologi pemuliharaan, serta mempunyai 20 tahun pengalaman dalam industri dan 3 tahun dalam pengajaran. Beliau memiliki PhD dalam Genetik dan aktif dalam penyelidikan mengenai kepelbagaian spesies terancam. “Mujahid” dan “Langkah Demi Langkah” adalah nukilan puisi telah terbit di Dewan Bahasa dan Pustaka dan Penerbit Universiti Putra Malaysia.

 

Tiada ulasan:

GELAP YANG CUKUP : Eduar Daud

 GELAP YANG CUKUP Karya: Eduar Daud Malam berhenti bergerak.  Di kamar ini aku belajar diam,  menghitung napas di balik tirai yang membeku. ...

Carian popular