Pahlawan Selamanya Hidup
Karya: Xcerfabio panawas
Di bawah redup cahaya merdeka
tersimpan kisah pahlawan berjiwa gagah
mereka berjuang demi bangsa dan agama
menjunjung tanah mempertahankan maruah.
Pahlawan itu bukan sekadar nama
bukan catatan yang hilang ditelan sejarah
tetapi nyala api yang membakar jiwa
menjadi sinar penunjuk jalan penuh tabah.
Mereka melangkah di rimba yang gelap
ombak mengganas tiada membuat gentar
meski maut datang bagai bayang tangkap
kasih pada bumi jadi benteng yang besar.
Darah mereka menitis jadi sungai juang
air mata gugur menyubur bumi bertuah
peluh mereka tumbuh menjadi semangat juang
roh mereka menjulang panji penuh megah.
Kini kita berpadu di bawah langit merdeka
tanpa mengira bangsa tanpa mengira sejarah
Malaysia teguh hasil pengorbanan jiwa
disulam cinta kasih dan semangat tabah.
Wahai bangsaku, dengarlah laungan merdeka
suarakan semangat, jangan biar goyah
kerana kemerdekaan ini milik kita bersama
warisan suci yang harus dijunjung megah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan