Sabtu, 15 Februari 2025

Losari Berbisik

 LOSARI BERBISIK

Karya: Agustina Rahman



Fajar berpendar di atas singgasana pagi
Menyulam gelombang dengan benang cahaya
Losari menangis, merintih, dalam sunyi yang samar
Ditelan gunung buatan, dililit hasrat tak bertepi

Ombak berbisik lirih di tepi
Menjejak memori pada nyiur yang melambai-lambai
Burung camar enggan kembali ke bentala
Rimbun bakau melayang sirna, nyanyian senja kini hilang

Namun harapan tak menguap bersama angin
Tangan-tangan menyemai kasih merajut bumi
Menanam bakau di pasir nestapa
Menghidupkan samudra, merawat sukma

Losari tersenyum, pelan bernapas
Ikan menari dalam dekap kasih samudra
Insan dan semesta, bersenandung dalam harmoni
Pantai pun berbisik, mengucap takzim

Makassar, 10 Februari 2025


BIONARASI

Hj. Agustina, S.Pd., M.Pd.  Lahir di Lemoa, Kab. Gowa Sulawesi Selatan, 10 Agustus 1975. Pendidikan terakhir S2 di Universitas Muhammadiyah Makassar. Mengajar di MAN 2 Kota Makassar. Fasilitator Provinsi PKB Guru mapel Bahasa Indonesia 2021-2024 dan Penulis Modul PKB Guru 2023 pada Kementerian Agama. Penulis Antologi Cerpen (Cerita Mistis/Horor) dan Novel Sepenggal Kisah Kehidupan (2024). Nomor WA: 082188870511

Khamis, 13 Februari 2025

Sumpah Penjaga Bumi

 SUMPAH PENJAGA BUMI

Karya: Nelly Amalia


Aku bersumpah atas langit yang biru,

di mana awan menganyam kisah masa lalu,

tempat burung menari dalam sunyi yang syahdu,

serta angin berbisik di sela dedaunan yang rindu.


Aku bersumpah atas tanah yang perawan,

lembut menggendong biji-biji kehidupan,

yang merintih saat diinjak tanpa kasih,

yang menangis kala dikhianati api dan besi.


Aku bersumpah atas sungai yang setia,

mengalirkan nyawa sejak mula dunia,

tetapi kini keruh, sesak, terluka,

mengadu pada laut yang tak lagi terbuka.


Lihatlah! Hutan mengucap doa terakhirnya,

akar-akar terpenggal, pohon-pohon tercekik,

suara rusa tak lagi terdengar,

dan angin kehilangan nyanyian lirihnya.


Oh manusia, peradaban yang pongah!

Kau pangkas hijau demi tembok dan menara,

kau corakkan tanah dengan luka yang parah,

kau bisukan nyanyian alam dengan deru mesin yang bengis.


Tapi, aku—dan kau, dan mereka yang sadar,

tak akan membiarkan bumi jadi pusara,

kami akan menghidupkan lagi nadinya,

menjahit luka-luka dengan benih dan doa.


Kami adalah penjaga,

penyair yang menuliskan kembali takdirnya,

hingga kelak, bumi tersenyum di pelukannya,

dan angin membisikkan: Terima kasih, manusia.

Kesianilah Aku

KESIANILAH AKU

Oleh: Zulbahri Hussin



Kesianilah aku

sungai yang kemberi

kalian kehidupan

membina perkongsian panjang 


Aku laungkan rintihku

kalian semakin menjauh

pak tua tidak lagi menjala

sang kerbau silu berkubang


Setelah aku

dicemari kotoran sampah

sisa buangan

kalian mengeji,mencemuh

seolah olah aku tidak wujud lagi


Berikan kunafas

untuk aku kembali berbakti

menghadiahkan ikan ikan

sumber rezeki kalian

mengalir laju ke kuala

sebuah sungai warisan bangsa


Zulbahri Hussin

Kuantan Pahang

13 02 2025




ZULBAHRI BIN MAT HUSAIN

Dilahirkan di Pasir Puteh Kelantan pada tahun 1964. Menceburi bidang penulisan pada tahun 1984 di Majalah Remaja, Majalah Salina, Akhbar Harian Nasional, Utusan Radio dan TV (URTV), Varia Pop, Mingguan Malaysia, Berita Harian, Bacaria, Mingguan Wanita, Mingguan Famili, Mingguan Perdana. Menganggotai Group Pemuisi Setanggi (Universiti Malaya) Kuala Lumpur. Antologi bersama Mita Katoyo, Jakarta, Indonesia. Pernah menuntut di Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kuantan Pahang. Ahli Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Masih aktif menulis di media sosial. FB: Zulbahri Hussin. Kini menetap di Kuantan, Pahang.

Selasa, 11 Februari 2025

Webinar Trik Menulis dan Publish Puisi

Salam semua, satu webinar secara langsung akan diadakan pada ketetapan pada poster berikut. Semua dijemput hadir terutama mereka yang sudah mendaftar untuk menyertai peraduan menulis puisi bertema "Jika ini Nafasku yang Terakhir". Jika anda belum mendaftar, sila daftar segera. Hadiah menarik menanti anda.

 

TENTANG POHON

 TENTANG POHON

Abby Vancel

 


Kau berdiri di sana, pohon
tegak tanpa ragu, menunggu dan menunggu
Akar-akar menghunjam ke tanah
memeluk rahasia bumi yang tak pernah kau ucapkan
Kau diam, tapi tak pernah mati

Orang-orang berjalan, berpikir dunia ini milik mereka
mengukur tanah, menebang batang, merenggut daun
dan kau tetap di sana, menyaksikan dengan sabar
karena kau tahu, manusia lupa

Kau ingat air pertama yang membasahimu
hujan yang tak pernah berkhianat
angin yang membawa kabar dari tempat jauh
tentang gunung-gunung yang dirobohkan
tentang tanah yang dijual dengan harga yang ditentukan orang-orang yang tak pernah menyentuhnya

Tapi kau tak bicara
tak menuntut, tak bertanya
kau hanya merambat ke langit
mencari cahaya yang tak bisa dicuri
menjadi saksi bagi mereka yang tak peduli

Satu hari, akar-akar itu akan dicabut
ranting-ranting akan patah
dan mereka baru akan bertanya:
ke mana perginya tempat berteduh?
ke mana suara angin yang bercerita?

Tapi kau tak lagi menjawab
Kau sudah pergi lebih dulu
bersama sunyi yang kau jaga sejak awal

Jakarta, Medio Pebruari 2025

 

BIONARASI

Abby Vancel adalah seorang penulis yang karya-karyanya sering kali mengangkat beragam tema. Sejak kecil, Abby telah terpesona oleh dunia sastra, dan mulai menulis cerita pendek dan puisi di masa remaja. Ia ingin menyampaikan kisah-kisah yang tidak hanya menghibur, tetapi juga menggugah pemikiran pembacanya tentang kehidupan sehari-hari yang penuh dengan teka-teki dan makna tersembunyi.

 

Sabtu, 8 Februari 2025

Kasut Bertumit Tinggi

 KASUT BERTUMIT TINGGI

Oleh: Kims Diwa


Aku tidak tahu kepada siapa harus aku meminta pertolongan. Dalam saat genting seperti ini, aku masih diuji dengan halangan. Aku sudah biasa diuji dalam hidup, tetapi tidak sangka perkara sekecil ini mampu menambahkan resah yang bertubi-tubi di hatiku.   

        Pagi itu, aku bersiap-siap untuk menghadiri temu duga sebagai kerani di sebuah organisasi penerbitan akhbar—pekerjaan yang sekian lama aku impikan sejak di bangku sekolah. Bekerja di dunia penerbitan bukan sekadar mencari rezeki; ia adalah satu bentuk penghargaan terhadap minat dan impianku dalam penulisan. Jika aku diterima bekerja di sana, mungkin aku akhirnya boleh melihat namaku tercetak di dada akhbar, bukan hanya sebagai pembaca, tetapi sebagai penyumbang.   

        Aku memilih baju kurung sutera biru lembut dengan sulaman halus di hujung lengan—baju kesayangan yang hanya pernah kupakai pada pagi Aidilfitri tahun lalu. Ibu selalu berpesan, "Biar berpakaian sopan dan manis di mata orang. Biar orang hormat, bukan sekadar pandang."

         Pilihanku bukan sahaja kerana adat, tetapi kerana aku mahu tampak kemas dan berkeyakinan. Selesai menggosok baju, aku menyelongkar almari, mencari fail sijil berwarna merah jambu yang sudah lama aku simpan rapi. Setelah semua dokumen siap, aku bergegas mendapatkan ibu.  Namun, aku tidak menyangka permintaanku disambut dengan keraguan.  

     "Anak perempuan jangan keluar sendiri ke bandar. Nanti sesat, nanti orang ambil kesempatan," kata ibu, suaranya lembut tetapi tegas.

"Lagipun, perempuan baik-baik jangan gopoh mahu bekerja. Biarlah rezeki itu datang pada masanya."  

        Aku diam. Kata-kata ibu bagaikan gumpalan embun yang menyejukkan, tetapi juga menyesakkan dada. Aku sudah setahun tamat SPM dan sepanjang waktu itu, aku hanya duduk di rumah, membantu ibu memasak, menyapu laman, dan menjadi saksi kepada kehidupan yang statik.  

     Setahun menganggur membuatkan aku berasa tidak berguna. Aku tidak mahu terus menjadi beban keluarga. Aku mahu membuktikan bahawa aku mampu berdikari.  Kata-kata ibu seperti bisikan puisi di telingaku.

                   Hidup ini jalan yang panjang, anak

ibu berbisik dalam sayu pandangnya

setiap langkah ada yang melihat

setiap jatuh ada yang mengingat  

 

Langkahmu biar pasti

jangan tergesa dalam memilih dunia

tapi aku ingin mencuba ibu

walau jalannya masih kabur di mata

         Aku nekad. Aku turun dengan semangat yang membara. Tetapi sebaik menyarungkan selipar, hatiku tersentak.  Aku terlupa sesuatu yang sangat penting—kasut bertumit tinggi dan bertutup!

         Jantungku berdegup kencang. Aku segera menyelongkar almari kasut, tetapi yang ada hanyalah sepasang kasut lama yang sudah koyak di bahagian hujung. Aku bergegas mencari ibu untuk meminta kasutnya, tetapi hampa—ibu tidak mempunyai kasut bertumit.  

         Teksi yang aku panggil sudah tiba. Masa semakin suntuk, tetapi kasut masih belum aku temui!  Ibu mencadangkan agar aku meminjam kasut daripada sepupuku, Ani. Mujur rumahnya hanya beberapa langkah dari sini. Aku berlari ke sana, dan syukur, Ani ada di rumah.  Dia menghulurkan sepasang kasut bertumit tinggi miliknya. Namun, kasut itu terlalu besar!  Aku mencuba melangkah, tetapi setiap kali tumitku terangkat, kasut itu hampir terlepas.   

"Apa kata kau beli kasut lain bila sampai di bandar?" Cadang Ani.   

Aku hampir bersetuju, tetapi risau jika terlewat. Akhirnya, aku nekad memakai sahaja kasut Ani dan berharap ia tidak menyusahkanku.  Aku melangkah dengan penuh harapan—tetapi tanpa aku sedar, takdir sudah mengatur halangannya sendiri. Setelah tiga puluh minit, jalan raya semakin sesak. Aku melirik jam tangan—7:30 pagi. Aku masih ada masa tiga puluh minit sebelum temu duga bermula.  Namun, kenderaan seolah-olah tidak bergerak!  

         Peluh mula membasahi dahiku meskipun pendingin udara dalam teksi masih berfungsi. Aku semakin gelisah. Hati berbolak-balik, cuba mencari jalan penyelesaian.  Aku memujuk hatiku dengan untaian kata-kata.

                 Jalan itu panjang, tapi aku mesti tiba

mesti juga bertahan, mesti mencuba

walau langkah ini goyah di pinggir sesak

aku percaya di hujung ada cahaya memancar megah

         Tiba-tiba, suara pemandu teksi memecah kebisuan dan zikir di dalam hatiku terhenti serta merta.

             "Maaf, nak. Pakcik faham perasaanmu."  

         Aku terdiam. Kata-kata itu menusuk ke dalam hatiku. Aku menarik nafas panjang, cuba mengawal kegelisahan.  Aku tiba di hadapan bilik temu duga. Seorang lelaki tampan berdiri di situ, menatapku dengan senyum kecil. Aku cuba melangkah penuh sopan, tetapi…  

         Aku terpelecok!  Kasut tumit tinggi itu terlalu besar. Aku kehilangan keseimbangan dan jatuh betul-betul di hadapan lelaki itu.  Aku bingkas bangun, menahan rasa malu yang menggigit jiwaku. Sebelum masuk ke bilik temu duga, aku sempat mengerlingnya. Wajahnya kemerahan—menahan tawa.  Aku mendengus dalam hati. Dengusan itu seperti rangkaian puisi penuh kekesalan.

                  Oh kasut, oh dunia

mengapa setiap langkahku kau uji?

baru hendak menggapai tinggi,  

sudah dijatuhkan tanpa simpati.  

         Aku mengetap bibir, menolak daun pintu dan melangkah masuk.  Belum sempat aku duduk, kasut sebelahku sekali lagi terlepas dan melayang ke hadapan, mendarat betul-betul di hadapan penemu duga!  Aku membatu. Para penemu duga hanya tunduk memandang meja, tetapi bahu mereka bergerak-gerak—cuba menahan ketawa!   Seorang daripada mereka akhirnya bangun dan keluar dari bilik. Sebaik pintu tertutup, aku mendengar ketawa berderai dari luar.   Aku menelan liur, menahan rasa malu yang kian memuncak.  Hari ini benar-benar bukan hariku.  Aku menundukkan kepala dan menghela nafas panjang.  

 

"Kasut oh kasut… Kau memang tidak mahu menyebelahi aku, bukan?"  


BIONARASI

Kims Diwa atau nama sebenar Rukimah binti Pandawa berasal dari Kota Marudu, Sabah, bertugas di Telupid sejak tahun 1997. Sajak dan cerpen adalah dua seni sastera yang diminati beliau. Cerpen-cerpen beliau banyak tersiar di akhbar-akhbar tempatan dan beberapa antologi puisi dan cerpen bersama-sama penulis pemula dan mapan. Kini beliau sedang berusaha menghasilkan kumpulan cerpen, namun masih banyak kendala yang sukar ditangani.

 

 

SEBUAH PESAN Karya : Sahbuddin Dg. Palabbi

  SEBUAH PESAN Sahbuddin Dg. Palabbi Rina, seorang jurnalis investigasi. Ia sedang menyelidiki sebuah kasus pembunuhan misterius. Korbanny...

Carian popular