Isnin, 17 Februari 2025

Tema : Cinta/ Love


yth. bapak/ibu, tuan/puan, saat ini KGS sudah memiliki blog/web sendiri https://kgsmendunia.blogspot.com/.

Apabila bapak/ibu, tuan/puan memiliki naskah puisi/cerpen/cerita anak yang belum pernah ditayangkan/disiarkan di media lain, dan ingin ditayangkan di blog KGS, sila mengirimkan naskahnya kepada kami dengan ketentuan sebagai berikut:

1. Puisi (sesuai poster)

       Tema minggu ini: Cinta/Love (17- 24 Februari 2025). Naskah puisi diketik di microsoft word, font times new roman 12, spasi 1, minimal 2 bait 8 baris, maksimal  bait  baris ikut nilai, mesej, kreativiti dan kesesuaian karya tanpa banyak pengulangan frasa dalam prosa. 4 tips yang perlu diambil kira iaitu kesinambungan dan maksud, keselarasan dengan genre puisi, keutuhan estetika dan matlamat sasaran pembaca . Dilengkapi titi mangsa (tanggal penulisan naskah). Sertakan nomor whatsapp aktif, bionarasi maksimal 3 baris (boleh dilengkapi foto)

2. Cerpen

        Tema: Bebas.  Naskah cerpen diketik di microsoft word, font times new roman 12, spasi 1,5. Jumlah kata 1500-2000 kata.  Sertakan nomor whatsapp aktif dan bionarasi maksimal 3 baris (boleh dilengkapi foto)

3. Cerita Anak

       Tema: Bebas.  Naskah cerita anak diketik di microsoft word, font times new roman 12, spasi 1,5. Jumlah kata 500-600 kata.  Sertakan nomor whatsapp aktif dan bionarasi maksimal 3 baris (boleh dilengkapi foto)

- Naskah puisi dan cerpen dikirimkan kepada Ketua Tim Kurator KGS (Cikgu Izz +60126093080 ), sedangkan untuk naskah cerita anak dikirimkan kepada Bu Gayatri (+6281392178325) . Setelah lolos kurasi, barulah naskah boleh ditayangkan/disiarkan di blog KGS oleh Cikgu Kims (+60138704480) . Terima kasih. Salam Literasi.


 

Karya Terbaik Mingguan

 Tema: Kelestarian Alam

10 Februari hingga 16 Februari 2025


 

Assalamualaikum wbt dan Salam Galeri Sastra Pesona Dunia.
Izinkan saya berkongsi beberapa penilaian dan kesimpulan kurasi saya ke atas karya tuan puan yang dimuliakan. Berikut adalah kesimpulan penilaian dan cadangan penambahbaikan bagi semua puisi bertema kelestarian alam yang telah dinilai berdasarkan rubrik yang disediakan:

Kesimpulan Penilaian

Secara keseluruhan, puisi-puisi yang dinilai menampilkan kepekaan pengkarya terhadap isu kelestarian alam dengan pelbagai gaya bahasa dan pendekatan kreatif. Kebanyakan puisi menunjukkan kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan menjaga alam sekitar melalui penggunaan metafora, simbolisme, dan personifikasi yang menarik. Dari segi ketepatan tema, semua karya berjaya menonjolkan mesej utama mengenai pemeliharaan alam sekitar.

Dari sudut keindahan bahasa, sebahagian besar pengkarya menggunakan diksi yang puitis dan bermakna, namun terdapat beberapa karya yang masih boleh diperkaya dengan gaya bahasa yang lebih kuat. Dari aspek struktur, kebanyakan puisi mempunyai susunan idea yang jelas, namun terdapat beberapa karya yang boleh diperbaiki dari segi kesinambungan antara rangkap untuk memastikan mesej lebih lancar dan berkesan.

Cadangan Penambahbaikan

Pemantapan Diksi & Gaya Bahasa
  • Gunakan bahasa yang lebih kaya dengan imageri alam untuk menimbulkan kesan yang lebih mendalam kepada pembaca. 
  • Memanfaatkan lebih banyak unsur personifikasi dan metafora untuk menggambarkan alam sebagai entiti yang hidup dan perlu dilindungi. 
  • Mengelakkan penggunaan kata-kata yang terlalu umum dan menggantikannya dengan frasa yang lebih simbolik dan beremosi.

Ketepatan dan Keberkesanan Mesej
  • Pastikan setiap rangkap menyumbang kepada tema utama tanpa lari daripada fokus kelestarian alam.
  • Jika ada unsur kritikan terhadap pencemaran atau kemusnahan alam, sertakan juga unsur harapan atau ajakan untuk bertindak bagi keseimbangan mesej.

Pengolahan Struktur & Susunan Idea
  • Menjaga kesinambungan antara rangkap supaya pembaca dapat mengikuti aliran pemikiran dengan mudah.
  • Menghindari pengulangan idea yang berlebihan dan memastikan setiap rangkap membawa nilai tambahan kepada keseluruhan makna puisi.

Kreativiti dalam Penyampaian
  • Bereksperimen dengan bentuk puisi yang lebih unik atau inovatif untuk menjadikan karya lebih menonjol.
  • Menggunakan elemen suara alam atau unsur alam tertentu sebagai latar dalam pembentukan irama dan suasana puisi.

Keseluruhannya, puisi-puisi yang telah dinilai mempunyai potensi besar dalam menyampaikan mesej kelestarian alam dengan cara yang kreatif dan berkesan. Dengan sedikit penambahbaikan dari segi bahasa, struktur, dan penyampaian mesej, karya-karya ini dapat memberi impak yang lebih mendalam kepada pembaca serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

Izz 
Ketua Divisi Kurator 
Galeri Sastra 
16 Februari 2025 
8.00 pm waktu Malaysia



Syabas dan tahniah!


Ahad, 16 Februari 2025

Lestari Alam Cintai Bumi

 LESTARI ALAM, CINTAI BUMI



Biru langit terbentang luas

tempat bermain sekawan unggas

hanya di sini boleh melayah bebas

juga memeluk angin sepuas-puas

segala beban mahu dilepas.

 

Belantara kian terancam

sana sini hilang keindahan alam

demi pembangunan mulut terkunci diam

demi ringgit bumi menanggung beban

tiada kasihan tiada ehsan.

 

Air sungai mengalir lesu

menongkah arus sampai ke hulu

letih mengarak sampah berbatu

segala kehidupan merintih pilu

orang-orang buat tak tahu.

 

Kemarau berbulan-bulan

tanah merekah menanti hujan

lopak kering berdebu di jalanan

petani pesawah mengumpul angan

anak isteri apa nak makan.

 

Masih ada segenggam harapan

dalam hati berdiri satu kesedaran

lestarikan alam demi masa depan

buat anak cucu sebagai warisan

bahagia sepanjang zaman.

 

AC JAFFRIE

Rumah Bonda, Melaka

14 Februari 2025

 

BIONARASI PENULIS

AC JAFFRIE nama sebenarnya JAFFRI BIN HJ MD YATIM meminati dunia penulisan sejak di bangku sekolah menengah lagi. Anak kelahiran Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, Melaka. Merupakan pemegang Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1990. Genre penulisan yang diminati seperti buku kanak-kanak, cerpen, sajak, novel dan pantun. Bertahun-tahun menekuni penulisan dengan berkarya di banyak syarikat penerbitan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Fajar Bakti, Alaf 21, ITBM, Penerbitan Kintan, Karystos Creative, Pena Padu Press dan lain-lain. Ahli kepada persatuan penulis di bawah badan gabungan GAPENA iaitu Ikatan Persuratan Melayu (IPM), Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA) dan Lembaga Bahasa Melayu (LBM). Penerima Anugerah Kalam Sastera (Pantun) dari PENAMA (November 2024).

 

Sabtu, 15 Februari 2025

Losari Berbisik

 LOSARI BERBISIK

Karya: Agustina Rahman



Fajar berpendar di atas singgasana pagi
Menyulam gelombang dengan benang cahaya
Losari menangis, merintih, dalam sunyi yang samar
Ditelan gunung buatan, dililit hasrat tak bertepi

Ombak berbisik lirih di tepi
Menjejak memori pada nyiur yang melambai-lambai
Burung camar enggan kembali ke bentala
Rimbun bakau melayang sirna, nyanyian senja kini hilang

Namun harapan tak menguap bersama angin
Tangan-tangan menyemai kasih merajut bumi
Menanam bakau di pasir nestapa
Menghidupkan samudra, merawat sukma

