Selasa, 24 Jun 2025

TERHANTUK HUJAN PETAKA

 Terhantuk Hujan Petaka

Karya: Muhammad Shukri Amin Bin Maarif

Ranting kering berjatuhan

senada alunan rintihan hujan

di setiap kayuhan, tayar menampar diri

laluan yang tenang menjadi kelam sekali

berapa kali jatuh ke neraca ketidakadilan

namun kaki tetap akur memutar roda kehidupan.


Gelung-gelung masa menyinggah 

kala tersembam ujian ini membaham jiwa

hasad, iri bersulam benci

tandus dan gersang bibir menutur kata 

putus terpaksa harapan yang nyata

biarlah, aku suluhkan harap pada ihsan Tuhan sahaja.


Kampung Penangah, Sabah

24.6.2025

Tiada ulasan:

LARA DI BUKIT PALIPPIS : Karya Arniyati

 LARA DI BUKIT PALIPPIS Arniyati Shaleh Suara hantaman ombak pada pantai jauh di bawah sana menghentak jantung Lara yang diam memaku di lada...

Carian popular