Ahad, 31 Ogos 2025

Kebangkitan Pahlawan
Karya: Alexsius Ahi


Pahlawan gagah berjiwa berani
Berdiri teguh menentang musuh
Peluh dan darah jadi saksi
Semangat waja tidak pernah rapuh
Namamu harum sepanjang zaman.


Kau bukan hanya mengangkat senjata
Tetapi juga mempertahan maruah
Dengan tekad tidak pernah goyah
Menghadapi cabaran tanpa menyerah
Pahlawan jasamu tidak ternilai.


Bumi merdeka hasil perjuanganmu
Tanah subur bebas dari belenggu
Air mata rakyat jadi penawar
Bila kau gugur demi negara
Kami hidup dalam cahaya merdeka.


Hari ini kami berdiri megah,
Menghirup udara aman nan indah
Kerana darahmu jadi taruhan
Kerana jiwamu jadi pertahanan
Oh pahlawan kami tidak lupa.


Generasi baharu akan meneruskan
Warisan perjuangan penuh keberanian
Namamu kekal dalam lipatan sejarah
Jasa dan pengorbanan jadi pedoman
Pahlawan kau abadi di hati bangsa.

Kampung Alitang
28/8/2025

Tiada ulasan:

GELAP YANG CUKUP : Eduar Daud

 GELAP YANG CUKUP Karya: Eduar Daud Malam berhenti bergerak.  Di kamar ini aku belajar diam,  menghitung napas di balik tirai yang membeku. ...

Carian popular