SAJAK GETAR DOA DI LANGIT MUNAJAT
Di hamparan
sunyi yang tiada bertepi
Sukma ini
belajar menjadi gema doa
Memanggil As-Sami’
tanpa suara
Dalam
bahasa luka yang hanya Dia mengerti.
Lapar ini bukan
dugaan sekadar
Dahaga ini
bukan semata ujian
Tapi menenun
sufi pada benang iman
Tetas egoku
luruh satu persatu
Pula ikhlas
lahir seiring waktu.
Malamku
menadah segala rahsia
Kuhamparkan
rindu di atas sejadah waktu
Rintih hati
bagai ditusuk onak duri
Pecahan
ombak luruh di pipi-
Kabur
pandanganku
Malam itu,
netra menjadi bahasa bisu
Menggetar
doa pada jumantara yang satu.
Syahadan
runtuh kepalsuan dibinangun lampaunya
Pada setiap
sujud berat yang tulus nan sakral
Dan kala
fajar membuka tabir nurnya
Aku tidak
lagi mencari dunia yang fana
Kerana
dalam getar doa di langit munajat yang Esa
Telah
kutemui sekalian makna.
Bionarasi –
Nurinnurandrea
Nurinnurandrea
ialah seorang pelajar yang aktif dalam bidang kesusasteraan dan pengucapan
awam. Beliau menjadikan puisi sebagai medium untuk menzahirkan emosi dan
refleksi spiritual. Puisi “Getar Doa di Langit Munajat” terinspirasi daripada
suasana Ramadan, yang menjadi ruang muhasabah dan pencarian makna melalui doa
serta keikhlasan. Karya ini dihasilkan sebagai cerminan perjalanan batin seorang
hamba dalam mendekatkan diri kepada Yang Esa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan