Khamis, 26 Februari 2026

SIMFONI PUALAM: Karya Yayuk Wahyudi

 Simfoni Pualam

Oleh Yayuk.Wahyudi

 

Di bawah langit yang kian menjingga,

Engkau bersemi di ceruk sukma.

Sekuntum mawar yang tumbuh menyendiri,

Pada hamparan tanah tanpa nama.

 

Kita adalah dua kutub berbeda,

Terpisah kasta, terhalang karsa.

Satu mendaki puncak kian mulia,

Satu terperosok lembah yang hampa.

 

Bukan tak sudi tangan ini menjamah,

Namun takdir menuliskan batas.

Cinta kita hanyalah sekadar naskah,

Luntur sebelum tinta sempat membekas.

 

Biarlah bayangmu kian berkelana,

Di balik tirai malam yang sunyi.

Sebab engkau adalah kehilangan,

Yang paling agung dan paling abadi.

  Kulon Progo, 25 Februari 2026


Bionarasi:

Yayuk Wahyudi Nama pena dari Sri Rahayu Yustina, S.IP., MM. Alumni STIE Widya Wiwaha Lahir bulan Desember di Purworejo. Tinggal di Kulon Progo. Tugas terakhir di Dispusip Kulon Progo. Mengisi waktu dengan menulis dan hobi melukis

MELODI LARANGAN: Karya Alang Ahmad

 

Melodi Larangan

 

memancang pandang wajah bulan
gerimis menghembus bunga di tangan
hujan menahan jiwa yang dihimpit
rasa terbelah akar budaya
menyepikan getar hati kita

 

kata mereka:
“jangan bersatu, kita tidak serupa.”
namun kita menari di antara dinding dan garis
di antara warisan yang mengikat leluhur
karam pelayaran
dogma rindu menjarak
selepas gerimis melanda

 

adalah kita yang sedia
dilambung badai angan
pecah menjadi buih berterbangan

 

jika cerita ini laut

gelora kutundukkan
jika cerita ini angin

awan biru kutambatkan
jika cerita ini lagu
mungkin ia isabella
melodi larangan yang tidak pergi

 

 

Alang Ahmad, Kuala Lumpur.

SEPARUH NYAWA YANG HILANG: Karya Zamri H. Jamaluddin

 SEPARUH NYAWA YANG HILANG

Karya: Zamri H.Jamaluddin BWN

 

Di bawah langit kelam yang kian melabuh,
Cinta kita karam dalam arus yang keruh,
Engkau di singgahsana, aku di pondok rapuh,
Tatkala darjat menjadi tembok yang ampuh,
Hancurlah harapan, jiwa kian meluruh.

 

Engkau adalah rembulan di puncak mahligai,
Cahayamu indah namun mustahil kucapai,
Sedang aku debu yang ditiup berderai,
Kasih terlarang kerana adat yang mengurai,
Memaksa jemari kita akhirnya terlerai.

 

Rintihan syahdu membelah sunyi malam,
Mengenang janji yang terkubur dalam,
Antara sutera dan kain yang kusam,
Cinta kita tewas di hujung dendam,
Meninggalkan luka yang kian menghitam.

 

Biarlah daku membawa hancur hati ini,
Menyusuri denai sepi yang tiada bertepi,
Kerana jurang ini takkan mampu kita daki,
Tersungkur aku di kaki tradisi yang keji,
Melihat dikau pergi menjauhkan diri.

 

Nisan rindu kini terpacak di sanubari,
Menjadi saksi cinta yang dibawa lari,
Walau air mata jatuh membasahi bumi,
Dua dunia ini takkan pernah sejiwa lagi,
Hanyalah duka yang kekal abadi di sini.

Bandar Seri Begawan 26.02.2026

 

BIODATA PENULIS :Zamri H.Jamaluddin BWN atau Nama Pena di Brunei Darussalam “Ilusi Maya Brunei”, seorang penggiat seni dari Negara Brunei Darussalam. Karya beliau selain telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Negara Brunei Darussalam, juga telah diterbitkan oleh beberapa buah produksi penerbitan swasta di Malaysia dan Indonesia .. Selain Puisi, penulis menekuni karya kreatif dari pantun, cerpen hingga skrip drama televisyen, radio dan pentas teatrer. Beliau adalah  seorang juruacara majlis professional dalam perbagai majlis dan acara rasmi dalam dan luar negara.

 

 

Rabu, 25 Februari 2026

KETIKA LAUT TAK LAGI MENJADI BATAS: Karya Nelly Amalia

Ketika Laut Tak Lagi Menjadi Batas

Karya: Nelly Amalia


Aku mencintaimu

di antara dua bendera

yang berkibar pada langit berbeda.


Namamu kusebut

di sela azan subuh yang basah oleh embun,

sementara kau mungkin

menyebut namaku

di bawah matahari yang baru terbit

di tanah seberang.


Kita dipisahkan laut

selat yang biru namun kejam,

yang setiap gelombangnya

seakan bertanya:

“Seberapa kuat cintamu

menantang jarak?”


Aku tidak pernah membenci peta,

tetapi garis-garisnya

terlalu tega menggambar batas

pada sesuatu

yang lahir tanpa izin negara.


Rindu menjadi pasang surut

di dadaku.

Kadang tenang seperti doa ibu,

kadang menghantam keras

seperti badai yang tak menemukan daratan.


Aku ingin berlari kepadamu,

namun jarak menjelma tembok tak kasat mata.

Aku ingin menggenggam tanganmu,

namun angin hanya membawa

hangat bayangmu.


Dan pada malam-malam

yang terlalu sunyi untuk ditawar,

aku menatap bulan

bertanya apakah cahayanya

jatuh juga di wajahmu.


Jika iya,

maka kita tidak sepenuhnya terpisah.

Sebab langit tak pernah memilih

untuk berpihak pada satu negeri saja.


Biarlah laut menjadi saksi

bahwa cinta ini tidak gentar.

Biarlah waktu menguji,

biarlah dunia meragukan

kita akan tetap berdiri

di dua tepi berbeda,

namun dengan satu keyakinan yang sama.


Karena cinta bukan soal

di mana kaki berpijak,

tetapi di mana hati

berani menetap.


Dan aku telah memilih

menetap padamu,

meski dunia menyebutnya

dua dunia.

PEREMPUAN YANG MEMILIH PERGI: Karya Nurul Afifah

 Perempuan Yang Memilih Pergi

KaryaNurul Afifah Rahim


Aku bukan ditinggalkan 

aku yang berjalan keluar

dari sebuah pintu

yang tidak pernah benar-benar terbuka.


Aku yang mengetuk dahulu,

menghulur salam dahulu,

memasak rindu di dapur kecil

bersama bau biskut batik kegemaranmu.


Kau makan,

kau senyum,

kau diam.


Aku menunggu

seperti petang menunggu maghrib

pasti datang

tetapi tidak pernah dipercepatkan.


Kerana bila lelaki tahu dia dipilih,

dia belajar untuk tidak bersungguh.


Kau selesa

di atas kasih yang aku bentang

seperti tikar hari raya,

sedang aku duduk bersila

meminta sedikit dihargai.


Aku tahu kau sayang,

tapi sayangmu tidak pernah berjalan,

ia hanya duduk.


Dan di hujung senyap itu

aku dengar satu suara lain 

bukan dari mulutmu

tetapi dari doa ibumu.


Dia tidak pernah menerima

nama negeri di hujung namaku.


Lalu aku faham,

aku bukan sedang melawan jarak,

aku sedang melawan akar.


Apa guna bertahan

jika pintu syurga seorang anak

tidak pernah membuka ruang untukku?


Maka aku pergi.

Bukan kerana kurang cinta,

tetapi kerana cinta tidak seharusnya

meminta aku mengecilkan diri.


Hari itu

aku pulang sebagai perempuan yang kalah pada hati,

tetapi menang pada maruah.


Dan sejak itu aku belajar 

yang paling menyakitkan bukan berpisah,

tetapi tinggal

di tempat kita tidak dipilih.


Nurul Afifah Rahim

18.2.2026

Rantau Panjang,Kelantan

Isnin, 23 Februari 2026

RAWAN: Karya Ezatul Hanim

 

RAWAN

 

Genggaman dilepaskan

akur melangkah pergi

demi cinta yang hadir tanpa diundang

rindu yang kian bertandang

walau serasa sekufu

tapi kerna adat kita turutkan

restu dipohon untuk disatu

 

Jika ada jodoh kita

bertemu kembali tanpa disedari

 

Jika tiada jodoh kita

doa sentiasa ada mengiringi

 

Wahai pemilik hati ini

semoga bertemu kembali

ku menunggu saban hari

berjanji menjaga hingga nafas terhenti.

 

 

Ezatul Hanim Yahya

22022026

Johor Bahru, Johor Malaysia.



 Ezatul Hanim binti Yahya merupakan anak jati Johor Darul Ta’zim. Lahir di Pasir   Gudang dan kini menetap di Skudai Johor. Pemegang Dip. Teknologi Mekanikal Lukisan Rekabentuk dari UTM kini menumpukan bidang pengurusan perniagaan sebagai kerjaya utama. Meminati bidang kesusateraan sejak di sekolah rendah namun lebih akrab dengan puisi moden.

Ahad, 22 Februari 2026

DI ANTARA GARIS DAN LENGKUNGAN: Karya Pasidah Rahmat

 DI ANTARA GARIS DAN LENGKUNGAN

Pasidah Rahmat

           Koridor hospital memanjang seperti lorong yang membawa manusia ke wilayah antara harapan dan penyerahan. Cahaya lampu kalimantang jatuh pucat di lantai, menampakkan bayang-bayang yang bergerak tanpa suara. Faiz duduk di bangku besi, menggenggam tasbih lama milik arwah ibunya. Butir-butirnya licin oleh masa. Setiap sentuhan terasa seperti cuba mengingatkan sesuatu yang sudah lama tenggelam dalam dirinya. Nama itu kembali berlegar dalam fikirannya, perlahan, seperti bayang senja yang enggan lekang dari dinding waktu.  Sebuah nama yang dahulu pernah menjadi musim menumbuhkan bunga-bunga harapan, merimbunkan hari dengan indah, lalu gugur menjadi dedaun kenangan yang tidak pernah benar-benar reput.  

Nama yang cuba dipadam dengan logik dan jarak, namum tetap terpahat dalam lubuk hati, seperti ukiran halus pada batu yang tak mudah dihakis hujan.  Ia pernah menghadiahkan kebahagiaan yang lembut dan utuh, namun dalam nafas yang sama, menyulam kesedihan yang panjang dan berliku.  Aneh.  Tanpa dicari, tanpa dipanggil, nama itu kembali menyelinap di celah fikirannya, seakan tahu jalan pulang. 

Nadra.

Faiz mengenali Nadra di sebuah perhentian bas lama, tempat waktu seakan bergerak perlahan pada pagi yang digantung gerimis.  Hujan turun halus, menitis dari bumbung zink yang berkarat, mencipta irama kecil yang menyatu dengan degup jantungnya.  Gadis itu berdiri di situ, memeluk buku ke dadanya seperti seseorang yang sedang menjaga rahsia paling peribadi.  Wajahnya bujur sireh, lembut dalam keayuan yang tidak dibuat-buat.  Ada ketenangan pada rautnya, namun pada masa yang sama, kehadirannya menggoncang dada Faiz tanpa belas. 

Sejak hari itu, perhentian bas usang itu menjadi saksi bisu.  Mereka sering bertukar pandangan, sekilas, kemudian lama. Senyuman yang terbit malu-malu, cukup untuk menyalakan hari yang kelabu.  Namun setiap kali jarak mereka hampir terhapus oleh kata-kata, lidah Fiz kelu, terkunci oleh debar yang tidak mahu reda.  Sehinggalah pada suatu pagi yang terlalu sunyi, tanpa angin, tanpa suara, Faiz akhirnya memberanikan diri.  Soalan yang sekian lama diperam, yang tumbuh diam-diam dalam dadanya, akhirnya menolak keluar dari bibirnya.  

“Nama awak?”

Gadis itu memandangnya, lama, seolah-olah sedang menimbang beban sebuah pengenalan. Bernada lembut dan bersopan, soalan Faiz di jawab. “Nadra.” Nama itu jatuh lembut tetapi berat dalam dada Faiz.

“Ayah saya pilih nama itu,” katanya. “Maksudnya sesuatu yang berharga.” Dia berhenti seketika sebelum menyambung. “Tapi benda yang berharga biasanya sukar dipertahankan.”

Faiz tersenyum tanpa memahami sepenuhnya ramalan yang tersembunyi dalam kata-kata itu. Cinta mereka tumbuh dalam ruang kecil yang tidak meminta pengakuan dunia. Perpustakaan awam. Bangku taman yang menghadap laut. Gerai kopi murah yang menyimpan bau malam. Perbualan mereka bukan kata-kata manis. Bukan janji bermadu. Bukan masa hadapan bersama. Nadra bercakap tentang pesakit dengan mata yang sentiasa penuh simpati. Dia melihat penderitaan orang lain seperti sesuatu yang perlu dipeluk, bukan dijauhi. Faiz pula mencetak kata-kata kebahagiaan untuk orang lain, kad kahwin, buku doa, risalah majlis sedangkan masa depannya sendiri tidak pernah dicetak dengan jelas. Mereka mencintai dalam diam yang sederhana. Tidak banyak janji. Tidak banyak sumpah. Hanya kehadiran yang terasa cukup. Namun cinta mereka sentiasa ditemani bayang sempadan.

Nadra dibesarkan dalam keluarga yang memelihara adat dan agama seperti menjaga pintu rumah daripada penceroboh, rapat, waspada, tidak pernah alpa.  Setiap langkah diatur. Setiap tutur ditimbang.  Segala yang keluar dan masuk harus melalui saringan nilai yang diwarisi turun-temurun.  Bapanya melihat kehidupan sebagai satu garis lurus, tegas, teratur, tanpa ruang untuk lengkungan yang dinamakan perasaan.  Pada pandangannya, kasih tidak boleh mendahului hukum dan cinta tidak wajar melangkaui batas. Undang-undang dan arahan menjadi benteng keselamatan, teguh, dingin dan tidak mudah dirunding. 

Faiz pula datang dari dunia yang berbeza, lebih longgar, lebih terbuka tanpa pagar yang tinggi.  Hidupnya tidak terikat pada susunan yang ketat. Pegangan agamanya ada, namum tidak pernah seutuh dan seteguh yang diharapkan keluarga Nadra.  Di antara mereka, bukan sekadar jarak dua insan yang berbeza tetapi dua cara melihat dunia.  Yang satu lurus dan tegas.  Yang satu berliku dan mencari. Perbezaan itu pada awalnya sekadar retakan halus. Sehingga suatu hari, retakan itu menjadi pecahan. Faiz dipanggil ke rumah keluarga Nadra. Rumah flat itu dipenuhi bingkai gambar keluarga yang tersusun rapi, seperti sejarah yang tidak boleh disanggah.

“Cinta bukan sekadar rasa,” ujar bapa Nadra.  Nadanya tidak meninggi, namun cukup tegas untuk menutup setiap ruang bantahan. “Ia amanah kepada Tuhan dan keluarga.”

