Khamis, 9 April 2026

SEPERTIGA YANG MENUNGGU: Karya Kims Diwa

 SEPERTIGA YANG MENUNGGU



Aku berdiri dalam diri
yang lama aku tinggalkan
tanpa sedar langkah pulang
bermula dari retak dada

Rumah tidak pernah hilang
yang hilang cuma ingatan
tentang pintu yang terbuka
dalam sunyi sepertiga malam

Aku mengutip sisa waktu
yang gugur di hujung usia
seperti doa yang tertinggal
di antara lapar dan dahaga

Bukan untuk mengulang semula
tetapi mengenal luka
yang lama aku sembunyikan
di balik riuh dunia

Aku hampir menjadi asing
dalam hidup yang aku bina
terlalu lama mengejar dunia
hingga lupa siapa memanggil

Suara itu tidak pernah jauh
ia bergetar dalam diam
di setiap hela nafas yang berat
di setiap sujud yang tertangguh

Malam ini aku sedar
jalan pulang tidak jauh
yang jauh bukan jalan
tetapi aku yang terlalu lama                                                                                              menunda pulang

 

: Aku ingin pulang!

 

 

Kims Diwa

Telupid, Sabah

07 April 2026

 

Tiada ulasan:

SEPERTIGA YANG MENUNGGU: Karya Kims Diwa

  SEPERTIGA YANG MENUNGGU Aku berdiri dalam diri yang lama aku tinggalkan tanpa sedar langkah pulang bermula dari retak dada Rumah ti...

Carian popular