Titisan Sunyi
Karya: Bunga Melor
Rintik-rintik hujan,
iringi kamar hati
sunyi tanpa teman bicara.
Senyum kuukir
kutatap hujan di jendela sepi,
jeda
mutiara jernih luruh dari kelopak rasa.
Hujan seakan mengerti
rasa yang terkurung dalam sukma.
Munajatku,
aku ingin seorang teman,
seperti insan lain,
yang punya sahabat bicara.
Hanya hujan tempat aku mengadu,
tempat kuluah segala rahsia.
Tuhan,
semoga impianku menjadi nyata,
suatu hari nanti.
Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia
19 Jun 2025
Melor Nur Ain Idris atau dikenali Bunga Melor, dilahirkan pada 05 Jun 1996 di Hospital Kuala Lumpur. Seorang penulis bebas, penyelenggara projek Antologi. Telah menghasilkan sebanyak 300+ karya termasuk buku solo daripada pelbagai penerbit sehingga ke peringkat International. Antologi Syair Negeri International, (Perruas, Indonesia), Antologi Puisi Simbiosis (Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2025). Salah satu buku solo Novelet Ros Berdarah Protulis Publishing (2024). Karya eceran pernah tersiar di surat khabar, E-Jurnal Doea Jiwa dan tersiar di pelbagai laman web. Mendapat pelbagai anugerah dan pencapaian sepanjang bergelar penulis. Salah satunya Alumni Prolifik Akademi Sanggar Nurimas sesi 2021/2022. Facebook: Melor Nur Ain (Bunga Melor) E-mel Rasmi mawar1996@gmail.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan