Sabtu, 22 Februari 2025

Kau dan Aku Mencipta Kita

 KAU DAN AKU MENCIPTA KITA

Karya: Christella Daud

 


Aku adalah serpihan yang hilang darimu

dan kau adalah bahagian yang hilang dari diriku

bertahun lamanya engkau mencari serpihan itu

begitu juga diriku yang berkelana mencari bahagian itu

 

Namun

rancanganNya adalah yang terbaik

menyusun atur  pertemuan dua hati di masa yang tepat

kita berdua bagaikan tenggelam di lautan yang tidak ada dasarnya

berusaha mencari serpihan dan bahagian  yang sulit ditemukan

 

Akhirnya

semua indah tepat pada waktuNya

serpihan dan bahagian yang hilang mulai timbul di antara kita

kasih dan cinta adalah bahasa yang paling indah

dan hadir tepat di antara kita

 

Kini serpihan dan bahagian itu mulai membentuk kita

kita mulai mengisi bahagian dan menyusun serpihan itu

dan akhirnya serpihan dan bahagian itu mulai membunga

 

Aku bersyukur kepadaNya

kerana kau dan aku mencipta kita

 

 

CHRISTELLA DAUD
21/02/2025
SMK Penangah, Telupid.

 

Tiada ulasan:

JEJAK TAK TERLIHAT

Jejak Tak Terlihat  Karya: Severinus bin Intang Dua puluh tahun waktu yang menekan sunyi dalam hening malam aku bertanya pada diri apa yang...

Carian popular