Khamis, 28 Ogos 2025

DARAHMU TINTA SEJARAH

Karya: Avril Mazzareiio Limah


Di bumi pertiwi terbelenggu 

kau melangkah berani menentang 

darahmu sungai perjuanganmu 

gelap tunduk cahaya gemilang 

namamu kekal sepanjang waktu.


Tiada takhta tiada permata 

hanya merdeka kau peluk setia 

peluru rebah di mata 

derita lenyap semangat membara 

engkau cahaya bangsa tercinta.


Darahmu tinta kisah sejati 

menulis bangsa gagah berdiri 

setiap luka puisi abadi 

setiap nafas doa murni 

nyawamu cahaya bangsa sejati.

 

Kini kami berdiri gagah 

merasai manis perjuangan indah 

jasadmu tidur di tanah 

semangatmu hidup membakar maruah 

engkau pusaka bangsa merdeka.


Wahai pahlawan darahmu mengalir 

bukan di tanah tetapi jiwa 

kami berjanji semangat mengukir 

sejarahmu hidup sepanjang masa 

darahmu tinta bangsa abadi.


SMK Penangah

27/08/2025

Tiada ulasan:

SEPERTIGA YANG MENUNGGU: Karya Kims Diwa

  SEPERTIGA YANG MENUNGGU Aku berdiri dalam diri yang lama aku tinggalkan tanpa sedar langkah pulang bermula dari retak dada Rumah ti...

Carian popular