Losari tersenyum, pelan bernapas
Ikan menari dalam dekap kasih samudra
Insan dan semesta, bersenandung dalam harmoni
Pantai pun berbisik, mengucap takzim

Makassar, 10 Februari 2025


BIONARASI

Hj. Agustina, S.Pd., M.Pd.  Lahir di Lemoa, Kab. Gowa Sulawesi Selatan, 10 Agustus 1975. Pendidikan terakhir S2 di Universitas Muhammadiyah Makassar. Mengajar di MAN 2 Kota Makassar. Fasilitator Provinsi PKB Guru mapel Bahasa Indonesia 2021-2024 dan Penulis Modul PKB Guru 2023 pada Kementerian Agama. Penulis Antologi Cerpen (Cerita Mistis/Horor) dan Novel Sepenggal Kisah Kehidupan (2024). Nomor WA: 082188870511

Khamis, 13 Februari 2025

Sumpah Penjaga Bumi

 SUMPAH PENJAGA BUMI

Karya: Nelly Amalia


Aku bersumpah atas langit yang biru,

di mana awan menganyam kisah masa lalu,

tempat burung menari dalam sunyi yang syahdu,

serta angin berbisik di sela dedaunan yang rindu.


Aku bersumpah atas tanah yang perawan,

lembut menggendong biji-biji kehidupan,

yang merintih saat diinjak tanpa kasih,

yang menangis kala dikhianati api dan besi.


Aku bersumpah atas sungai yang setia,

mengalirkan nyawa sejak mula dunia,

tetapi kini keruh, sesak, terluka,

mengadu pada laut yang tak lagi terbuka.


Lihatlah! Hutan mengucap doa terakhirnya,

akar-akar terpenggal, pohon-pohon tercekik,

suara rusa tak lagi terdengar,

dan angin kehilangan nyanyian lirihnya.


Oh manusia, peradaban yang pongah!

Kau pangkas hijau demi tembok dan menara,

kau corakkan tanah dengan luka yang parah,

kau bisukan nyanyian alam dengan deru mesin yang bengis.


Tapi, aku—dan kau, dan mereka yang sadar,

tak akan membiarkan bumi jadi pusara,

kami akan menghidupkan lagi nadinya,

menjahit luka-luka dengan benih dan doa.


Kami adalah penjaga,

penyair yang menuliskan kembali takdirnya,

hingga kelak, bumi tersenyum di pelukannya,

dan angin membisikkan: Terima kasih, manusia.

Kesianilah Aku

KESIANILAH AKU

Oleh: Zulbahri Hussin



Kesianilah aku

sungai yang kemberi

kalian kehidupan

membina perkongsian panjang 


Aku laungkan rintihku

kalian semakin menjauh

pak tua tidak lagi menjala

sang kerbau silu berkubang


Setelah aku

dicemari kotoran sampah

sisa buangan

kalian mengeji,mencemuh

seolah olah aku tidak wujud lagi


Berikan kunafas

untuk aku kembali berbakti

menghadiahkan ikan ikan

sumber rezeki kalian

mengalir laju ke kuala

sebuah sungai warisan bangsa


Zulbahri Hussin

Kuantan Pahang

13 02 2025




ZULBAHRI BIN MAT HUSAIN

Dilahirkan di Pasir Puteh Kelantan pada tahun 1964. Menceburi bidang penulisan pada tahun 1984 di Majalah Remaja, Majalah Salina, Akhbar Harian Nasional, Utusan Radio dan TV (URTV), Varia Pop, Mingguan Malaysia, Berita Harian, Bacaria, Mingguan Wanita, Mingguan Famili, Mingguan Perdana. Menganggotai Group Pemuisi Setanggi (Universiti Malaya) Kuala Lumpur. Antologi bersama Mita Katoyo, Jakarta, Indonesia. Pernah menuntut di Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kuantan Pahang. Ahli Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Masih aktif menulis di media sosial. FB: Zulbahri Hussin. Kini menetap di Kuantan, Pahang.

SEBUAH PESAN Karya : Sahbuddin Dg. Palabbi

  SEBUAH PESAN Sahbuddin Dg. Palabbi Rina, seorang jurnalis investigasi. Ia sedang menyelidiki sebuah kasus pembunuhan misterius. Korbanny...

Carian popular