Teguh di Medan Perang
Karya: Rojilah Jibley
Kecekalan menjadi benteng
kelicikan menjadi helah
ketangkasan menyusur di medan perang
kerjasama mengikat tekad.
Dalam jiwa mencari ketenangan
bara api digenggam erat
biar menjadi arang dan bukti
bahawa kesetiaan tidak akan mati.
Sumpah serapah musuh berhamburan
namun keselamatan bangsa jadi taruhan
merentap jiwa, bertumpah darah
pahlawan gagah menjinjing pedang.
Berdiri teguh di bumi bertuah
berkorban demi nusa tercinta
berani menentang gelombang derita
hingga sorakkan kemenangan membelah dunia.
Dol Said, termaktub di dada sejarah
maruah dijulang setinggi gunung
laungan kemerdekaan bergema megah
kebebasan hadiah yang paling agung.
Laksana obor menyinari malam
semangatmu tak pernah padam
dari tanah tumpahnya darah pejuang
bangsa merdeka teguh berpaut
janji darah dan maruah perwira
kekal teguh di medan perang.
SMK PENANGAH
27.08.2025

Tiada ulasan:
Catat Ulasan