Ahad, 23 Februari 2025

Lafaz Cinta yang Sepi

 LAFAZ CINTA YANG SEPI

Karya: Sylvionie Marius




Kurenungi insan berpelupuk kuyu dihujung mimbar cinta

Kuusapinya tanda perkenalan yang mendayu bagai angin lalu

Mengembara kenangan di dimensi masa lalu yang berwarna

 berbunga mawar.

 

Lapan tahun yang berlalu, tanpa kau ketahui

ada luka yang bermuara

kerna Kasih tak terucap semasa di bangku sekolah.

 

Perpisahan di gerbang sekolah bertamu lagi,

Baginya itu lambaian seorang teman,

Namun, bagiku itu lambaian seorang kekasih,

Yang hanya aku dan alam yang menyimpannya.

 

Tetap kusimpan kasih meniti laluan sepi sepanjang Lorong,

 Berharap penantian ini berakhir dengan cincin,

Kembar di jari manisku.

 

Hari di mana langit cerah,

kulihat kau tersenyum manis memandang insan lain

Bertemankan dua buah hati kecilmu,

Aku berpaling dan sekali lagi suasana sepi

Yang mengiringku.

 

SYLVIONIE MARIUS
23/2/2025
Kampung Katagayan Toboh Tambunan

Tiada ulasan:

LARA DI BUKIT PALIPPIS : Karya Arniyati

 LARA DI BUKIT PALIPPIS Arniyati Shaleh Suara hantaman ombak pada pantai jauh di bawah sana menghentak jantung Lara yang diam memaku di lada...

Carian popular