Ahad, 23 Februari 2025

Jangan Ada Niat

 JANGAN ADA NIAT

Karya: Md Izzuddin bin Mohd Shah



Jangan ada niat kau belah kasih,

runtuh tiang, rapuh atap,

jika janji kau anyam sendiri,

mengapa dirungkai tanpa sebab?


Aku pernah jadi langitmu,

tempat kau lempar lelah dan resah,

tapi kini bayangmu kelabu,

angin janji berpuput punah.


Kau pulang membawa sunyi,

menyembunyikan dosa di balik senyum,

aku menunggu dengan hati mati,

cinta di dada menjadi debu.


Jangan ada niat kau cabik rindu,

biar ia layu, jangan kau racuni,

kerana sekali amanah kau dustai,

hilang sakinah, runtuh nurani.


Jika aku pergi, bukan kerana benci,

tapi kerana setia bukan permainan,

khianat bukan sekadar luka di hati,

ia bara yang membakar iman.


Md Izzuddin bin Mohd Shah

Tiada ulasan:

LARA DI BUKIT PALIPPIS : Karya Arniyati

 LARA DI BUKIT PALIPPIS Arniyati Shaleh Suara hantaman ombak pada pantai jauh di bawah sana menghentak jantung Lara yang diam memaku di lada...

Carian popular