Kata-kata itu jatuh satu demi satu, berat seperti batu yang disusun menjadi tembok.  Tiada marah pada wajahnya, hanya keyakinan yang tidak berganjak.  Faiz menawarkan apa yang mampu diberinya. Perubahan. Kesungguhan. Pengorbanan.  Kesetiaan.  Dia berbicara dengan dada yang bergetar dengan harapan yang dikumpul dari sisa-sisa keberanian.  Namun lelaki tua itu hanya menggeleng perlahan, seolah-olah segala janji itu telah didengar terlalu banyak kali dalam hidupnya.  

“Perubahan yang lahir daripada cinta manusia selalunya rapuh.”

Faiz menelan kata-kata itu, cuba menghadam pahitnya.  Mengapa begitu sukar bagi bapa Nadra melihat kesucian yang dia rasakan? Mengapa cinta mereka dianggap sekadar bara yang akan padam bila ditiup angin ujian? Di hadapan keyakinan yang keras seperti batu itu, Faiz berdiri dengan cinta yang lembut dan buat pertama kalinya, dia merasakan betapa mudahnya yang lembut itu dipatahkan.

Di sudut ruang tamu, ibu Nadra menangis dalam diam. Tangisan yang tidak berbunyi itu jauh lebih mematahkan daripada sebarang kata-kata.  Air mata yang jatuh perlahan, menanggung beban yang tidak terluah.  Hatinya terhiris melihat dua jiwa muda terpaksa menempuh ujian sebelum sempat menikmati permulaan.  Namun sebagai isteri, sebagai ibu yang terikat pada susunan yang telah lama dibina, dia tidak berani bersuara. 

Malam terakhir mereka bertemu terasa lebih panjang daripada biasa.  Angin seolah-olah turut menahan nahas.  Nadra berdiri di hadapan Faiz seperti seseorang yang sedang meninggalkan separuh daripada jiwanya sendiri. Wajahnya tenang tetapi matanya mengkhianati gelora di dalam. “Kalau saya ikut awak,” katanya perlahan, suara yang hampir pecah, “saya kehilangan keluarga.  Kalau saya ikut mereka, saya kehilangan awak.” Kata-kata itu bukan sekadar pilihan.  Ia adalah luka yang harus dipilih untuk ditanggung.  Dan dalam jeda yang menyusul, cinta mereka berdiri di persimpangan yang tidak pernah dijanjikan kebahagiaan. 

Angin malam menggesel daun-daun kering di kaki mereka, seperti suara masa yang sedang menutup sebuah cerita cinta suci. Faiz memandangnya lama sebelum akhirnya melepaskan genggaman itu. Dia memilih menjadi luka yang tersembunyi daripada menjadi sebab runtuhnya sebuah rumah tangga yang belum dibinanya. Berat langkahnya, namun seolah-olah tiada ruang untuk berpaling.  Itu bukan pilihan, hanya sebuah pengorbanan yang lahir tanpa alasan yang adil.

Faiz meneruskan hidup seperti manusia biasa. Bekerja. Berkahwin. Menjadi ayah. Namun perkahwinannya lebih menyerupai tanggungjawab daripada bara. Kasihnya sekadar bayu yang menyapa, bukan teduh yang melindung.  Isterinya tetap setia, meski cinta itu tidak pernah pulang. Selepas isterinya meninggal dunia, dia membesarkan anak perempuannya seorang diri. Dia belajar bahawa kasih sayang boleh tumbuh daripada kesetiaan walaupun tanpa api. Dia menyangka masa telah menimbus segala kenangan. Sehinggalah satu panggilan telefon membuka kembali liang yang telah lama dikuncinya.

*********

           Di bilik hospital itu, Nadra terbaring seperti musim yang hampir sampai ke penghujung. Sunyi. Redup. Menunggu waktu melabuhkan tirai.  Tubuhnya semakin susut. Tulangnya kian menonjol di balik selimut putih yang dingin.  Namun pada wajahnya masih tersisa ketenangan yang dahulu membuatkan Faiz jatuh cinta. Ketenangan yang tidak pernah menjerit, hanya memanggil perlahan.  Mereka berbual tentang kehidupan yang tidak pernah sempat mereka jalani.  Tentang rumah kecil yang dahulu hanya wujud dalam angan.  Tentang pagi-pagi yang sepatutnya diisi dengan tawa anak-anak dan secawan kopi yang dikongsi berdua.  Semua itu kini tinggal sebagai kemungkinan. Bukan kenangan. 

Dalam jeda antara nafas yang semakin jarang, Nadra menghulurkan sebuah fail nipis kepada Faiz.  Tangannya lemah tetapi genggamannya seakan memikul keputusan yang telah lama dipendam.  Faiz membukanya perlahan. Di dalamnya, tertera sijil kelahiran seorang anak perempuan.  Pada ruang nama bapa : KOSONG.


“Saya hamil sebelum kita berpisah,” ucap Nadra, suaranya seperti hujan halus yang meresap ke tanah retak.  Dunia Faiz rebah tanpa bunyi, seperti bangunan yang runtuh di dalam dada sendiri.  Dia menatap wajah itu lama, seolah mencari masa yang terlepas di celah-celah mata.  Andai malam itu dia tahu, tentu telah digenggamnya takdir, dibawanya lari, dinikahinya sebelum fajar sempat menghukum. 

“Keluarga saya sembunyikan perkara itu. Mereka kata anak itu bukti kesilapan.” Perkataan ‘kesilapan’ itu bergema dalam dada Faiz, berulang-ulang, seperti azan yang tidak pernah selesai dilafazkan. Ia memanggil bukan untuk solat tetapi untuk bangkit menanggung sebuah kebenaran yang telah lama dikuburkan.  Dalam satu detik, masa lalu yang cuba dilupakan bangkit berdiri di hadapannya, menuntut jawapan. 

Beberapa hari kemudian, pintu wad itu terbuka perlahan. Seorang gadis muda melangkah yang teragak-agak namun matanya menyimpan keberanian yang asing bagi usianya.  Wajahnya seperti dua bayangan yang pernah bersatu.  Pada garis rahangnya, Faiz melihat dirinya.  Pada lembut pandangannya, dia melihat Nadra. Dan di antara kedua-duanya, berdiri takdir yang tidak lagi boleh dinafikan.

“Saya Filzah.”

Namun kebenaran yang lebih menyakitkan muncul apabila Filzah menyerahkan sepucuk surat lama. Surat yang kononnya ditulis oleh Faiz, menyatakan dia telah memilih hidup lain. Faiz memandang Nadra dengan wajah yang kehilangan warna.

“Saya tak pernah tulis ini.” Air mata Nadra mengalir perlahan.

“Ayah saya yang menulisnya. Dia kata itu cara paling bersih untuk menamatkan segalanya.” Selama dua puluh lima tahun, mereka hidup dalam salah faham yang dibina oleh ketakutan orang lain. Namun, Faiz rasa syukur, nyawa suci itu terus berdegup, tidak dipadam oleh gelap yang hampir malam. 

Pada malam terakhir hidupnya, Nadra memandang Filzah dengan mata yang hampir padam tetapi masih bercahaya. “Jangan biarkan cinta membuat kamu lupa tanggungjawab,” katanya perlahan. “Dan jangan biarkan tanggungjawab mematikan kejujuran hati.” Nafasnya terhenti seperti lilin yang akhirnya menyerah kepada angin.

Selepas pengebumian, Faiz berdiri di hadapan batu nisan yang masih merah tanahnya. Nama Nadra terukir tenang di permukaan marmar. Yang berharga. Yang jarang ditemui. Faiz akhirnya memahami sesuatu yang tidak pernah dia fahami sewaktu muda. Sesuatu yang benar-benar berharga tidak semestinya ditakdirkan untuk dimiliki. Ada yang hadir hanya untuk mengajar manusia tentang kehilangan, tentang keberanian dan tentang cinta yang belajar hidup dalam kenangan. Di sebelahnya, Filzah berdiri dalam diam yang tidak lagi janggal. Dari cinta yang tidak pernah sempat mengenal kelahiran benihnya, kini terbit kasih yang lain.  Kasih ayah dan anak, bangkit dari rahsia masa silam. 

“Kita orang asing. Tapi juga keluarga,” kata Filzah.  Suara mudanya tidak lagi teragak-agak, seolah-olah kehilangan telah mematangkannya dalam sekelip mata. 

Faiz mengangguk perlahan.  Di hadapan pusara yang masih merah tanahnya, dia menerima takdir yang akhirnya menemukan mereka. Bukan dalam pertemuan yang dirancang, tetapi dalam kehilangan yang tidak sempat ditebus.  Mereka melangkah meninggalkan tanah perkuburan bersama.  Bukan lagi sebagai dua jiwa yang terpisah oleh keputusan dan masa tetapi sebagai darah yang akhirnya mengakui jalurnya sendiri disatukan oleh luka yang sama yang sama-sama mereka cintai. 

Matahari senja tenggelam tanpa warna yang dramatik.  Tiada langit membara. Tiada cahaya keemasan yang berlebihan.  Ia sekadar hilang perlahan di hujung cakrawala seperti cinta yang tidak pernah benar-benar mati. Hanya berubah bentuk menjadi ingatan yang setia. 

Namun di celah kesunyian itu, satu persoalan masih bergetar dalam hati Faiz. Bagaimana kesudahan dengan anak perempuannya, Syafikah? Dengan menantunya, Ajit? Dengan cucunya, Ibrahim yang mungkin tidak pernah tahu betapa besar cinta yang pernah diperjuangkan oleh seorang wanita bernama Nadra?

Atau sekali lagi, cinta itu akan disimpan sebagai cerita yang dibisikkan perlahan tanpa pernah benar-benar difahami?

Selesai



Nombor talipon / Whatsapp : +65 81270863

Pasidah Rahmat, dilahirkan pada 4 August 1963. Meraih GCE 'O' pada 1979, di Sekolah Menengah Tun Seri Lanang. Menulis cerpen sejak 1983 dengan cerpen pertama “Salah Sangka” di BM. Pernah menggunakan nama pena Rahada. Berhenti menulis pada tahun 1984 dan kembali semula 2016 di peraduan Mencari Kristal ajuran Berita Harian Singapura. Selain dari cerpen, beliau menulis puisi modern, syair, gurindam, Sonian, Haiku dan Dukotu. Kira-kira 50 buah cerpen dan puisi pernah tersiar di Berita Minggu, 2 cerpen dalam majalah Dewan Bahasa, 6 cerpen di Cukaria (Malaysia), sebuah cerpen di audiokan oleh Cukaria, 6 cerpen di FIXI Singapura. Kini sudah bersara. Beliau adalah ahli ASAS’50 dan KAMUS.

Sabtu, 21 Februari 2026

DI BAWAH LANGIT YANG TAK SAMA: Karya Angela

 Di Bawah Langit yang Tak Sama

Karya: Angela Merici Wintari Ayu Kusuma Wardani

Malam selalu punya caranya sendiri untuk mengulang kenangan.

Bagi Nara, malam bukan tentang bintang. Bukan tentang doa yang diam-diam dilangitkan dengan tangan terkatup di tepi ranjang. Malam adalah gema. Lagu lama yang tak pernah benar-benar selesai. Sebuah irama sendu yang berputar di kepalanya, memenuhi ruang-ruang sunyi yang tak mampu ia jelaskan kepada siapa pun.

Ia sering duduk di dekat jendela kamar, menatap langit yang seolah sama setiap hari, padahal ia tahu langit pun berubah. Warna, awan, cahaya, semuanya bergerak tanpa menunggu siapa pun. Hanya manusia yang kerap terjebak di masa lalu.

Namanya Nara.

Orang-orang mengenalnya sebagai gadis yang ramah. Mudah tertawa. Terlihat kuat. Ia adalah tempat pulang bagi sahabat-sahabatnya yang patah hati, pendengar setia bagi cerita-cerita yang bahkan tak penting. Di rumah, ia menjadi anak yang dewasa sebelum waktunya. Penengah saat suara ayah dan ibunya meninggi. Penjaga agar rumah tetap berdiri meski retaknya tak kasat mata.

Padahal sebenarnya, hatinya sudah lama mengunci diri.

Ia masih mengingat malam ketika ia terbangun oleh suara piring pecah. Ibunya menangis di dapur. Ayahnya pergi tanpa menoleh. Kata “perbedaan” menjadi alasan yang terlalu sering diulang. Perbedaan prinsip. Perbedaan cara pandang. Perbedaan yang awalnya kecil, lalu tumbuh menjadi jurang.

Sejak saat itu, Nara bersumpah dalam diam: jika suatu hari ia mencintai, ia akan mencintai dengan sepenuh jiwa. Ia akan mempertahankan, apa pun yang terjadi. Ia tak ingin cintanya berakhir seperti yang ia saksikan di rumahnya sendiri.

Baginya, cinta bukan puisi. Cinta adalah komitmen yang harus diperjuangkan mati-matian. Cinta adalah bertahan, bahkan ketika hati mulai lelah.

Dan ketika Raka datang, Nara merasa semestanya menemukan porosnya.

Mereka bertemu di sebuah forum diskusi internasional. Perdebatan kecil tentang budaya berubah menjadi percakapan panjang tentang mimpi, keluarga, dan masa depan. Raka berbeda. Tegas. Berwibawa. Cara bicaranya seperti seseorang yang tahu arah hidupnya.

Berbeda negara. Berbeda budaya. Berbeda agama.

Perbedaan itu terasa indah. Seperti dua warna kontras yang justru membuat lukisan semakin hidup.

“Cinta tidak pernah salah,” kata Raka suatu malam ketika mereka berbicara tentang restu orang tua.

Dan Nara mempercayainya.

Tiga tahun.

Tiga tahun hubungan jarak jauh yang penuh janji. Video call hingga tertidur dengan layar masih menyala. Tiket pesawat yang dipesan jauh-jauh hari. Pertemuan singkat yang selalu terasa kurang. Perdebatan panjang tentang masa depan dan penyatuan dua keluarga besar yang sama-sama memegang adat kuat.

Nara berjuang. Bahkan lebih dari itu, ia berkorban.

Ia membela Raka ketika orang tuanya mengingatkan bahwa cinta saja tidak cukup. Ia menenangkan dirinya sendiri ketika pesan Raka mulai jarang dibalas. Ia memaklumi alasan sibuk, rapat keluarga, proyek bisnis.

Ia menutup mata ketika instingnya berteriak bahwa ada yang berubah.

Karena baginya, cinta adalah bertahan.

Sampai hari itu datang.

Hari yang seharusnya menjadi perayaan tiga tahun kebersamaan.

Nara mengenakan dress biru sederhana, warna kesukaan Raka. Di tangannya, sebuah kotak kecil berisi jam tangan dengan ukiran di belakangnya: Untuk waktu yang kita perjuangkan bersama.

Ia membayangkan makan malam sederhana. Tawa kecil. Mungkin rencana masa depan yang lebih pasti.

Namun yang ia temukan adalah aula rumah adat yang dipenuhi keluarga besar.

Dan Raka berdiri di sana. Berdampingan dengan Jessy.

Jessy…sahabatnya sendiri.

Senyum mereka terlalu resmi untuk disebut kebetulan. Tatapan mereka tak lagi menyimpan rasa bersalah, hanya keputusan.

Dunia terasa berhenti.

“Raka… sekian lama kita berjalan, tapi kamu memilih sahabatku?” suara Nara bergetar, namun tidak pecah.

Raka menunduk. “Aku ingin jujur, tapi aku takut kamu kecewa.”

“Takut aku kecewa? Atau takut aku tahu kamu sudah memulai semuanya bahkan sebelum hubungan kita selesai?”

Jessy melangkah maju. “Nara, kami saling mencintai. Orang tua kami setuju. Ini yang terbaik.”

Yang terbaik untuk siapa?

Saat itu, sesuatu dalam diri Nara runtuh. Bukan hanya cintanya. Tetapi keyakinannya.

Ia menyadari, selama ini ia mencintai bayangan.

Ia berbalik sebelum air matanya jatuh di hadapan mereka.

“Nara.”

Suara itu familiar.

Anto.

Teman masa kecilnya. Anak laki-laki yang dulu selalu berdiri di depannya ketika ia diejek. Yang pernah berkata, “Kalau kamu jatuh, aku yang angkat.”

“Sejak kapan kamu di sini?” tanya Nara lirih.

“Sejak kamu mulai berteriak.”

Anto memeluknya.

Pelukan itu berbeda. Tidak menuntut. Tidak mengikat. Tidak penuh janji kosong.

Hanya hangat.

Dan untuk pertama kalinya, Nara menangis tanpa merasa sendirian.

Hari-hari setelahnya terasa berat. Tetapi Anto selalu ada.

Ia tidak menjelekkan Raka. Tidak menyalahkan Jessy. Ia hanya memastikan Nara makan. Memastikan Nara tidur. Memastikan Nara tidak menyalahkan dirinya sendiri.

“Nara,” katanya suatu sore di kafe kecil yang biasa mereka kunjungi, “kamu tidak gagal mencintai. Kamu hanya mencintai orang yang salah.”

Kalimat itu seperti membuka simpul di dada Nara.

Ia mulai menyadari betapa ia telah kehilangan dirinya. Ia berhenti melukis karena Raka tak menyukai hobinya. Ia meninggalkan pelayanan komunitas karena Raka merasa waktunya terlalu banyak tersita. Ia hampir menerima pekerjaan di luar negeri demi mengikuti rencana Raka.

Ia hampir menghapus dirinya sendiri.

Anto tidak pernah berkata cinta. Tetapi ia menunjukkan.

Dalam kesabaran. Dalam konsistensi. Dalam caranya mendengarkan tanpa menyela.

Dan perlahan, Nara merasakan sesuatu yang berbeda.

Bukan euforia. Bukan degup jantung yang berisik.

Teetapi rasa pulang.

Enam bulan berlalu.

Suatu malam di pantai, Anto berkata ia harus kembali ke Australia.

“Ada yang harus aku selesaikan.”

Kali ini Nara tidak memohon. Tidak menahan.

Anto memberinya kalung kecil berbentuk cahaya.

“Kalau suatu hari kamu siap mencintai tanpa rasa takut, aku akan tetap di sini.”

Ia pergi seminggu kemudian.

Dan Nara belajar: cinta tidak harus ditahan agar tetap ada.

Beberapa hari setelah keberangkatan Anto, sebuah pesan masuk.

“Terima kasih sudah melepaskan.”

Foto yang menyertai pesan itu membuat napas Nara tercekat.

Anto berdiri bersama seorang pengacara di Sydney. Di belakang mereka, dokumen dengan nama: Raka Pratama – Permohonan Pembatalan Pertunangan.

Barulah Nara tahu, keluarganya Raka sempat mengikat namanya dalam kontrak kerja sama bisnis yang rumit. Jika Raka menikah tanpa pembatalan resmi, Nara bisa terseret hutang adat dan masalah hukum.

Anto tahu.

Ia kembali bukan sekadar untuk memeluknya.

Ia kembali untuk membebaskannya.

Air mata Nara jatuh tanpa suara.

Pesan terakhir sebelum pesawat lepas landas berbunyi:

“Cinta bukan tentang memiliki. Tetapi tentang memastikan kamu bebas.” Dan “Aku tidak ingin kamu suatu hari mengetahui bahwa namamu masih terikat pada seseorang yang sudah memilih pergi.”

Namun plot twist sebenarnya datang seminggu kemudian.

Raka menghubunginya.

“Nara… pertunangan itu batal.”

“Kenapa?”

“Jessy tahu tentang kontrak yang melibatkan namamu. Ia merasa tidak nyaman. Ia bilang sejak awal kamu tidak pernah benar-benar dilepaskan.”

Nara terdiam.

“Anto yang mengurus semuanya, kan?” suara Raka melemah.

Nara tak menjawab.

Raka tertawa pahit. “Aku pikir aku yang paling rasional. Ternyata ada orang yang diam-diam lebih berani dariku.”

Setelah panggilan itu berakhir, Nara menyadari sesuatu.

Selama ini ia mengira cinta dua dunia adalah tentang agama dan budaya.

Ternyata bukan.

Cinta dua dunia adalah antara rasa dan logika. Antara ketakutan dan keberanian.

Raka mencintainya, mungkin. Tapi tidak cukup berani.

Anto mencintainya dalam diam, namun cukup berani untuk membebaskannya.


Dan saat itu, Nara benar-benar mengerti.

Dua bulan kemudian, Nara memutuskan mengunjungi Anto di Australia bersama keluarganya.

Bandara menyambutnya dengan udara dingin yang asing, namun terasa segar. Anto dan keluarganya sudah menunggu. Senyum mereka hangat, seperti rumah yang telah lama ia rindukan.

Di tengah gedung-gedung putih Sydney, Nara berdiri memandangi langit yang berbeda. Anto mengambil syal dari mobil dan melingkarkannya di leher Nara.

Udara dingin menyentuh kulit, tetapi hatinya hangat.

Hari itu, salju pertama turun.

Butiran putih lembut menyentuh rambutnya. Anto menggenggam tangannya.

“Nara,” suaranya tenang, “maukah kamu menikah denganku?”

Tidak ada keraguan. Tidak ada ketakutan.

“Iya.”

Jawaban itu keluar bukan karena ia takut kehilangan.

Tetapi karena ia yakin.

Di rumah, kedua orang tua mereka telah menyiapkan makan malam hangat. Tawa memenuhi ruang. Orang tua Anto menyajikan makanan kesukaan Nara. Orang tuanya sendiri terlihat lebih tenang seakan luka lama perlahan sembuh.

Kehangatan yang dulu hilang kini kembali.

Sebulan berlalu dengan cepat. Nara diperlakukan seperti anak sendiri. Ia kembali melukis. Ia kembali tertawa tanpa beban. Ia menemukan dirinya lagi.

Suatu malam makan keluarga, Anto berdiri di hadapan semua orang dan kembali melamarnya, kali ini dengan cincin.

Untuk kedua kalinya, Nara berkata iya.

Namun kali ini, ia tahu makna dari jawabannya.

Mereka mengurus pernikahan sederhana di sebuah gereja kecil di Sydney. Tidak mewah. Tidak megah. Tetapi penuh makna.

Saat berjalan menuju altar, Nara tidak lagi merasa takut.

Ia tidak menikah untuk menyelamatkan diri dari kesepian.

Ia tidak menikah karena ingin membuktikan apa pun pada masa lalu.

Ia menikah karena ia telah utuh.

Langit di atas Sydney tak sama dengan langit di kampung halamannya. Tetapi cahaya tetaplah cahaya.

Dan di bawah langit yang tak sama itu, Nara akhirnya mengerti. Cinta yang tepat tidak membuatmu kehilangan diri. Tidak memaksamu menutup mata dari luka.

Tidak mengikatmu dalam ketakutan. Cinta yang tepat membebaskan. Menguatkan. Mengajarkanmu terbang tanpa melupakan tanah tempatmu berpijak.

Beberapa waktu kemudian, sebuah pesan masuk dari Raka. Permintaan maaf. Penyesalan.

Nara membacanya dengan tenang.

Ia tidak lagi bergetar.

Karena yang ia lepaskan bukan hanya seseorang.

Ia telah melepaskan ketakutannya sendiri.

Dan kini, di bawah langit yang berbeda, dengan tangan yang menggenggamnya tanpa paksaan, Nara tahu. Ia tidak lagi berjalan untuk diselamatkan.

Ia berjalan karena ia telah menemukan dirinya sendiri.

Dan untuk pertama kalinya dalam hidupnya, malam tak lagi terasa seperti gema.

Malam adalah tenang. Dan cinta akhirnya adalah cahaya.


Bionarasi

Hey aku Angel…Berawal dari trauma dan tragedi yang terjadi, kutulis segalanya dalam selembar kertas dan tinta yang menyatukan kisah menjadi inspirasi bagi seseorang untuk bangkit dan sembuh kembali dari luka. Ini bukan tentang siapa aku, tapi tentang bagaimana kamu dapat kembali ceria, menjadi cahaya dan pelangi bagi sekelilingmu. Karena kamu berharga dan jauh lebih indah dari permata mana pun. Bangkitlah, dan kepakkan sayapmu.

Khamis, 19 Februari 2026

ANTARA JANJI DAN RASA: Karya Kims Diwa

 ANTARA JANJI DAN RASA


Aku mencintaimu seperti Laila

yang berdiri di ambang malam

memandang Majnun dari seberang takdir

yang tidak pernah memberi laluan.


Kita dipertemukan

seperti bulan dan matahari

berkongsi langit yang sama

tetapi ditentukan

untuk beredar

pada waktu yang berbeza.


Janji yang kau pegang

setia seperti sumpah 

 diukir pada batu purba

sementara rasa ini

hanya embun pagi

yang singgah 

sebelum matahari

menghapusnya perlahan.


Seperti senja

aku melipat cahaya

kerana aku tahu

tidak semua yang bersinar

ditakdirkan menjadi fajar.


Namamu tinggal di dada

sebagai kisah yang tidak disebut

dalam hikayat tetapi hidup

di antara hela nafas

yang tertahan.


Aku memilih diam seperti pahlawan lama

menyarungkan kembali pedangnya

kerana ada peperangan  

yang tidak harus dimenangi

jika kemenangan itu 

mengkhianati diri.


Kims Diwa

Telupid, Sabah

14 Februari 2026

SEBUAH PESAN Karya : Sahbuddin Dg. Palabbi

  SEBUAH PESAN Sahbuddin Dg. Palabbi Rina, seorang jurnalis investigasi. Ia sedang menyelidiki sebuah kasus pembunuhan misterius. Korbanny...

Carian popular