Sabtu, 22 Februari 2025

Cinta Pertama Diriku

 CINTA PERTAMA DIRIKU

Karya: Shaqirah Khairani binti Sokleh

 


Dalam  cermin kutemukan wajahku

senyuman lembut penuh harapan dan perasaan

menuntun jiwa yang sering terlupa

bahawa aku layak dicintai

 

Memeluk diri dengan kasih yang tulus

seperti embun pagi yang menyentuh daun

lembut menyenangkan jiwa yang lara

mengalirkan ketenangan pada setiap

hembusan nafas

 

 Dalam pelukan itu, aku tersedar

jangan ragu untuk mencintai diri

kerana cinta ini adalah permulaan

dan segala cinta yang akan kuberikan

 

SHAQIRAH KHAIRANI BINTI SOKLEH
21/02/2025
SMK Penangah, Telupid.

Tiada ulasan:

LARA DI BUKIT PALIPPIS : Karya Arniyati

 LARA DI BUKIT PALIPPIS Arniyati Shaleh Suara hantaman ombak pada pantai jauh di bawah sana menghentak jantung Lara yang diam memaku di lada...

Carian popular