Khamis, 20 November 2025

SELINGKAR HARAPAN CINTA

Selingkar Harapan Cinta

Oleh: Bunga Melor 

  

Cinta yang bersemi

dalam sunyi kamar hati

beriring tatapan mata 

buatmu, pertama kali.

 

Jantung ini berirama

lagu rindu asmara

bersenandung padamu,

duhai kekasih hati.

 

Kasih kita yang tumbuh 

bak bunga yang mekar

semerbak baunya

di taman asramaloka. 

 

Tatapan matamu

seperti jernih embun 

memeluk kelopak rindu

terkembang buat dirimu.


Dikau mengajar erti cinta,

ubatkan rindu dalam munajat

bagai sutera halus buatan

kekal indah selamanya.

 

Setiap malam kuberdoa, 

dikau bawa cinta yang tulus,

agar selamanya damai hati ini 

jalani hidup bersamamu.

 

17 November 2025

Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia

Tiada ulasan:

GELAP YANG CUKUP : Eduar Daud

 GELAP YANG CUKUP Karya: Eduar Daud Malam berhenti bergerak.  Di kamar ini aku belajar diam,  menghitung napas di balik tirai yang membeku. ...

Carian popular