Isnin, 3 Februari 2025

Untukmu Ibu

 UNTUKMU IBU

Oleh: AC JAFFRIE

Mak Nab batuk-batuk kecil. Sambil duduk meneman tingkap yang terbuka, pandangannya terus melata ke arah jalan masuk yang menghala ke rumah. Sejenak melihat pada ruang yang tepu. Hatinya dilamar sayu. Perasaannya terus sebak dengan rasa kosong, sekosongnya. Pada tubir matanya, sudah bergenang titisan air jernih. Perlahan-lahan titisan air jernih itu mengalir lalu tumpah dari kolamnya.

“Mak menangis lagi?” tegur Zarul yang agak lama memerhatikan gelagat ibunya di tepi tingkap tengah rumah limas pusaka itu. Dia baru balik dari pekan berhampiran kerana bergunting rambut.

Mak Nab tersentak. Serta-merta tangannya menyeka lelehan air mata yang masih berbaki di pipi yang berkedut seribu itu. Bukan sekali dua dia ditegur begitu oleh anak bongsunya itu. Kali ini apa lagi alasan yang mesti diberikan? Belum sempat dia mahu beralasan, Zarul menegurnya sekali lagi. Jarak antara dua beranak itu semakin mendekat.

“Mak tak payah nak beri apa-apa alasan. Mak rindu dengan Abang Long dan Kak Ngah, kan?” bentak Zarul melunaskan rasa kurang senangnya.

“Adik… salahkah kalau mak rindu pada anak-anak mak?” jawab Mak Nab dengan soalan. Kemudian bersambut dengan dengusan nafas daripada Zarul.

“Tapi Along dan Kak Ngah sikitpun tak rindukan mak! Mereka langsung tak ingatkan mak!” tukas Zarul dengan nada suara sedikit lantang dan keras. “Mak sedar tak?” soal Zarul lagi membuatkan Mak Nab gumam seketika.

Zarul melarikan diri ke tingkap yang terbuka. Dengan perasaan yang bercampur-campur, pandangannya lepas pada pokok mangga yang sedang berbunga lebat di halaman. Hatinya sedikit tenang melihat kehijauan di halaman dari memikirkan perangai kurang bertanggungjawab Abang Long dan Kak Ngah. Masih ada sisa amarahnya apabila sudah berbulan-bulan Abang Long dan Kak Ngah tidak menjengah ibu di kampung.

“Tak baik Adik cakap macam tu. Along dan Angah ada tanggungjawab. Mereka sibuk dengan urusan kerja. Mereka ada keluarga masing-masing. Mak kena terima hakikat, kehidupan dulu dan sekarang dah berubah…” ujar Mak Nab mahu menenangkan anak bongsunya itu. Zarul segera memotong cakap ibunya kerana tidak mahu perempuan itu terus menahan sengsara dalam diam. Cakap-cakap itu hanya mahu menutup hakikat yang sebenarnya.

“Habis tu, kita ni bukan keluarga mereka? Kita ni siapa mak?” soal Zarul berturut-turut umpama seorang askar melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah musuh. Dan bebelan itu tidak berhenti dengan persoalan itu sahaja. “Mana tanggungjawab seorang anak kepada ibunya? Adik tahu mak menderita, jiwa mak sengsara!” bentak Zarul terus melontar rasa tidak senang di hati. “Along dan Kak Ngah memang dah melampau!”

“Adik… dengar apa yang mak nak cakap ni. Jangan kesahkan pasal Along dan Kak Ngah. Mereka dah dewasa, tahulah nak berfikir mana baik buruk. Mak nak Adik jaga mak, boleh?” soal Mak Nab membuatkan Zarul gumam sendiri. Dia masih tidak faham, mengapa ibunya masih menyebelahi Abang Long dan Kak Ngah? Dia berfikir-fikir. Mesti ada sebab mengapa ibunya bertindak demikian.

“Adik tak fahamlah mak, orang lain kahwin jugak. Tapi tak adalah sampai lupakan keluarga. Berapa banyak harta yang Along dan Kak Ngah nak kumpulkan? Harta bukan boleh bawa mati!” tukas Zarul berterusan melontar amarah. Dadanya turut bergetar sama.

Mak Nab menggeleng beberapa kali. Perasaan anak bungsunya itu harus ditenangkan. Apa yang jauh tersemat di sanubarinya tidak mungkin Zarul memahami. Bukan dia mahu menegakkan benang yang basah, apa yang berlaku sekarang suatu yang lumrah. Macam mana sayang seorang ibu kepada anak-anak, sampai masa terpaksa melepaskan masing-masing membawa haluan sendiri dengan tanggungjawab yang diamanahkan.

Mak Nab reda dengan kompas kehidupannya sekarang. Masa berubah, anak-anaknya turut sibuk dengan tuntutan dan tanggungjawab masing-masing. Jika dia berkecil hati maka sudah tentu mendatangkan dosa kepada anak-anak. Cuma bila dia terasa sunyi, rindu terhadap anak-anak datang menggamit perasaan seorang ibu. Sejak arwah suaminya meninggal dunia, hidupnya diserahkan kepada ALLAH SWT dan mengharap ehsan kasih sayang daripada anak-anak.

“Mak faham apa yang Adik rasa sekarang. Mak tahu niat murni Adik tu. Memang betul apa yang Adik cakap. Mak yakin Adik sayangkan mak, Along dan Kak Ngah jugak. Tapi Adik tak bolehlah ada perasaan syak wasangka yang bukan-bukan pada Along dan Kak Ngah. Kita tak tahukan apa masalah mereka?” ujar Mak Nab panjang lebar. Zarul menoleh ke arahnya.

“Dahlah tak balik, nak telefon pun susah. Itu maknanya apa mak?” bentak Zarul sekali lagi. Kelihatan rintik peluh merinai di dahinya. “Mak masih nak bela Along dengan Kak Ngah!”

“Mak tak kesah kalau Along dengan Kak Ngah tak telefon. Itu tak bermakna mereka tak ingat mak. Setiap kali selesai solat, mak dah doakan semua anak mak selamat dunia dan akhirat. Mak nak semua anak mak terus bersatu sampai bila-bila, sampai mak tak ada lagi di dunia ini. Janganlah retak yang ada semakin membelah. Along dan Kak Ngah tetap sebagai pengganti mak nanti,” pesan Mak Nab mahu Zarul memahami keadaan sekarang.

“Balik-balik mak sebut Along dengan Kak Ngah, bosanlah!” gerutu Zarul lalu meninggalkan Mak Nab sendiri di anjung tingkap yang terbuka.  

Pandangan Mak Nab nampak berkabus. Kelibat anak bongsunya hilang di balik pintu bilik. Dalam hatinya terus beristighfar panjang. Ditahankan perasaan sebak yang mula meraja di hati. Air jernih tetap bergenang di pelupuk matanya. Sebentar kemudian kelihatan Zarul tergesa-gesa meninggalkan biliknya. Sebuah beg sandang kemas melekat pada bahu. Langkahnya pantas menuju ke muka pintu.

“Adik nak ke mana?” soal Mak Nab bernada cemas. Langkah kakinya turut merapati ke arah Zarul. Terjahan soalan itu mematikan seketika langkah kaki Zarul sebelum kembali menuju pintu utama. Di dada Mak Nab sudah berkumpul seberkas rasa sebak.

“Kepala Adik rasa serabut. Adik nak pergi tempat yang tenang!” bentak Zarul bercakap mahu memuaskan kehendak hatinya.

Tiba-tiba dia dihimpit rasa bercelaru yang amat. Disebabkan sikap Abang Long dan Kak Ngah yang tidak bertanggungjawab, dirinya menjadi tidak keruan. Tambah membebankan fikiran, minggu depan dia akan melaporkan diri ke sebuah kolej pengajian tinggi demi mengejar impian mahu menjadi seorang anak bangsa yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Hatinya mula berbelah bahagi.

“Adik pun nak tinggalkan mak?” soal Mak Nab membuatkan Zarul berpusing memandang ke wajah tua yang mula retak seribu itu. Retak yang menggambarkan kematangan seorang insan bergelar ibu. “Agaknya Adik pun dah tak sayangkan mak!” tegas dan keras ungkapan yang meluncur keluar dari bibir tua Mak Nab. Pelupuk matanya mula terasa panas.

“Ehhh… apa maksud mak? Mak jangan nak samakan Adik dengan Abang Long dan Kak Ngah. Sebab sayangkan mak, Adik dah ambil satu keputusan!” tukas Zarul menyanggah butir kata ibunya sebentar tadi. Dia ada pendirian sendiri.

“Keputusan? Keputusan apa Adik?” bertalu-talu soalan daripada Mak Nab. Dia mula merasakan suatu yang pelik melihat kelakuan Zarul sejak akhir-akhir ini. Sikap penyayang dan berbudi bahasa Zarul semakin menipis.

Zarul kembali berdiam sambil menahan anak nafasnya yang turun naik. Rasa amarah masih bersisa dalam dadanya ketika itu. Sesungguhnya dia juga sedang berada dalam keadaan dilema. Perlukah dia berterus terang sekarang? Dia pasti, keputusan yang bakal diambil itu bakal mengecewakan hati wanita tua itu. Dia sanggup berkorban demi seorang ibu.

‘Untukmu ibu… aku sanggup buat apa saja. Aku hanya mahu ibu terus bahagia!’ bisik suara hati Zarul sebelum melepaskan kata-kata keramat buat ibunya yang kian resah menanti. Rasa bersalah turut bertindan sama. Pasti ada luka mengiringi kata-katanya nanti. Seketika dia hanyut di alam mimpi.

“Adik tak jawab lagi soalan mak. Betullah… Adik pun dah tak sayangkan mak…” ujar Mak Nab sambil menahan lelehan air mata yang gugur di lekuk pipi. Sedikit demi sedikit perasaannya mula retak dan hancur.

Zarul sudah tetapkan pendirian. Keputusannya sudah bulat. Dia sanggup kecewa demi membahagiakan hati seorang ibu. Memang sejak beberapa hari ini dia terpaksa membuat satu keputusan yang sukar. Dia sangat pasti ibunya akan menolak keputusan yang bakal diambil itu. Dia sudah bersedia menadah telinga mendengar bebelan seorang ibu. Cuma untuk melepaskan kata-katanya, dia perlukan satu kekuatan.

“Adik takkan ke Kuala Lumpur. Adik akan tetap bersama mak di kampung. Adik dah janji dengan diri sendiri akan jaga mak sampai bila-bila!” beritahu Zarul dengan yakin. Lega perasaannya apabila yang terbuku di dada terlerai sudah. “Adik rela buat apa saja untuk mak!”

“Adik sedar tak apa yang adik cakap ni? Kenapa buat keputusan yang terburu-buru? Berfikirlah ikut akal, bukan ikut nafsu marah!” pantas Mak Nab membidas percakapan Zarul. Dia benar-benar tidak bersetuju dengan keputusan itu.

“Adik tak kisah asal dapat jaga mak. Adik sanggup duduk dan kerja di kampung demi mak!” ujar Zarul terus membentak. Dia sudah menduga penolakan daripada ibunya itu. Bagi dirinya, itu adalah keputusan yang terbaik.

“Mak dah lama hidup, tahulah mak nak aturkan hidup mak. Mak dah lama kuat sejak arwah abah Adik pergi. Masa depan Adik lagi penting. Perjalanan hidup Adik masih panjang. Jangan korban masa depan Adik demi mak. Setakat sijil yang ada, apa sangat kerja yang Adik boleh buat di kampung ni? Pencen arwah ayah kau dah cukup tampung hidup mak,” panjang nasihat Mak Nab. Zarul masih tidak mahu mengalah.

“Tapi Adik tak sanggup tengok hidup mak susah. Mak dah lama sepi tanpa arwah abah. Adik nak temankan mak sampai akhir hayat. Kalau Along dengan Kak Ngah tak mahu jaga mak, Adik sanggup!”

“Dah… mak tak nak dengar apapun alasan Adik. Adik kena teruskan pelajaran setinggi yang mampu. Orang yang berilmu akan berjaya di dunia dan akhirat. Selagi ada kudrat, berusahalah. Mak akan terus sokong Adik. Ketawa dan menangis mak hanya untuk Adik. Mak bangga punya anak macam Adik, Along dan Kak Ngah jugak. Kasih sayang mak tak berbelah bahagi untuk semua anak-anak mak…” sekali lagi kata-kata perangsang daripada Mak Nab mengalir buat Zarul fikir-fikirkan.

Zarul tidak dapat menahan sebak. Dia sangat terharu. Betapa murninya hati seorang ibu terhadap anak-anak. Tanpa dipaksa, dia meluru memeluk ibunya. Selepas mencium kedua-dua belah tangan, bibirnya mencium mesra dahi dan pipi Mak Nab.

 

BIONARASI PENULIS

AC JAFFRIE nama sebenarnya JAFFRI BIN HJ MD YATIM meminati dunia penulisan sejak di bangku sekolah menengah lagi. Anak kelahiran Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, Melaka. Merupakan pemegang Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1990. Genre penulisan yang diminati seperti buku kanak-kanak, cerpen, sajak, novel dan pantun. Bertahun-tahun menekuni penulisan dengan berkarya di banyak syarikat penerbitan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Fajar Bakti, Alaf 21, ITBM, Penerbitan Kintan, Karystos Creative, Pena Padu Press dan lain-lain. Ahli kepada persatuan penulis di bawah badan gabungan GAPENA iaitu Ikatan Persuratan Melayu (IPM), Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA) dan Lembaga Bahasa Melayu (LBM). Penerima Anugerah Kalam Sastera (Pantun) dari PENAMA (November 2024).

Khamis, 30 Januari 2025

Gerimis Bersahabat Dengan Kenangan

 GERIMIS BERSAHABAT DENGAN KENANGAN


Gerimis turun sebagai bisikan sunyi

menyapa dedaun dengan bahasa hati

ia menari di ranting kenangan

menyulam waktu yang hilang perlahan


Kenangan teman setia meredup

berdiri di ambang senja senyap

setiap titisnya cerita  usang

berbisik tentang rindu yang melayang


Gerimis berbicara pada dahan  layu

"Adakah kau masih ingat saat itu?"

kenangan tersenyum matanya berkabut

mengusap bayang mulai surut


Langit menjadi kanvas pertemuan

awan melukis siluet kerinduan

gerimis menitip pesan pada angin

"Jaga kenangan ini, jangan hilang."


Dan ketika malam menyelimuti bumi

gerimis lenyap dalam dakapan sunyi

namun kenangan tetap berjaga di sisi

menghidupkan semula mimpi-mimpi mati.


KIMS DIWA 

Dataran Bengkoka, Pitas, Sabah 

29 Jan. 2025


BIONARASI


Kims Diwa meminati penulisan semua jenis puisi namun yang paling menonjol ialah penulisan sajak.  Kata-kata pada sebuah sajak mengandung banyak makna dan hal ini membuka ruang kepada pembaca menyampaikan tafsiran masing-masing. Dengan kata-kata, karakter seseorang boleh berubah bergantung cara penyampaian dan penerimaannya.

Risalah Rindu

 ~ Risalah Rindu ~

Oleh: Umi Hanin


Kukumpulkan serpihan malam

Tempat jejak langkahmu menjadi nyala rembulan yang terlambat

Aku dengar suaramu di balik sunyi

Mengalun pelan, seperti doa yang tak selesai diucapkan


Jika kau lukai malam dengan pertanyaan

Aku memintal jawab dalam riuhnya bintang-bintang

Sebab cinta tak butuh kelas

Tak pula memerlukan musim untuk menanam maknanya


Aku melihatmu dari sudut rahasia

Di mana taman itu penuh air mata yang menjelma embun

Jangan malu pada kelam yang tumpah

Sebab ia hanya peluk hangat surga yang tertunda


Bukit lanta telah menjadi saksi

Setiap bisikan yang terpendam

Setiap luka yang kau bungkus

Dengan helai keyakinan


Aku datang bukan untuk mendongak

Tapi menunduk pada keteguhan yang kau simpan

Meski kayuh biduk itu rapuh

Dan samudra memekik dalam amarah senyap


Di tangga kelima itu, aku akan berdiri

Tanpa prasangka, tanpa ragu

Menyeka setiap perih yang kau titipkan pada langit

Dan menjadikannya bait terakhir dari kisah yang kita titipkan pada waktu


Jangan takut menjadi penyair

Sebab puisi-puisimu adalah nyanyian jiwa yang abadi

Dan meski aku bukan Tuhan yang kau panggil

Aku akan tetap berdiri

Menjadi saksi bagi setiap langkah yang kau titipkan pada semesta


Tangerang, 28 Januari 2025




Bionarasi:

Umi Hanin, perempuan kelahiran 22 Juni di Tangerang dan menetap di kota yang sama. Alumni UIN Syarif Hidayatullah Jakarta ini pernah belajar di KMO Batch 52, kelas puisi Asqa Imagination School (AIS) dan Ruang Kata (RK).

Semilir Angin Rindu

 SEMILIR ANGIN RINDU

Oleh Syahrul Ramadhan





Kulihat Kamis pagi tanpa mentari, redup dan muram seperti mimpi yang enggan terjaga.

Langit bergelayut mendung, tapi tak satu pun tetes hujan jatuh ke bumi.

Jam dinding di kamar berdetak pelan, memanggil siang yang tiba tanpa jejak fajar.

Waktu berlalu tanpa cahaya, seakan enggan menyinari rindu yang terpendam.


Kubuka jendela, membiarkan angin menyelinap di sela tirai,

Mengusap pipiku dengan dingin yang membawaku ke bayang senyummu.

Ah, senyum itu... bak sinar senja yang jatuh di permukaan danau,

Lembut, hangat, namun meninggalkan riak yang tak kunjung reda.


Oh, Juwitaku!

Baru kemarin lebah menari riang di atas kelopak bunga,

Tapi kini ia melayang-layang gelisah, mencari wangi yang telah menjelma mimpi.

Seperti aku, merindukanmu dalam diam, di bawah langit yang tak bernyanyi.



Tangerang, 30 Januari 2025


BIONARASI

Syahrul Ramadhan, seorang sarjana lulusan Sastra Indonesia yang memiliki minat dan dedikasi dalam bidang bahasa, sastra, dan pendidikan.

Rabu, 29 Januari 2025

Panggilan Lima Waktu

 PANGGILAN LIMA WAKTU

Tarmizi



Lena tebuai selimut kehangatan

Dalam kantuk enggan tuk terbangun

abaikan seruan di penghujung pagi

Panggilan lembut sang ilahi


Siang kian menjelang ditengah keramaian

Kembali Iman teruji dunia yang penuh kesibukan

Waktu terus berlalu tanpa kepastian

Kekosongan jiwa meronta penuh beban


Sang fajar pula kian meredup

Antara jiwa yang sibuk mencari hidup

Kembali terabaikan seruan lembut

Keluh kesah hati yang kelam berkabut


Namun yang berlalu enggan tuk menunggu

Perantara tumpukan semakin membeku

Merenungi hidup kemanakah arah

Dibaluti nafsu jiwa yang resah


Mentuda, 28 januari 2025


BIONARASI

Tarmizi. kelahiran berdarah melayu Kepulauan Riau. Seorang pemuda dengan perjuangan tinggi. Bercita-cita ingin menjadi seorang motivator dan seorang puitis. Mengikuti event puisi dan quotes sambil belajar dan memperdalam ilmu pengetahuan lebih banyak lagi.

TERBAYAR TUNTAS

 TERBAYAR TUNTAS

Syahrul Ramadhan



Rindu…

Kutempuh jalan berliku dari Semarang, Jogja, hingga Cirebon, seperti daun terhempas angin yang mencari pelukan.

Hujan deras menghunjam tubuhku, tapi tak mampu memadamkan nyala rindu ini.

Dari Senin pagi hingga malam merekah, aku hanyut dalam perjalanan, demi membayar hutang pertemuan.


Kau menyambutku di ambang pintu, senyummu bak mentari usai badai.

Hangatnya mengalir ke seluruh tubuhku, mengusir dingin yang menggigit seperti bayang kelabu.

Matamu, cermin langit subuh, menenangkan riak-riak rindu yang menggelegak di dadaku.

Dan wajahmu seperti hujan pertama di tanah kering, melenyapkan dahaga pertemuan.


Bukankah sudah pernah kubisikkan tentang pertemuan ini?

Janji yang kuikat seperti benang merah di pergelangan, akhirnya kucairkan menjadi nyata.

Kita duduk bersama, bertukar cerita seperti burung-burung yang riuh di pagi hari.

Canda dan tawa kita, nyaring bagai lonceng yang berdentang, mengusir hening.

Aku melihatmu, dan kau menatapku, membuat waktu seolah lenyap di antara jarak dan ruang.


Rindu ini, seperti senja yang akhirnya bertemu malam, telah terbayar lunas.

Namun, kepergian esok adalah badai baru, yang menunggu di ufuk langit.


Indramayu, 27 Januari 2025





BIONARASI


Syahrul Ramadhan, seorang sarjana lulusan Sastra Indonesia yang memiliki minat dan dedikasi dalam bidang bahasa, sastra, dan pendidikan. Mencoba menuangkan isi pikiran dan menyampaikan pesan melalui tulisan. Nomor Whatsapp 08989597531

Selasa, 28 Januari 2025

Pengantin Syurga

 PENGANTIN SURGA

Abby Vancel



Teluk Kayutanyo, Sulawesi Tengah. Medio 2009. Di suatu senja yang kering.

Semburat jingga di ufuk barat mulai memudar. Perlahan, mentari menghilang dari pandangan, menyisakan langit yang mulai meredup. Sesekali terdengar cuitan burung Cabak, mengisyaratkan magrib yang segera tiba. Namun, perempuan berkerudung itu masih mematung di pinggir pantai. Dua jam lebih ia berdiri di sana, tak tergerak oleh angin laut yang berhembus kencang. Pikirannya gamang, terombang-ambing seperti arus laut. Tatapannya nanar, terpaku pada batas horizon yang jauh.

Hari ini adalah senja yang ke-360. Sama seperti ratusan senja sebelumnya, ia masih setia menjemput langit jingga di tepi pantai ini. Tak pernah sekalipun ia biarkan senja berlalu tanpa kehadirannya. Baginya, senja bukan hanya pergantian waktu, tetapi sebuah perjumpaan magis. Ia menyematkan asa pada senja, merajut kembali harapan yang telah lama memudar, menyisipkan pesan-pesan rahasia pada alam yang tiada bertepi.

Di tangannya tergenggam sebuah perahu kertas mungil. Perahu itu ia buat dari secarik kertas putih yang bertuliskan bait-bait rindu. Setiap senja, ia melarung perahu itu ke laut, membiarkannya meliuk-liuk di atas arus. Dengan suara lirih, ia mengucap doa dan untaian kata, berharap laut menjadi pengantar pesan yang setia. Tatapannya tak lepas dari perahu yang perlahan menjauh, meliuk diombang-ambing gelombang. Hingga perahu itu tak lagi terlihat, ia tetap menatap dengan mata penuh harap.

Dalam ketidakmungkinan, ia membangun keyakinan bahwa perahu kertas itu akan sampai di Teluk Jakarta. Dalam khayalnya, perahu kecil itu akan berlabuh di Pelabuhan Sunda Kelapa dan ditemukan oleh seseorang yang menjadi tujuan dari setiap kalimat rindu yang ditulisnya. Sosok yang ia dambakan hadir kembali, menemaninya menikmati senja seperti dulu kala.

Senja bagi Aisyah adalah perpaduan dari kenangan, kerinduan, kebahagiaan, kesedihan, dan harapan. Ia menyimpan cerita tentang penantian panjang, meski ia tak tahu kapan atau bagaimana penantian itu akan berujung.

Setiap sore, saat sang surya condong ke barat, Aisyah berjalan ke pantai yang hanya berjarak dua puluh langkah dari rumah. Kadang ia berdiri merenung hingga langit berubah gelap, kadang ia duduk di atas batu karang, memandang laut lepas. Ombak menggulung keras, menyentuh kakinya yang semakin dingin. Tetapi ia tak peduli. Semua rasa takut dan kekhawatiran telah ditenggelamkan oleh rasa rindunya.

“Aisyah, pulanglah... sudah magrib!” seruan lantang terdengar dari belakang rumah. Itu suara Indo’ Sitti, ibunya yang renta. Meski panggilan itu menggema, Aisyah tetap terdiam.

“Aisyah… oh Aisyah…” Kali ini suara Indo’ terdengar lebih serak, kalah oleh debur ombak yang menerpa karang. Namun, hati Aisyah yang dirundung gundah tak memungkinkannya untuk menjawab. Ia tetap berdiri, terpaku di bibir pantai.

*****

Dua tahun lalu, di tempat yang sama, kenangan itu bermula. Aisyah menemani seorang lelaki bernama Daeng Iqbal, menyaksikan senja untuk terakhir kalinya.

“Dek, kau tahu kenapa Daeng selalu mengajakmu ke sini?” tanya Iqbal kala itu. Pandangannya tertuju pada langit senja yang berwarna jingga, seolah mencari makna di balik keindahannya.

“Tidak tahu, Daeng,” jawab Aisyah. Ia memiringkan wajah, memandangi lelaki itu. Ada sesuatu dalam dirinya yang selalu tenang saat berada di dekat Iqbal.

“Senja itu seperti kita,” ujar Iqbal dengan nada berat. “Ia indah, tapi sebentar saja. Ia datang tanpa suara, tapi kehadirannya terasa. Esok, senja mungkin tak seindah hari ini. Tapi percayalah, kenangan tentang senja hari ini akan terus hidup.”

Aisyah tersenyum kecil mendengar filosofi yang mengalir dari mulut lelaki itu. Rasa kagumnya pada Iqbal semakin besar. Dalam hatinya, ia merasa telah menemukan seseorang yang mampu membaca pikirannya tanpa kata-kata, seseorang yang menjadi pusat harapannya.

Beberapa saat mereka terdiam, tenggelam dalam pikiran masing-masing. Mentari telah kembali ke peraduannya, meninggalkan langit yang semakin gelap. Sebentar lagi malam akan turun, dan bintang-bintang akan menggantikan sinar mentari yang hilang. Di kejauhan, kerlap-kerlip lampu petromaks perahu nelayan tampak berpendar, seperti api yang menari-nari di atas permukaan laut.

“Dek, mungkin ini terakhir kalinya Daeng mengajakmu ke sini…” ucap Iqbal tiba-tiba memecah keheningan. Ia menghela napas panjang setelah mengucapkan kalimat itu, seakan hendak mengusir beban yang menyesakkan dadanya.

“Kenapa berkata begitu, Daeng?” sahut Aisyah dengan nada terkejut, sambil mengernyitkan dahi. Tatapan matanya tertuju dalam-dalam pada wajah Iqbal, penuh tanya.

Iqbal tidak langsung menjawab. Tangannya yang kokoh menggenggam lembut tangan Aisyah. Ia ingin memberi kekuatan pada perempuan yang amat disayanginya itu.

“Besok Daeng akan berangkat ke Pulau Jawa… bekerja di sana,” jawabnya pelan, suaranya menggantung di udara. Iqbal menatap wajah Aisyah, menunggu reaksi dari perempuan berhati lembut yang usianya dua tahun lebih muda darinya itu. Aisyah terdiam sejenak, menundukkan kepala. Air mata mulai menggenang di kelopak matanya.

“Kenapa harus jauh-jauh ke Pulau Jawa, Daeng?” tanya Aisyah, suaranya serak, seolah tak bisa menahan kesedihan yang mengalir dalam dadanya.

“Di sana ada kakak sepupu yang mengajak Daeng bekerja di hotel. Gajinya cukup besar,” jelas Iqbal dengan lembut, mencoba menenangkan Aisyah.

Aisyah tak menyahut, hanya merapatkan tubuhnya ke tubuh Iqbal. Ia menyandarkan kepalanya di atas bahu lelaki itu, seakan mencari kenyamanan di balik kekar tubuhnya. Matanya kosong menatap riak-riak ombak yang lembut membelai pasir pantai. Di dalam dadanya, gelora perasaan bergemuruh, seperti deburan ombak yang tak pernah berhenti.

“Adek tahu kalau Daeng butuh banyak uang untuk melamar Adek… Tiga puluh juta uang panai’ yang diminta keluarga Adek, belum bisa Daeng penuhi,” ucap Iqbal pelan, namun penuh ketegasan. Suaranya bergetar, seolah menahan sesuatu yang sangat menyesakkan.

Aisyah kembali terdiam. Air mata yang semula menggenang perlahan turun, mengalir di kedua pipinya yang mulus. Suara isak tangis yang tertahan, keluar dari bibirnya. Iqbal terkejut, tak menyangka Aisyah akan sesedih itu. Dengan sigap, ia merangkul tubuh Aisyah, mencoba memberi kenyamanan yang kini sangat dibutuhkannya.

“Daeng tahu, Adek pasti berat menerima kenyataan ini. Tetapi, ini jalan yang harus kita lalui. Daeng berharap Adek sabar menunggu sampai Daeng pulang dan mempersunting Adek,” kata Iqbal sambil mengelus lembut kepala Aisyah.

Rambut Aisyah yang bergelombang tampak melambai, tertiup angin laut yang kencang. Iqbal merapikan rambut hitam perempuan itu dengan usapan tangannya yang penuh kasih. Ia juga merasakan kegundahan yang sama seperti yang dirasakan Aisyah, namun ia berusaha menyembunyikannya. Ia harus tegar demi Aisyah, agar perempuan itu merasa tenang dan memahami keputusan yang harus diambilnya.

Meskipun hatinya dipenuhi kesedihan, Aisyah tak bisa mengingkari bahwa ia merasakan kasih sayang Iqbal yang begitu besar. Lelaki itu tak mudah menyerah, selalu berusaha keras demi cinta mereka, meski perjuangan untuk bisa bersama harus tertunda oleh syarat uang panai’ yang begitu tinggi.

Aisyah tahu ia tak bisa berbuat banyak terhadap syarat yang sudah ditentukan keluarga mereka. Baik Aisyah maupun Iqbal, dalam tubuh mereka berdua mengalir darah Bugis yang kental, yang sangat menjunjung tinggi adat istiadat. Mereka berdua sama-sama memahami hal itu. Karena itu, Iqbal harus memenuhi persyaratan itu, meskipun ia tahu betapa sulitnya mengumpulkan uang panai’ sebanyak itu.

Iqbal pun tak bisa berharap banyak dari kedua orang tuanya. Ayahnya hanyalah seorang nelayan kecil, yang hasil tangkapan ikannya hanya cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari. Karena itulah, dengan hati yang berat, Iqbal menerima ajakan sepupunya untuk merantau ke Jakarta, bekerja di sana, meskipun ia harus berpisah jauh dengan perempuan yang amat dicintainya itu.

Senja di penghujung Juni 2007 itu menjadi senja yang penuh dengan perasaan haru bagi keduanya. Ombak dan karang di pantai menjadi saksi bisu dari besarnya rasa cinta yang mereka miliki. Aisyah mengucapkan janji setia, bersumpah akan menunggu kepulangan Iqbal dari perantauan.

*****

Keesokan harinya, Aisyah bersama kedua orang tua Iqbal mengantarkan kekasihnya itu berangkat ke Jakarta, melalui Pelabuhan Lalong di Kota Luwuk. Iqbal menumpang kapal barang yang akan membawanya menuju Pelabuhan Sunda Kelapa. Perjalanan laut yang memakan waktu sekitar seminggu akan membawa Iqbal menuju kota yang menjadi impian banyak orang—Jakarta, tempat orang datang untuk mengais rezeki dan mengumpulkan pundi-pundi harapan.

Derai air mata Aisyah mengiringi keberangkatan Iqbal. Aisyah tak bisa menahan rasa haru yang semakin menguasai dirinya, saat kapal yang membawa Iqbal mulai bergerak perlahan, meninggalkan Teluk Lalong.

Dari atas geladak kapal, Iqbal melambaikan tangan perlahan kepada Aisyah yang berdiri di dermaga pelabuhan, menatapnya dengan pandangan sendu. Dalam momen itu, keduanya merasa ada sebuah lubang besar di dada masing-masing, seperti sebuah kekosongan yang tiba-tiba muncul, akibat perpisahan yang tak terhindarkan—perpisahan yang memisahkan sepasang kekasih oleh ruang dan waktu.

Nasib dan garis tangan memang tak ada yang dapat diprediksi. Aisyah tak pernah menyangka bahwa hari itu adalah kali terakhir ia bisa melihat sosok lelaki yang sangat ia kasihi. Hari-hari setelah itu menjadi hari-hari yang dipenuhi ketidakpastian, sebuah penantian panjang yang harus dijalani dengan hati yang penuh keraguan.

Sebulan setelah keberangkatan Iqbal ke Jakarta, Aisyah menerima kabar pertama dari lelaki itu lewat sepucuk surat yang dikirim melalui pos. Dalam surat itu, Iqbal mengabarkan bahwa dirinya sudah bekerja sebagai room boy di sebuah hotel bintang lima di bilangan Jakarta Selatan. Bersama sepupunya, Iqbal menyewa kamar kos di daerah Penjaringan, Jakarta Utara, tidak jauh dari Pelabuhan Sunda Kelapa. Setiap hari, ia menumpang motor sepupunya yang bekerja di hotel yang sama.

Di surat itu pula, Iqbal menyampaikan kerinduan yang begitu dalam kepada Aisyah. Ia berjanji akan bekerja keras agar dalam setahun atau dua tahun ia dapat pulang dengan membawa uang panai' untuk menikahi Aisyah. Mendapat kabar itu, hati Aisyah berbunga-bunga. Ia merasa kerinduannya sedikit terobati. Setiap dua minggu sekali, surat dari Iqbal rutin datang. Hubungan mereka terasa hangat meski jarak memisahkan.

Beberapa bulan kemudian, Iqbal mengirimkan sebuah ponsel untuk Aisyah. Kini mereka dapat berkomunikasi lebih sering melalui pesan dan panggilan telepon. Setiap hari, mereka bertukar kabar, saling mengirimkan kata-kata mesra, dan berbagi kerinduan seperti pasangan yang sedang dimabuk cinta.

Namun, seperti pepatah mengatakan, langit tak selamanya cerah. Pada bulan ketujuh setelah kepergian Iqbal, perubahan mulai terasa. Komunikasi mereka yang semula hangat perlahan merenggang. Pesan Aisyah sering kali tidak direspon, atau jika dijawab, membutuhkan waktu dua hingga tiga hari. Iqbal menjadi dingin. Seringkali ia mengingatkan Aisyah untuk menunaikan salat, hal yang sebelumnya tidak pernah dilakukan. Bahkan, ia mulai mengirimkan nasihat agama, salah satunya tentang kewajiban mengenakan hijab bagi perempuan. Awalnya, Aisyah merasa aneh, tetapi ia tetap berpikiran positif. Ia bersyukur Iqbal tidak terjerumus ke dalam pergaulan negatif ibu kota.

Perubahan Iqbal juga perlahan membawa dampak pada Aisyah. Ia mulai rajin salat dan akhirnya memutuskan untuk mengenakan hijab. Iqbal tentu senang dengan keputusan itu dan mengirimkan beberapa busana muslim untuk Aisyah. Namun, tak lama kemudian, sikap Iqbal kembali berubah drastis. Ia mulai membahas larangan berpacaran dalam Islam. Ketika Aisyah mencoba mencari kejelasan, Iqbal tidak memberikan jawaban memuaskan. Ia justru semakin sering mengirimkan nasihat agama melalui pesan-pesan pendek. Perubahan itu membuat Aisyah resah.

Aisyah mencurahkan kegelisahannya kepada Indo’ Sitti, ibunya, yang menasihatinya untuk bersabar. Indo’ Sitti meyakinkan bahwa perubahan Iqbal adalah bagian dari pencarian jati diri sebagai calon imam. Meski berusaha tegar, hati kecil Aisyah merasa ada yang tidak beres. Perubahan sikap Iqbal terlalu tiba-tiba, seolah ada sesuatu atau seseorang yang memengaruhinya.

Seminggu setelah diskusi mereka tentang larangan berpacaran, Iqbal menghilang tanpa jejak. Ia tidak lagi menghubungi Aisyah. Ponselnya tidak aktif, dan pesan-pesan Aisyah tidak mendapat balasan. Dengan hati hancur, Aisyah mengunjungi orang tua Iqbal untuk mencari kabar. Namun, Ambo’ Dalle dan Indo’ Besse – Ayah dan Ibu Iqbal – mengaku tidak tahu keberadaan anak mereka itu. Aisyah kembali ke rumah dengan perasaan kecewa dan bingung. Indo’ Sitti berusaha menenangkannya dengan menceritakan kisah-kisah perempuan di zamannya yang menghadapi patah hati karena adat. Indo’ Sitti menyarankan Aisyah untuk menuangkan perasaannya ke dalam tulisan.

Aisyah mulai mencatat semua keresahannya di buku harian. Namun, rasa rindunya kepada Iqbal tetap membelenggu. Setiap senja, ia sering pergi ke pantai, membawa tulisan-tulisannya, dan melarungnya ke laut, seolah berharap ombak membawa perasaannya kepada Iqbal.

Waktu terus berjalan. Bulan berganti tahun, tetapi Iqbal tetap hilang tanpa kabar. Hingga suatu hari, dalam sebuah hajatan, Aisyah bertemu dengan Tenri, sepupu Iqbal. Setelah melihat kesedihan yang teramat dalam pada wajah Aisyah, Tenri memutuskan untuk mengungkapkan sebuah rahasia besar.

“Aisyah, apa yang akan Kakak sampaikan ini mungkin berat. Tapi kamu harus kuat,” ujar Tenri dengan nada serius. Aisyah mengangguk lemah, hatinya berdebar-debar menanti penjelasan.

Dengan suara pelan dan penuh hati-hati, Tenri menceritakan semuanya. Orang tua Iqbal sebenarnya mengetahui keberadaan anak mereka tetapi sengaja merahasiakannya. Selama di Jakarta, Iqbal bergabung dengan sebuah komunitas kajian Islam yang cenderung ekstrem. Pemahaman komunitas itu sangat berbeda dengan Islam yang selama ini mereka kenal. Iqbal yang masih muda dan idealis terbawa arus pemikiran kelompok tersebut. Puncaknya, ia direkrut untuk menjadi pelaku “jihad” dalam sebuah aksi bom bunuh diri di hotel tempatnya bekerja.

Aisyah terperanjat mendengar kenyataan itu. Selama ini, ia tidak tahu bahwa hotel yang menjadi sasaran bom adalah tempat Iqbal bekerja. Bahkan, nama pelaku yang diberitakan di televisi bukanlah Iqbal. Ternyata, setelah bergabung dengan komunitas itu, Iqbal mengganti namanya menjadi Abu Uwais. Jasad Iqbal yang hancur akibat ledakan telah dimakamkan di kampung halaman keluarganya di Sulawesi Selatan. Orang tuanya merahasiakan semuanya dari Aisyah, sesuai permintaan Iqbal.

Mendengar semua itu, Aisyah merasa dunianya runtuh. Ia tak kuasa menahan tangis, tubuhnya ambruk dalam pelukan Tenri. Setelah siuman, Tenri mengantar Aisyah pulang. Di rumah, Indo’ Sitti yang mendengar cerita itu juga tak kuasa menahan kesedihan. Namun, ia tetap berusaha menenangkan Aisyah. Dengan lembut, ia menyarankan anaknya untuk menerima kenyataan dan menjadikan cobaan ini sebagai pelajaran hidup.

*****

“Aisyah… di mana kau, Nak?” Suara Indo’ terus terdengar memanggil-manggil Aisyah. Hari semakin malam, dan langit gelap gulita. Bintang-bintang tak tampak lagi, tertutup oleh awan kelabu yang menggantung rendah di langit.

“Aisyah… Aisyah…” Suara-suara panggilan semakin ramai terdengar, bersahutan dari berbagai arah. Warga-warga desa mulai memenuhi pantai Teluk Kayutanyo, beberapa di antaranya membawa obor bambu yang menyala. Mereka mencari Aisyah di antara batu karang dan di balik batang-batang pohon yang terhampar di sepanjang pantai.

Namun, Aisyah tetap tak ditemukan. Perempuan malang itu telah melarungkan dirinya, tenggelam dan terbawa arus laut yang tak bisa dihentikan, bersama perahu kertas yang selalu ia genggam. Sehelai kain putih dengan noda darah yang sudah mengering terikat di pergelangan tangan kanannya. Kain itu bertuliskan, ‘Aisyah Bidadariku’. Itu adalah kain yang sama yang ditemukan terikat pada tubuh Iqbal, tubuh yang hancur setelah menunaikan tugas ‘jihad’-nya.

Kain itu diberikan Tenri kepada Aisyah tiga hari lalu, ketika Tenri mengantarkan Aisyah pulang ke rumah. Tenri berharap sehelai kain itu dapat mengobati kerinduan Aisyah kepada Iqbal yang selama ini telah lama ditunggu.

Kini, Aisyah telah menemui kekasih hatinya di alam lain. Penantian panjangnya telah berakhir. Iqbal menyambutnya dengan senyuman hangat di pintu surga. Tak ada lagi kebutuhan untuk membawa uang panai’ untuk menikahi Aisyah, karena sejatinya mereka kini menjadi sepasang pengantin surga yang abadi.

TAMAT

 

BIONARASI

Abby Vancel adalah seorang penulis yang karya-karyanya sering kali mengangkat beragam tema. Sejak kecil, Abby telah terpesona oleh dunia sastra, dan mulai menulis cerita pendek dan puisi di masa remaja. Ia ingin menyampaikan kisah-kisah yang tidak hanya menghibur, tetapi juga menggugah pemikiran pembacanya tentang kehidupan sehari-hari yang penuh dengan teka-teki dan makna tersembunyi.

 

 

Hari ini Bukan Akhir Segalanya

 27 Januari 2025



HARI INI BUKAN AKHIR SEGALANYA

Nelly Amalia

Saat mentari perlahan tenggelam di ufuk barat,
Aku berdiri di persimpangan rasa yang berat.
Ada harapan yang tumbuh di sela perpisahan,
Namun juga rindu yang mulai terlukis perlahan.

Langkah kecilku meninggalkan jejak kenangan,
Di ruang hati yang pernah penuh canda dan harapan.
Setiap tawa, setiap tangis, abadi dalam ingatan,
Walau jarak kelak menjadi sekat yang membentang.

Pamit bukan akhir, hanya jeda perjalanan,
Seperti daun gugur yang menanti musim kedatangan.
Kita berpisah untuk merangkai mimpi di tempat lain,
Namun jiwa kita tetap bersua dalam irama angin.

Doa ku titipkan pada setiap hembusan angin,
Semoga langkahmu selalu diberkahi cahaya yakin.
Dan bila waktu mempertemukan kita di masa depan,
Kita sambut dengan hangat, di bawah langit penuh bintang.

 

Bionarasi

Nelly seorang yang senang melukiskan perasaan lewat tulisan, membungkus rasa dalam kata dan menumbuhkan asa lewat pena. Menulis membuat dunia dekat, terasa memeluk asa dan menciptakan yang tiada dalam kata penuh makna. 

Dua Ekor Anak Monyet

 DUA EKOR ANAK MONYET



AC Jaffrie

 

Di pinggir sebuah kampung, ada sekawan monyet. Mereka tinggal di atas pokok-pokok di kawasan hutan berhampiran. Pada waktu pagi mereka akan bergayut riang dari dahan ke dahan. Nyet dan Nyot juga tidak terkecuali.

“Pegang kuat-kuat. Hati-hati, nanti kamu terjatuh,” pesan ibu Nyet dan Nyot.

Nyet dan Nyot terus melompat riang. Dari dahan ke dahan terus berkejaran. Dahan dan ranting pokok tempat mereka bermain. Setiap pagi itulah tempat mereka berdua menghabiskan masa.

“Kami tahu jaga diri, ibu,” ucap Nyot sambil terkinja-kinja di atas dahan.

“Kami sudah biasa bermain di sini,” ujar Nyet pula.

“Kamu berdua mesti berhati-hati. Kalau jatuh kamu juga yang sakit,” beritahu ibu monyet lagi.

Nyet dan Nyot terus bermain. Pesan ibu, mereka tidak ambil peduli. Perasaan mereka hanya mahu bergembira sahaja. Bermain dan terus bermain.

“Ibu mahu pergi cari makan. Kamu berdua jangan ke mana-mana,” pesan ibu monyet.

“Kami nak ikut ibu,” kata Nyet.

“Bosan juga duduk di sini,” sahut Nyot pula.

“Jangan ikut ibu. Kamu masih kecil. Di luar sana banyak bahaya,” jawab ibu monyet.

“Tapi…,” ucap Nyet masih tidak puas hati.

“Dengar cakap ibu. Di sini kamu berdua selamat,” pesan ibu monyet lagi.

Nyet dan Nyot sedikit kecewa. Setiap kali mahu ikut ibu keluar, itu sahaja alasan ibunya. Dunia mereka hanya di atas pokok. Hari-hari bermain dan bergayut di ranting pokok. Mereka teringin menikmati dunia luar. Nyet dan Nyot sudah ada satu rancangan.

“Bosanlah hari-hari main di atas pokok,” kata Nyet kepada Nyot.

“Ya, kita mesti cari tempat lain,” sokong Nyot pula.

“Kita nak pergi mana?” soal Nyet tidak sabar.

“Dengar cerita, tepi hutan ini ada kebun pisang. Kalau nasib baik, dapat makan pisang yang masak ranum,” jawab Nyot memberi cadangan.

Nyet dan Nyot sudah sepakat. Mereka berdua mahu pergi ke kebun pisang yang dimaksudkan. Mereka sangat seronok dan gembira. Selepas penat bermain, mereka boleh menikmati pisang yang masak ranum.

Sudah agak lama ibu monyet keluar mencari makan. Inilah masanya Nyet dan Nyot mulakan rancangan mereka. Nyet dan Nyot lupa pesan ibu mereka. Mereka membayangkan keseronokan bermain di tempat baru.

“Kamu berdua mahu ke mana?” tegur Upai, tupai tanah yang sama menghuni di atas pokok tempat Nyet dan Nyot tinggal.

“Kami mahu pergi bermain. Kami sudah bosan bermain di sini,” ucap Nyet kepada Upai.

“Kami mahu ke kebun pisang di hujung sana,” kata Nyot pula.

“Di situ banyak bahaya. Salah langkah kamu akan masuk perangkap,” beritahu Upai lagi.

“Kami sudah besar. Pandailah kami jaga diri,” ujar Nyet terus meninggalkan Upai.

Cuaca semakin panas. Nyet dan Nyot seronok bermain di dalam kebun pisang. Mereka melompat dari pelepah daun ke pokok yang lain. Sampai satu ketika, mereka berdua kelaparan.

“Perut sudah lapar, mari kita cari makanan,” kata Nyet bersuara.

“Mari kita cari pisang yang masak ranum,” ujar Nyot memberi cadangan.

Nyet dan Nyot berjalan di dalam kebun pisang. Akhirnya mereka bertemu dengan pokok pisang yang berbuah. Dalam setandan pisang itu ada sesisir pisang yang sudah masak ranum. Mereka sungguh gembira.

Nyet dengan pantas melompat dan mendapatkan pisang yang ranum itu. Manakala Nyot menunggu di bawah pokok. Pisang yang diambil dicampak ke tanah. Nyot makan dengan gelojoh kerana sudah lapar.

Kini masa untuk mereka pulang ke hutan. Tiba-tiba kaki Nyet tersangkut pada seutas tali. Dengan pantas tali itu menyentap kaki Nyet. Nyet sudah terkena perangkap yang dibuat oleh petani. Dia meraung meminta tolong.

“Tolong! Tolong lepaskan saya!” jerit Nyet ketakutan.

Nyot cukup terkejut. Dia berlari meninggalkan Nyet. Dia mahu menyelamatkan diri. Sampai di pokok, dia bertemu Upai. Upai hairan melihat keadaan Nyot.

“Tolong Upai! Nyet sudah kena perangkap!” ucap Nyot tercungap-cungap.

Upai turut terkejut. Nyawa Nyet dalam bahaya. Dia mahu membantu melepaskan Nyet sebelum petani datang ke kebun waktu petang. Upai dan Nyet segera ke kebun pisang.

Sampai di kebun pisang, Upai segera menggigit tali yang mengikat kaki Nyet. Giginya yang tajam segera memutuskan tali itu. Akhirnya Nyet dapat diselamatkan. Mereka bertiga segera meninggalkan kebun pisang.

“Terima kasih, Upai. Kamu sudah selamatkan saya,” ucap Nyet sedih.

“Tempat itu bahaya. Perangkap ada di mana-mana. Sebab itu ibu kamu larang turun ke tanah,” nasihat Upai kepada Nyet dan Nyot.

“Kami berdua menyesal. Lain kali kami akan dengar cakap ibu,” jawab Nyot.

“Kami tidak akan nakal lagi,” janji Nyet pula.

Nyet dan Nyot kembali bermain di atas pokok. Tempat itu lebih selamat. Mereka bebas melompat dan bergayut dari dahan ke dahan. Semua pesan ibu akan disemat di dalam hati.   

      

SEBUAH PESAN Karya : Sahbuddin Dg. Palabbi

  SEBUAH PESAN Sahbuddin Dg. Palabbi Rina, seorang jurnalis investigasi. Ia sedang menyelidiki sebuah kasus pembunuhan misterius. Korbanny...

Carian popular