Selasa, 11 Mac 2025

Karya Terbaik Mingguan

 Tema: Dosa Dan Pengampunan

Minggu PERTAMA: 03-09 Mac/Maret 2025





Kesimpulan & Penilaian Akhir

Berdasarkan analisis, dapat disimpulkan bahawa:


Sajak bertemakan dosa dan pengampunan seperti Kembara Pendosa dan Dosa Melebur di Rintik Subuh mempunyai pengolahan yang mendalam dan kesan emosi yang kuat, menjadikannya antara karya paling menonjol dalam senarai ini.

Sajak bertemakan keinsafan dan ketuhanan seperti Di Gerbang Cahaya Aku Bersimpuh dan Kerpasan Air Mata Sesal mendapat skor yang lebih tinggi, menunjukkan keupayaan sajak untuk membawa pembaca ke aras spiritual yang lebih mendalam.

Perbezaan skor antara karya-karya ini menandakan aspek tertentu masih boleh diperhalusi—mungkin dari segi pemilihan metafora, kekuatan falsafah, atau teknik penceritaan dalam puisi.

Secara keseluruhan, senarai sajak ini memperlihatkan karya-karya yang penuh nilai estetika, kedalaman makna, dan keupayaan untuk menggugah perasaan pembaca. Sajak Di Gerbang Cahaya Aku Bersimpuh mendapat tempat tertinggi (97), sementara Kembara Pendosa (91) dan Luka yang Diterima Langit (91) juga menonjol sebagai karya yang kuat.


Semua puisi dalam senarai ini menunjukkan pencapaian sastera yang sangat baik, sesuai dengan rubrik penilaian sastera tinggi.


Ketua Kurator KGS

Cg Izz

Sekeping Hati yang Tersisa

SEKEPING HATI YANG TERSISA

NURUL AFIFAH BINTI RAHIM



Langit senja berwarna jingga, mencoretkan panorama indah di ufuk barat. Angin petang berbisik perlahan, menyapu wajah seorang wanita bernama Suri yang sedang duduk termenung di beranda rumah sewa kecilnya. Tangannya erat menggenggam sekeping gambar lama—memaparkan dirinya bersama Firdaus, suaminya, dan tiga anak mereka, Iman, Sofea, dan Haikal, tersenyum bahagia. Kenangan itu kini hanyalah bayang-bayang masa lalu yang menghantui.

Suri menarik nafas panjang. Dia dulunya seorang isteri yang taat dan ibu penyayang. Perkahwinannya dengan Firdaus selama 12 tahun telah dianugerahkan dengan tiga cahaya mata yang menjadi penyeri hidup mereka. Namun, seiring berjalannya waktu, kebahagiaan yang pernah dikecap semakin pudar. Firdaus semakin sibuk dengan kerja, pulang dalam keadaan letih, dan komunikasi antara mereka semakin berkurang. Setiap kali Suri cuba berbicara, Firdaus hanya mengangguk tanpa benar-benar mendengar. Ada tembok yang semakin tinggi antara mereka, dan Suri merasakannya semakin hari semakin menyesakkan.

Segala beban tugas Suri yang laksanakan. Menguruskan anak ke sekolah, menyediakan makanan dan pakaian, menghantar anak ke kelas pengajian agama serta mendidik anak. Suri merasakan segala beban terletak atas bahunya seorang diri.

            "Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?" soal Suri pada suatu malam ketika mereka sedang makan malam.

Firdaus hanya mendongak sedikit, wajahnya keletihan. "Dengar... Tapi saya penat, Suri. Esoklah kita sambung."

Suri berlalu dengan harapan yang kian pudar. Hatinya berbisik sendirian, “Adakah aku masih dihatinya?”. Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran Suri yang terlalu dahagakan perhatian dan kasih sayang.

Begitulah setiap hari. Suri semakin kesepian dalam rumah sendiri. Dia mula merasakan dirinya tidak lagi dihargai sebagai seorang isteri dan wanita. Dia merindukan masa-masa awal perkahwinan mereka, saat Firdaus tidak pernah jemu mendengar celotehnya, saat mereka berkongsi impian dan ketawa bersama tanpa sebarang kekangan masa atau tekanan hidup.

Suri teringat kembali bagaimana dia dan Firdaus bertemu. Ketika itu, dia seorang mahasiswa yang bekerja sambilan di sebuah kedai buku. Firdaus, yang baru menamatkan pengajian, sering datang membeli buku dan akhirnya mereka mula berbual tentang minat yang sama dalam sastera. Perbualan mereka berkembang menjadi persahabatan yang akhirnya berbuah cinta. Firdaus melamarnya di sebuah taman bunga, di bawah cahaya rembulan. Ibu dan ayah juga merestui lelaki pilihannya tanpa bantahan. Saat itu, dia yakin bahawa Firdaus adalah lelaki yang akan menjaganya seumur hidup. Lelaki yang akan sentiasa menjadi sahabat, pendengar yang baik serta sentiasa bersama susah dan senang.

Namun kini, segala-galanya berubah. Firdaus masih ada, tetapi kehangatan itu semakin pudar. Firdaus kerap pulang lewat malam dan tidak lagi mendengar luahan hatinya setelah penat berhempas pulas di rumah seharian.

Di saat hatinya kosong, takdir menemukan Suri dengan Rafiq, seorang lelaki yang memahami perasaannya. Perkenalan mereka bermula dengan kebetulan—di kedai buku, ketika Suri sedang mencari bahan bacaan untuk anak-anaknya. Rafiq menegurnya ketika dia kelihatan ragu-ragu memilih buku.

        "Awak nampak macam sedang mencari sesuatu yang penting," kata Rafiq dengan senyuman ramah.

Suri tersenyum kecil. "Saya cari buku cerita untuk anak-anak saya. Tapi... tak pasti yang mana sesuai."

Mereka berbual ringkas, dan Rafiq mencadangkan beberapa buku yang pernah dibacanya bersama anak saudaranya. Perbualan itu berkembang dari hal buku ke hal-hal lain, termasuk kehidupan dan impian. Rafiq menjadi seorang pendengar yang baik—sesuatu yang Suri telah lama rindukan. Ibarat bunga mendapat sinar mentari, begirulah juga hati Suri. Hari demi hari, hubungan mereka semakin rapat. Mereka tidak pernah melampaui batas, tetapi keakraban itu cukup untuk membuat hati Suri berbelah bahagi. Dia tahu dia salah, tetapi dia juga ingin merasa bahagia. Kebahagiaan yang sering diimpikan oleh setiap wanita. Bukan wang ringgit yang diimpikan tetapi pendamping yang setia.

Sudah lama Suri tidak merasakan dirinya sebahagia itu. Suri mampu senyum lebar dan jiwanya seperti sudah terisi.  

Suatu malam, ketika sedang menyusun pakaian anak-anak, Iman tiba-tiba bersuara, "Ibu sayang kami, kan?"

Pertanyaan itu menikam jiwanya. Iman, yang baru berusia sepuluh tahun, sudah cukup bijak untuk merasakan perubahan sikap ibunya. Suri terkejut dan memandang anaknya.

            "Kenapa Iman tanya macam tu?"

        "Sebab ibu selalu nampak sedih... Ibu macam jauh dari kami." Iman menunduk.

Suri menelan air liur. Dia tahu anak-anaknya menyedari perubahan dalam dirinya. Dia mahu menjadi ibu yang baik, tetapi jiwanya berkecamuk. Anak-anak merupakan harta yang paling bermakna dalam hidupnya. Mereka sentiasa ada ketika susah dan senang. Dalam diam, dia mula menyoal dirinya sendiri—adakah kebahagiaan yang dicarinya itu benar-benar bernilai jika ia membuat anak-anaknya berasa kehilangan kasih sayangnya?

Segalanya berubah apabila Firdaus menemui perbualan mesej antara Suri dan Rafiq. Tiada kata-kata mesra yang melampaui batas, tetapi cukup untuk membuat Firdaus tahu bahawa isterinya telah mencari kebahagiaan di luar.

            "Suri... siapa Rafiq?" Firdaus bertanya dengan nada tenang, tetapi matanya penuh kekecewaan.

Suri tergamam. Dia tidak tahu bagaimana harus menjawab. "Dia cuma kawan."

Firdaus menarik nafas panjang. "Saya bukan suami yang sempurna, tapi saya tak sangka awak cari orang lain untuk memahami awak."

Malam itu, Firdaus membuat keputusan yang berat—dia meminta Suri keluar dari rumah mereka. Suri tidak membantah, kerana dia tahu dia telah melukakan hati suaminya. Bagai kaca dihempas ke batu, begitulah kecewanya seorang suami apabila mendapat tahu akan kecurangan isterinya.

Suri duduk sendiri di rumah sewanya yang kecil. Setiap malam, dia menangis. Dia merindui anak-anaknya, merindui Firdaus. Rafiq? Lelaki itu menjauhkan diri sejak mengetahui bahawa Suri telah kehilangan keluarganya. Suri kini benar-benar keseorangan. Hatinya kosong.

Hari berganti hari, Suri semakin tenggelam dalam kesedihan. Dia mula menyedari sesuatu—Firdaus mungkin tidak sempurna, tetapi dialah lelaki yang sentiasa bersamanya sejak susah dan senang. Dialah ayah kepada anak-anak mereka. Dia bukan sekadar pasangan, tetapi juga tiang keluarga mereka. Firdaus terlalu sabar selama ini dalam mencari rezeki tanpa mengeluh. Kesilapan Firdaus hanyalah kurang membahagi masa antara kerja dan keluarga.

Suatu hari, Suri memberanikan diri menghubungi Firdaus.

        "Saya rindu anak-anak..." suaranya serak menahan tangis.

Firdaus diam lama sebelum menjawab. "Mereka juga rindu awak. Tapi mereka perlu tahu sama ada awak benar-benar menyesal atau tidak."

Malam itu, Suri berwuduk dan sujud lama. Dia menangis, memohon keampunan Tuhan. Dia menyedari bahawa kebahagiaan tidak seharusnya dicari di luar jika dia sendiri tidak berusaha memperbaikinya di dalam rumahnya.

Dua bulan berlalu. Firdaus akhirnya membenarkan Suri bertemu anak-anak mereka. Saat pertama kali melihat ibunya, Sofea terus berlari memeluknya. Tubuh kecil itu dipeluk erat oleh Suri. 

        "Ibu jangan pergi lagi. Kami perlukan ibu. Kami nak ibu masak untuk kami,jagakan kami adik beradik. Kami rindukan belaian ibu dan bebelan ibu..."

Air mata Suri jatuh deras. Dia memeluk anak-anaknya erat, tidak mahu melepaskan mereka lagi.

Firdaus melihat semuanya dari jauh. Hatinya masih terluka, tetapi dia tahu Suri benar-benar menyesal. "Ada perkara yang tak boleh diubah, tapi ada juga perkara yang boleh diperbaiki..."

Hari demi hari, Suri berusaha mendapatkan kembali kepercayaan Firdaus. Dia belajar untuk lebih menghargai, lebih mendengar, dan lebih memahami suaminya. Dia sedar bahawa komunikasi yang kurang adalah punca utama keretakan rumah tangga mereka.

Setelah berbulan-bulan, Firdaus membuat keputusan.

"Kita bina semula, tapi perlahan-lahan. Maafkan abang juga kerana gagal membahagiakan Suri. Abang tidak membahagi masa yang baik untuk keluarga kita."

Suri tersenyum dalam tangisan. Dia mendapat peluang kedua. Namun, dia tahu bahawa peluang kedua tidak datang dengan mudah. Kesalahan lalu telah meninggalkan parut dalam hatinya, dan dia sedar bahawa kepercayaan yang dikhianati sukar untuk dipulihkan. Tetapi kali ini, dia berjanji tidak akan sia-siakan lagi.

Dia melihat anak-anaknya satu persatu. Iman, yang selalu bersikap matang walaupun baru berusia sepuluh tahun, tersenyum kecil kepadanya—senyuman yang penuh pengharapan. Sofea, si manja yang dahulunya suka bermanja dengannya sebelum tidur, menggenggam tangannya erat. Haikal, si bongsu, hanya menatapnya dengan mata bersinar, seolah-olah tidak percaya ibunya benar-benar kembali.

            "Maafkan ibu..." bisik Suri, suara bergetar.

Iman mengangguk perlahan. "Ibu jangan tinggalkan kami lagi."

Suri menarik mereka dalam pelukan, mencium ubun-ubun mereka satu persatu. Keadaan ini lebih bermakna daripada apa pun di dunia. Kebahagiaan ini, yang hampir dilepaskan dahulu, kini kembali dalam genggamannya.

Di sudut bilik, Firdaus berdiri sambil memerhatikan mereka. Wajahnya tenang, namun masih ada gurisan luka di matanya. Dia telah melalui hari-hari sukar sejak perpisahan itu. Tetapi di dalam hatinya, dia tahu bahawa Suri benar-benar menyesal.

            "Firdaus..." Suri memandang suaminya dengan penuh harapan.

Firdaus menarik nafas panjang. Dia melangkah ke hadapan, duduk di sebelah Suri. Untuk seketika, hanya keheningan yang mengisi ruang, hanya bunyi nafas mereka yang kedengaran.

        "Apa yang berlaku dulu... tak akan hilang begitu saja," kata Firdaus perlahan. "Tapi saya bersedia untuk cuba... kalau awak juga benar-benar bersedia."

Suri mengangguk pantas, air matanya menitis lagi. "Saya akan belajar menjadi isteri dan ibu yang lebih baik. Saya janji..."

Firdaus menatapnya seketika sebelum mengangguk. Dia tidak memberikan kata-kata manis atau janji yang berlebihan. Tetapi cukuplah dia memberi peluang untuk mereka membina semula.

Di luar tingkap, langit senja masih berwarna jingga. Tetapi kali ini, ia terasa lebih hangat, lebih damai. Angin petang meniup lembut, seolah-olah membawa pergi segala kesakitan yang lalu.

Suri menggenggam tangan suaminya perlahan—dan untuk pertama kali dalam sekian lama, Firdaus membalas genggaman itu. Anak-anak mereka bersorak kecil, menggembirakan suasana yang sekian lama suram.

Hidup tidak selalu sempurna, dan kisah mereka tidak akan menjadi dongeng indah tanpa cabaran. Namun, selagi ada cinta dan keikhlasan, selagi ada usaha untuk memperbaiki kesilapan, mereka tahu bahawa kebahagiaan masih boleh dikecapi.

Dan di saat itu, Suri sedar—rumah yang paling hangat bukanlah yang tersergam indah, tetapi rumah yang dipenuhi kasih sayang dan pengampunan.

*****


Biodata Penulis


Nurul Afifah Binti Rahim

Nurul Afifah Binti Rahim dilahirkan di Negeri Kelantan. Berminat dalam bidang penulisan sejak bangku sekolah lagi. Berkidmat sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan (FELDA) Lepar Utara 1 Jerantut, Pahang. Whatsapp nombor +6012-9828069


Isnin, 10 Mac 2025

Luka yang Diterima Langit

 LUKA YANG DITERIMA LANGIT

Karya:  Kims Diwa 



Di dada malam  basah  embun

aku memikul bulan retak

cahaya suramnya mengingatkan luka 

yang kutoreh di dada langit


Aku perahu karam di lautan gelisah

dihanyut jauh dari pelabuhan doa

ombak sesal menghentam tebing

namun pantai taubat masih bernyala


Langit menabur benih ampunan

seperti hujan yang tak pernah lelah

membasuh tanah kering hatiku

agar kelopak ikhlas dapat tumbuh


Aku sujud di pelataran sunyi

membuka pintu dadaku selebar langit

 angin memikul bisikan maaf

ke singgasana cahaya-Nya


Dosa hanyalah bayang di belakang

sedang pengampunan adalah fajar

yang menjemput langkahku pulang.


KIMS DIWA 

07/03/2025

Telupid, Sabah

Ahad, 9 Mac 2025

Ampunkan Aku

 AMPUNKAN AKU

Oleh: Mutiara



Panggilan azan terdengar menggema merdu

Larut bersama angin berhembus

Ingatkan badan tak langsung terpanggil

Untuk menghadapMu


Kupandang kitabMu terpampang indah

Seakan memanggil utk diraih dan dibaca

Namun, cerita di sosial media lebih menarik 


Malam semakin indah untuk ditinggalkan

Ketika gemerlap sinar dan alunan lagu menghentak

Dan manisnya minuman mengajak raga terbang melayang…


Seberapa sering ini terjadi

Menunda waktu untuk menghadapmu

Hanya memandang tak kunjung membuka QuranMu

Duniawi dengan segudang kenikmatan

Lebih memukau yang akhirnya…

Membuatku terjebak


Kaki yang lincah semakin menjauh

Mata yang indah semakin terlena

Hati semakin terbuai


PerhitunganMu semakin bertambah

Catatan di bahu semakin menebal

Memberatkan timbangan dosaku


Oh yang maha pengampun

CobaanMu terlalu nikmat

Jangan biarkan aku bergelimang dosa

Jangan biarkan setan mengiring langkahku

Kembalikan aku untuk lebih memilihmu

Tuntun aku ke arah ridoMu

Terima tobatku ya Allah

Ampunkan aku

Kerpasan Air Mata Sesal

KERPASAN AIR MATA SESAL

Karya: Marlina Mailon 


Tika langkahan kaki menapak di lantai rapuh

Jejak noda semalam mengukir kesal dalam diam

Duka merimbun yang tersimpan di pusara hati

Menghumban diri ke samudera memori silam.


Jasad yang berselimut khilaf dan nista

Membelit pohon hidup dengan temali alpa

Berpayungkan dedaun kemewahan sementara 

Menghentak ke dahan istidraj tanpa sedar.


Lautan hati yang bergelora, merusuh resah

Membisikkan sesalan tidak bernoktah

Terbayang betapa hinanya hidup dalam halusinasi

Melupakan hakikat diri hanya hamba yang hina.


Derai kerpasan air mata sesal menjadi saksi

Lirih bibir merintih sayu berlagu tangis

Berharap nur Ilahi menyapu cahaya kelam

Memimpinku kembali dalam genggaman rahmat-Nya.


Ya Rabb, andai masih ada mentari harapan

Sirnakan segala noda yang mengikat jasad

Daripada terus menjadi mimpi ngeri di hujung lena

Agar silir berhembus damai menyapa sukma.


Tolong ajari aku erti sebuah keikhlasan

Sujud di atas sejadah taubat yang terbentang

Kerana kuyakin, langit ampunan-Mu tak pernah tertutup

Pada hati yang ingin pulang ke teratak kebenaran.


Kota Marudu, 08 Mac 2025


Remang Dosa di Jemari Ampun

REMANG DOSA DI JEMARI AMPUN

Karya: Rani Jauhari


Remang dosa rancak berselerak,

merayap di ruang sunyi,

melayang dikhalayak,

remang dosa mabuk di jemari.


Gelojoh mengumpul dosa, 

enak menghiris kata, haus dipuja,

hak orang lain, nikmat dirasa,

mengadu domba menghancur jiwa.


Susun jemarimu, patuh menyatun,

membajai kata membugar azimat,

bertindih zikir di bibir mengampun,

ikhlas memuji, lenyap kesumat.


Semakin berhati, menyusun kata, 

bebunga jiwa mewangi makrifat, 

remang dosa di jemari ampun

cermat selamat, bahagia tersemat. 



Bangi, Malaysia 

9 Mac 2025 


BIODATA

Rani Jauhari. Lulusan cemerlang Seni bina dan Pengajian Melayu (Hons). Temui bakat menulis setelah memenangi lebih 20 sayembara peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Telah menghasilkan lebih 25 Antologi pelbagai genre dan 3 buku solo. 

Dosa dan Pengampunan

DOSA DAN PENGAMPUNAN

Karya: Abby Vancel



dosa adalah hujan yang turun di senja itu

diam-diam menyusup ke tanah, mengendap di akar ingatan

aku berjalan di antara genangan, melihat bayanganku terpecah

seperti kesalahan yang tak sempat kuhapus


aku mengetuk pintu malam dengan doa

suara angin mengulang pertanyaanku

akankah langit menerima rintik yang jatuh sia-sia?

akankah tanganMu menghapus jejak yang kusembunyikan?


tapi Kau adalah pagi yang selalu kembali

menjemput embun di daun-daun yang lupa mengering

Kau adalah cahaya yang tidak bertanya

tentang siapa yang membawa kelam semalam


dan aku, seperti sehelai daun terakhir di musim gugur

menunggu anginMu membawa pulang

dalam dekap yang tak pernah usai.


Jakarta, Awal Maret 2025

Sabtu, 8 Mac 2025

Digerbang Cahaya Aku Bersimpuh

Digerbang Cahaya Aku Bersimpuh

Karya: Nelly Amalia



Aku adalah noktah di langit sunyi,

sebutir arang di genggaman malam.

Luka-luka yang kutulis di atas tanah

tak kunjung pudar meski hujan menitikkan maaf.


Telapak kakiku mengukur lorong-lorong gelap,

tempat aku menyembunyikan getir dan gemetar.

Langit tak kugapai, bumi enggan memeluk,

dan aku terombang dalam lelah tanpa muara.


Tuhan, betapa berat beban yang kupikul,

ia mencengkeram tulang, menjalari nadi,

menjadikan malam panjang tanpa mimpi,

menjadikan siang perih dalam sepi.


Namun, di balik senyap, kudengar panggilan:

bisik lirih yang lembut namun gemuruh.

Bukan cambuk, bukan gelegar murka,

melainkan genggaman cahaya

yang merobek kabut di jantung gelisah.


Dosa-dosaku meratap,

meneteskan air mata dalam sujud panjang,

seperti debu yang rela diterbangkan angin,

seperti samudera yang menelan segala luka.


Maka aku bersimpuh, melepaskan beban,

membiarkan cahaya menyusupi retakan jiwaku.

Tuhan, jika ampunan-Mu seluas langit,

biarkan aku menjadi sebutir embun

yang jatuh di pagi-Mu,

bening, dan kembali pulang.

Lira dan Tongkat yang Hilang

 LIRA DAN TONGKAT YANG HILANG

Abby Vancel


Lira berlari riang di antara bunga-bunga yang bermekaran. Kiko, kelincinya, melompat-lompat di belakangnya. Matahari bersinar hangat, membuat hari itu terasa menyenangkan. Namun, tiba-tiba angin dingin berembus. Sebuah bayangan hitam melintas cepat. Sebelum Lira menyadarinya, sesuatu merampas tongkat sihir dari tangannya.

"Tongkatku!" serunya kaget.

Kiko melompat panik. Telinganya berdiri tegak penuh kewaspadaan. Dari balik pepohonan, muncul sesosok tinggi dengan mata merah.

"Penyihir Bayangan!" seru Lira.

Penyihir itu tertawa dingin sambil mengangkat tongkat Lira.

"Kau mungkin mengalahkanku dulu, tapi sekarang aku yang menang!"

Ia melambaikan tangannya, menciptakan pusaran kabut gelap di sekelilingnya. Dalam sekejap, ia menghilang bersama tongkat sihir Lira.

"Kita harus mengejarnya!" kata Lira. Hatinya berdebar keras.

"Tapi bagaimana caramu bertarung tanpa tongkat?" tanya Kiko khawatir.

Lira mengepalkan tangannya sambil mencoba berpikir tenang.

"Aku masih punya keberanian dan akal," katanya yakin.

"Tapi Kastil Kabut dijaga sihir gelap. Kita butuh bantuan," kata Kiko.

Lira mengangguk. Ia mengingat legenda Peri Tua di Pegunungan Angin.

"Ia bisa membaca jejak sihir dan membimbing kita ke sana," ujar Lira.

Tanpa ragu, mereka segera meninggalkan Hutan Bunga untuk mencarinya. Di tengah perjalanan, seekor ular besar menghadang mereka.

"Aku penjaga hutan. Siapa yang berani melewati jalanku?" tanya ular.

"Kami mencari Peri Tua," kata Lira.

Ular itu mengangguk, lalu melingkar membentuk jalan di tanah.

"Ikuti jalur ini, tapi hati-hati dengan kabut yang menyesatkan," katanya.

Lira dan Kiko berterima kasih lalu melanjutkan perjalanan dengan cepat. Udara semakin dingin. Kabut semakin tebal di sekitar mereka. Tiba-tiba, dari balik batu besar, terdengar suara serak misterius.

"Siapa yang datang mencariku?" suara itu bergema menyeramkan.

Lira menelan ludah sambil tetap melangkah maju.

"Kami butuh bantuan untuk menuju Kastil Kabut," katanya penuh harap.

Dari balik batu, muncullah Peri Tua berjubah biru berkilauan. Matanya bersinar seperti bintang, dan ia memegang tongkat kayu tua.

"Aku bisa membantumu, tapi perjalanan ke sana tidak mudah," katanya.

Ia mengulurkan botol kecil bercahaya yang berpendar lembut.

"Gunakan ini untuk menembus kabut, tetapi jangan sampai kehabisan," pesannya.

Lira menggenggam botol itu erat, lalu melanjutkan perjalanan dengan cepat. Mereka mendaki jalan berbatu menuju puncak gunung yang gelap. Kabut tebal menyelimuti mereka, membuat segalanya tampak samar. Lira membuka botol itu, cahaya lembut menyebar dan menyingkirkan kabut. Di depan mereka, berdiri kastil hitam besar dengan gerbang tertutup rapat. Dua patung serigala batu menjaga gerbang dengan mata merah menyala. Saat mereka mendekat, patung-patung itu bergerak dan mengaum keras.

"Siapa yang berani datang ke sini?" suara dalam bergema dari serigala.

"Kami datang mengambil kembali tongkat sihirku!" jawab Lira berani.

Serigala batu saling menatap, lalu tertawa dengan suara menyeramkan.

"Kau harus melewati tantangan Penyihir Bayangan!" kata salah satu serigala itu.

Tiba-tiba, tanah di bawah mereka bergetar dan berubah menjadi es. Lira hampir tergelincir, tetapi Kiko menariknya dengan cepat. Dari dalam kastil, suara Penyihir Bayangan terdengar bergema jahat.

"Kau pikir bisa masuk ke sini semudah itu, Lira?" katanya sinis.

Lira mengangkat botol cahaya, membuat es mulai mencair perlahan. Serigala batu melompat ke arah mereka, tetapi terpental mundur. Gerbang besar mulai terbuka, memberi mereka jalan masuk ke dalam. Mereka berlari melewati pintu kastil.

Di dalam kastil, aula besar penuh cermin hitam menyambut mereka. Lira melihat bayangannya di cermin, tetapi bayangan itu bergerak sendiri.

"Awas! Itu bukan bayanganmu yang sebenarnya!" teriak Kiko panik.

Bayangan itu melompat keluar dari cermin, berubah menjadi Lira jahat.

"Aku adalah sisi gelapmu, dan aku akan mengambil tempatmu!" katanya.

Lira menelan ludah, tetapi ia tahu harus tetap tenang. Ia mengangkat botol cahaya tinggi-tinggi, membiarkan sinarnya menyebar. Bayangan itu menjerit, perlahan melebur dan menghilang sepenuhnya. Saat bayangan lenyap, cermin di aula mulai pecah satu per satu.

Di ujung ruangan, Lira melihat Penyihir Bayangan duduk di singgasana. Tongkat sihirnya ada di pangkuannya, berkilauan redup dalam cahaya lilin.

"Kau memang berani, tapi keberanianmu tak akan menyelamatkanmu," katanya.

Lira menggenggam botol cahaya. Keberanian mengalir dalam dirinya.

"Tongkat bukan sumber kekuatanku, hatiku yang membuatku kuat!" serunya.

Cahaya dari botol semakin terang, memenuhi seluruh ruangan. Penyihir Bayangan menjerit saat cahaya itu menyelimuti tubuhnya.

"Tidak! Ini tidak mungkin!" suaranya menggema lalu lenyap dalam kegelapan.

Tongkat sihir Lira melayang, lalu jatuh ke tangannya kembali. Kiko melompat kegirangan.

"Kita berhasil, Lira! Kau tidak butuh tongkat untuk menjadi kuat!"

Lira tersenyum. Ia mengayunkan tongkatnya, membuat kastil mulai runtuh perlahan.

"Ayo keluar sebelum semuanya roboh!" serunya sambil menarik Kiko.

Mereka berlari melewati lorong hingga akhirnya tiba di luar. Tak lama kemudian, kastil itu runtuh dan menghilang sepenuhnya.

"Kastil itu sudah lenyap. Penyihir Bayangan tidak akan kembali," kata Lira. Kiko mengangguk, lalu melompat ke pelukan sahabatnya itu.

Mereka kembali ke Hutan Bunga, membawa kemenangan dan pelajaran berharga. Lira kini tahu, keberanian dan hati yang kuat lebih penting dari sihir.

 

*****

 

 

SEBUAH PESAN Karya : Sahbuddin Dg. Palabbi

  SEBUAH PESAN Sahbuddin Dg. Palabbi Rina, seorang jurnalis investigasi. Ia sedang menyelidiki sebuah kasus pembunuhan misterius. Korbanny...

Carian popular