Isnin, 24 Mac 2025

BONDAKU


BONDAKU

Karya: Ezatul Hanim Yahya 



Bondaku,

Ku melangkah dalam kegirangan

Meniti saat sebuah kepulangan

Meraikan hari kemenangan

Bersama bonda yang tak lengkang dari senyuman

Akan kuhabisi masa lapangan

Tiada sekelumit masa kubiarkan

Sesaat tidak kubazirkan

Bersamamu akan kucoretkan

Dalam sebuah nukilan

Untuk diabadikan sebagai kenangan

Yang pasti akan ada pengakhiran.

 

Bondaku,

Tidak bisa kulupakan wajahmu

Seindah tata riasmu

Aku bahagia sepanjang waktu

Walau masa sangat cemburu

Kepulangan ini amatlah dirindu

Nantikan aku dimuka pintu

Salam syawal buat bondaku

 

Ezatul Hanim Yahya

Johor Bahru

24032025

 


Ezatul Hanim binti Yahya merupakan anak jati Johor Darul Takzim, Malaysia. Menumpukan bidang perniagaan sebagai kerjaya utama. Pertamakalinya mengikuti acara puisi nusantara, Malaysia dan Singapura ke Riau, Pekanbaru Indonesia pada tahun 2023

Tiada ulasan:

TASBIH KAYU DI UJUNG JEMARI " Karya Eduar Daud

TASBIH KAYU DI UJUNG JEMARI Penulis: Eduar Daud Di kota yang tak pernah tidur ini, suara azan Maghrib seringkali hanyalah frekuensi yang lew...

Carian popular