Nyawa di Sebalik Bendera
Karya: Christella D.
Kibaran bendera di tiang langit
dibelai angin dipuja negeri
disulam darah dijahit perit
bersama benang mengikat merdeka
Nyawa di sebalik bendera
menunduk bersujud diatas sejadah
memanjat syukur yang tak bersudah
kerana merdeka milik bangsa
Bendera bukan sekadar kain bersilang
tapi hela nafas sang perwira
merajut berani menentang penjajah
demi kibaran bendera nan megah
Bendera merah darah bersumpah
putihnya kafan yang suci dan megah
tiada nisan tiada gema
hanya tulang meraung merdeka
Di sebalik bendera itu
ada nyawa tak kembali waktu
Ada ibu yang menanti kosong
ada tanah menyimpan tulang
Maka ketika pagi menjelang
tunduklah sejenak sedetik menyepi
bendera itu bukan permadani
tapi kafan perwira tidak beranjak
demi ukiran bangsa merdeka
Christella D
SMK Penangah
26 Ogos 2025

Tiada ulasan:
Catat Ulasan