Isnin, 5 Januari 2026

ILUSI DILAMBUNG OMBAK BUIH: KIMS DIWA

 ILUSI DILAMBUNG OMBAK BUIH 

Karya: Kims Diwa


Maruah tidak lahir daripada sorakan

ia bernafas dalam batas yang dijaga

tubuh belajar menahan arus

walau gelora datang berkali-kali

ada rasa yang tampak jujur

namun membelit jiwa yang alpa

kesedaran hadir sebagai luka

yang mengajar jalan pulang.


Kejujuran bukan alasan tenggelam

pengorbanan bukan timbang nilai

cinta yang waras tidak membiarkan

seseorang dipermain arus

manusia diuji oleh pilihan

antara terus hanyut atau berpaut

arus yang diserah tanpa sedar

mengikis maruah secara perlahan.


Hormati diri sebelum menuntut faham

yang menyerah kepada gelora

menunggu daratan tanpa janji

kesedaran bermula saat kaki berpaut

tangan belajar melepaskan

sunyi menjadi guru yang jujur

di situlah manusia berdiri

dengan maruah sebagai pantai.


Tamparuli, Sabah

01 Januari 2026

Tiada ulasan:

GELAP YANG CUKUP : Eduar Daud

 GELAP YANG CUKUP Karya: Eduar Daud Malam berhenti bergerak.  Di kamar ini aku belajar diam,  menghitung napas di balik tirai yang membeku. ...

Carian popular