Sabtu, 17 Mei 2025

NAFAS SEBUAH TENAGA

 Nafas Sebuah Tenaga

Karya: Jalffon Jikol


Kami bukan bayang di balik nama,

kami denyut pada setiap nadi kota,

mengangkat beban membina makna,

dari peluh yang tak pernah meminta pujian.


Tangan ini menyulam harapan,

di celah debu di celah tekanan,

tiap gerak adalah perjuangan,

demi anak demi masa depan.


Jangan lihat kami sekadar angka,

kerana kamilah nyawa negara,

di sebalik kesunyian kerja,

ada jiwa yang tak pernah lara.


Hari ini kami berdiri megah,

bukan kerana pingat atau anugerah,

tetapi kerana kami tahu,

tiada negara tanpa kami yang selalu bersatu.



JALFFON JIKOL

(11.05.2025)

SMK Penangah, Telupid, Sabah, Malaysia

Tiada ulasan:

SEPERTIGA YANG MENUNGGU: Karya Kims Diwa

  SEPERTIGA YANG MENUNGGU Aku berdiri dalam diri yang lama aku tinggalkan tanpa sedar langkah pulang bermula dari retak dada Rumah ti...

Carian popular