Sabtu, 30 Ogos 2025

TANAH INI TELAH MERDEKA

Karya: TCYELICIA JOHNNLLY

Tanah ini pernah menangis,  

Disapa bayang penjajah yang rakus,  

Ribuan langkah diikat rantai,  

Harapan ditimbus di tanah musuh.


Tanah ini pernah merintih,  

Dalam sunyi, dalam jerih,  

Namun semangat tak pernah lelah,  

Biar tubuh rebah, jiwa gagah.


Merdeka bukan hadiah bulan,  

Tapi nyawa yang gugur di medan,  

Darah jadi tinta perjuangan,  

Menulis sejarah penuh pengorbanan.


Hari ini langit kita cerah,  

Tiada dentum bom, tiada jerat serah,  

Hanya suara anak merdeka,  

Mengalun lagu cinta pada negara.


Kita bukan pewaris kosong,  

Kita pewaris darah yang mengalir,  

Tanggungjawab bukan hanya di lisan,  

Tapi pada setiap tindakan dan fikir.


Wahai anak Malaysia, dengarlah,  

Merdeka bukan sekadar kata,  

Merdeka ialah amanah dari zaman luka,  

Untuk dijaga, dibaja, dibina semula.


Tanah ini telah merdeka,  

Jangan biar jiwamu dijajah semula!



TCYELICIA JOHNNLLY

SMK Penangah 

29/8/2025

Tiada ulasan:

LARA DI BUKIT PALIPPIS : Karya Arniyati

 LARA DI BUKIT PALIPPIS Arniyati Shaleh Suara hantaman ombak pada pantai jauh di bawah sana menghentak jantung Lara yang diam memaku di lada...

Carian popular